..yang bernama sahabat

Friday 28 December 2012

Parkir Cinta


“KALAU ikutkan hati, saya pancitkan tayar kereta awak ni.  Dahlah parking block kereta orang.  Tarik pula hand break.  Awak ingat awak duduk rumah banglo.  Boleh park sesuka hati dalam garaj.  Awak ingat parking lot ni awak bayar sewa bulan-bulan?”  Aku terkesima. 

Mulutnya mencelidau.  Kata-katanya keluar bagaikan dalam satu helaan nafas.  Bagus kalau dihantar menuntut tarannum Baghdadi!  Telunjuknya memanah-manah ke arahku.

  Pagi yang hening itu diserikan dengan alunan komentarnya. Berlari-lari keluar daripada ulas bibir merekahnya yang terpalit gincu berwarna pastel.   Aku memandang ke kiri dan kanan. Aku, makhluk manusia yang sedang berdiri di dalam kelompok aj-jin.

Thursday 27 December 2012

Ilham Bahagia - Bab 7




BAB TUJUH (7)

“KENAPA pula saya, puan?”

“Ini keputusan pihak pengurusan.”

“Keputusan pengurusan ke atau atas cadangan cawangan? Ibu pejabat mana tahu siapa bujang siapa tidak.  Siapa ada komitmen keluarga siapa yang tak ada kalau cawangan tak bagi tahu.”

“Mereka ada satu fail peribadi awak.” Puan Faridah menjawab tenang sambil membetulkan kaca matanya.

“Tolonglah Puan, among a thousand sfaff?  Janganlah bagi alasan skema macam ni.  Masa saya kerja kilang papan dulu saya selalu guna alasan ni.”

Nayla pernah bekerja sementara di kilang papan berdekatan rumahnya.  Kilang itu memberi manfaat dari segi pendapatan buat tenaga kerja dari Bangladesh dan Indonesia. Ketika itu, tenaga kerja wanita dari Bangladesh masih dibenarkan memasuki Malaysia dan bekerja di bahagian pengeluaran sama dengan pekerja lelaki.

Nayla tidak pernah lupa pada setiap kali menjelang hari pembayaran gaji. Kebanyakan mereka tidak tahu menulis.  Setelah gaji diterima, mereka akan menurunkan cap jari.  Selepas itu, ibu jarinya akan disapukan pada rambut.  Menjimatkan tisu.  Pada mulanya dia ketawa melihat keadaan itu.  

Lama-kelamaan ia bertukar simpati.  Betapa kesusahan itu banyak melebarkan batas pemikiran manusia.  Kesukaran itu terkadang menyebabkan kita terpaksa berhenti berfikir dan menyerah terhadap apa juga kedatangan takdir di depan.
           
Semuanya itu menginsafkan.  Bekerja di dalam keadaan tengik, sesak dan panas lebih-lebih lagi bahaya.  Pendapatan tidak seberapa juga kenaikan gaji tahunan cuma beberapa sen atau beberapa ringgit sahaja.

Pekerja tempatan yang didatangkan dari tanah rancangan felda atau tempat yang jauh dari kilang juga mengalami nasib yang sama.  Kebanyakannya adalah surirumah yang membantu meringankan beban suami atau terasa ingin memegang wang saku sendiri.  Harga kemanusiaan di mata pengurusan kilang begitu murah.  Malahan, kadang-kadang tidak ada nilai langsung.

Mereka, golongan pekerja adalah hamba tebus moden yang terpaksa menerima apa sahaja keputusan pengurusan.  Sebagai manusia, nyalaan semangat untuk bebas seperti manusia di sebalik pagar asrama sentiasa marak dan menyala-nyala.  Maka, tidak hairanlah, setiap kali outing, ada sahaja pekerja Bangladesh wanita yang melarikan diri walaupun dikawal ketat. Sampailah akhirnya, pengurusan kilang menarik balik pengambilan pekerja wanita dari negara ke 41 termiskin di dunia itu.

“Nayla, saya memohon pertimbangan awak.  Lagipun ianya baik untuk perkembangan kerjaya awak.”

“Saya boleh naik pangkat ke Puan?  Ini organisasi paksi Yahudi,  Puan tahu tak? Ada puak-puak tertentu yang bertanda tertentu di dahi sahaja yang boleh naik pangkat.”  Nayla menekan-nekan jari telunjuk dan tengah di atas meja.

“Anggap kita cari rezeki kat sini.  Tangan dan kaki terikat.  Banyak perkara yang kita tak boleh buat keputusan sendiri.”
Nayla mengeluh.  Iyalah tu!  Sedang ketidakpuasan masih bermaharjelela di dalam hati.  Bermakna keputusan ini tidak boleh diubah.  Tetapi kenapa jauh sampai ke Mentakab.  Di mana Mentakab itu?

“Habis, leng chai tu siapa yang jaga?”  Nayla memeluk tubuh.  Merujuk kepada John.

“Yang tu saya akan minta Nalini uruskan.  Bermakna, mulai minggu depan, Nalini akan memantau dia..”

Nayla senyum sumbing.  Matilah kau didera mak tiri.

“Hah? Habis aku macam mana?” Eza meletakkan selendang yang baru dibelinya itu.

Sepulang Nayla dari bekerja, Eza masih di depan cermin besar di ruang tamu dengan beberapa helai selendang berselerak di atas sofa.  Sesekali mulutnya berdecit bila lilitan dan lipatan tudungnya tidak memenuhi kualiti hatinya.

“Macam mana Najwa Latif tu pakai tudung ya?”  Eza berkata-kata sendiri.

“Siapa?”

“Najwa Latif.  Penat aku terpusing sini.  Terpusing sana.  Tak jadi-jadi” Eza merungut kehampaan.

“Gaya Yuna pun cantik juga”

“Najwa Latif punya pun tak lepas, nak suruh aku cuba gaya Yuna pula.  Susah-susah aku bungkus macam kain kafan je karang…”

“Hah! Lagi baik”

Ala! Tak syok la. Aku ikutlah.”  Eza terus meninggalkan semua selendangnya dan bersila di atas sofa di depan Nayla.  Perkhabaran ini melunturkan semangatnya sama sekali.

“Aku tinggal kat hotellah, ngok!

“Tak apalah.  Aku tumpang.”  Eza merayu.

“Mana boleh.   Sebulan je.  Lepas tu aku balik KL semula.”

Aku baru nak berinspirasi menjadi gadis kota kontemporari yang berpelajaran tinggi. Nayla ni memang potonglah! 

“Takpun aku tumpang Pak Langlah.”  Eza memberi cadangan.  Bersinar-sinar matanya.

“Hish! Tak payah.  Kau jangan nak susahkan mereka.  Kau tahu anak mereka ramai kan? Rumah pemindahan tu dahlah sempit, kau nak menyibuk pula.”

 Rumah tiga bilik disediakan oleh kerajaan Selangor itu dibina semasa kempen Setinggan Sifar beberapa tahun dahulu.  Sesuai untuk keluarga enam beranak.  Bukan lebih daripada itu.  Tetapi, sudah namapun setinggan, tidak banyak pilihan yang mereka ada.

Dengan kualiti yang sangat menyedihkan. Baru tiga bulan dihuni, retak mencerakah di sana sini.  Belum ditambah dengan siling yang nipis.  Jiran di atas mencuci rumah, jiran di bawah mendapat hujan percuma.  Jiran di bawah berdangdut, jiran di atas menahan punggung; menanggung getar; mendengar lirik lagu dengan jelas tanpa perlu membuka pintu.  Ruang dapur yang sangat menyesakkan dada dengan laluan sehala.

Kawasan bermain untuk anak-anak, kawasan parkir bukanlah keutamaan pemaju. Janji sesudah siap diserahkan kepada pihak berwajib dan mereka menunggu menadah untung. Kanak-kanak bermain di bahagian bawah rumah yang membawa suara menggema hingga ke tingkat lima menganggu ketenteraman jiran-jiran lain. Lebih malang lagi, kedapatan ibu bapa tidak mengambil tahu hal anak masing-masing.  Jam dua belas malam, saat iblis syaitan bekerja, mereka masih terjerit terpekik bermain di luar rumah.

Tidak masuk kisah penguasaan tempat parkir.  Segala mala kon, pasu bunga, kayu atau batu digunakan untuk menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri mereka. Tinggal di tingkat lima, mahu kereta diparkir depan pintu.   Mungkin sepuluh tahun akan datang kerajaan harus memikirkan kaedah parkir terapung untuk rumah-rumah “mewah” sebegini.
Ala. Pak Lang dan Mak Lang mesti kata boleh.  Aku boleh tolong Mak Lang jual nasi lemak.  Kau tak tahu nasi lemak yang Mak Lang buat sedap.”

Eza mengangkat ibu jari.  Di mata Nayla, Encik Zulkifili dan Puan Zainab berada di dalam kategori miskin bandar.  Dengan anak seramai lima orang, di sebuah rumah pemindahan setinggan lima tingkat tiga bilik.  Puan Zainab gigih berjualan membantu pendapatan Encik Zulkifli yang bekerja sebagai pemandu bas.  Biarpun nama rumah pangsa lima tingkat itu ditukar kepada pangsapuri atau apa-apapun, hakikatnya ia adalah alternatif buat para penghuni setinggan.

Puan Zainab tidak pernah merungut.  Asal ada kelapangan mereka akan pulang ke kampung, dengan kereta kecil mereka.  Cerita mereka adalah cerita bahagia.  Biarpun Puan Mariam selalu mencebik tidak percaya.  Puan Zainab selalu meletakkan kebahagiaan mereka adalah kerana rezeki anak-anak.  Itu yang menyakitkan hati Puan Mariam yang tidak mampu dan tidak mahu beranak ramai. Teropong mindanya menetapkan bahawa anak yang ramai itu menyusahkan.

“Kau dah beritahu Mak Lang dengan Pak Lang?”
Eza menggeleng.

“Ibu dengan Ma macam mana?  Mesti Ma kau bising.” Nayla merujuk kepada emaknya sendiri.

“Aku telefon Mak Lang nanti,” janji Eza.

“Tak. Kita pergi rumah Mak Lang malam ni.” Nayla merasakan tidak manis mengunjuk permohonan “tumpang tinggal” melalui telefon sahaja.

Selepas Maghrib, mereka sudahpun berada di perkarangan rumah Mak Lang. Terkial-kial mencari tempat parkir.  Ada parkir yang kosong tetapi kedapatan kon atau benda-benda yang lain menjadikan kawasan parkir itu milik eksklusif individu-individu tertentu sahaja.

“Menyusahkan betul,” rungut Eza yang juga bersusah payah memanjangkan leher mencari tempat yang sesuai.

“Mereka ni perasan tinggal kat kawasan rumah teres ni.  Ada parkir sendiri.” Eza mengomel lagi.

“Apa salahnya mereka perasanpun.  Masa tinggal di kawasan setinggan dulu,  park tepi jalan besar saja.  Bahaya.  Mereka nak jaga harta sendiri.  Bagi mereka, kereta tu kaki, keperluan. Kalau hilang kan susah.”  Nayla menyorong buntut keretanya dahulu di satu kawasan sempit.

Nampak tak kon tu?
Teringatkan perkampungan setinggan yang pernah dihuni Puan Zainab  dulu. Ketika tinggal di asrama; apabila merasa malas pulang ke kampung pada hujung bulan; dia akan mengikut kawan-kawan yang tinggal di Kuala Lumpur ‘balik bandar’.  Kemudian terus menyinggah ke perkampungan setinggan di pinggir Petaling Jaya itu.

“Salah memang tak salah. Tapi dalam Islam sendirikan ada mengatur hak-hak sebagai jiran.  Jangan menyakiti jiran contohnya, Ini dah menyakiti.  Menyusahkan jiran lain. Kau tengok berapa banyak kawasan yang kosong tu?”

“Islam itu cara hidup. Semua aspek ada peraturannya,” sambung Eza selepas berjeda.

“Ya, Ustazah.  Silakan.”  Nayla menjijit bungkusan berisi buah-buahan yang dibeli mereka dalam perjalanan tadi.

“Hey! Itu stigma namanya.  Tiap kali orang bercakap pasal Islam kau panggil ustaz, ustazah.  Jumud.  Ketinggalan zaman.  Tak sesuai.”  Eza masih terus mengulas ketika mereka sama-sama mendaki tangga menuju ke tingkat lima.  Nayla mengunci mati mulutnya. Belum mahu berbahas kerana ilmunya dirasakan belum tiba pada takah pemikiran anak habis SPM itu.
           
Sebuah senyuman terukir menyambut salam mereka. Puan Zainab yang masih dalam telekungnya becok mengarahkan anak-anak daranya menyiapkan hidangan. Memuliakan kedatangan tetamu.  Dihulurkan bungkusan tadi kepada sepupu kecil mereka yang datang menghulur salam. Sekejap sahaja meja kecil sudut rumah itu dipenuhi hidangan. Ruang tamu yang bersambung dengan ruang makan agak padat dengan kehadiran set televisyen dan set kerusi.

Kedua-dua sepupu perempuan mereka menghilangkan diri ke dalam bilik sebaik sahaja selesai tugas mereka.  Nayla memberitahu hjet mereka ketika menikmati mee goreng hasil tangan Puan Zainab sedang Eza sudah menatang pinggannya dan menghilang diri di sebalik pintu bilik sepupunya itu.

“Mak Lang dengar Mak Nayla marah-marahkan Nayla kenapa?”  Puan Zainab memutar topik.  Disenduknya lagi mee ke dalam piring Nayla. Nayla memandang wajah isteri adik emaknya itu sambil senyum tawar.

“Nayla seorang. Emak seorang.  Buat apa nak gaduh-gaduh.  Kan semuanya boleh bincang.”

“Tak tahulah Mak Lang, buat diri saya, masih tak pasti. Emak yang beria-ria.”   Puan Zainab mengangguk-angguk apabila nama Aizat terpungkis di dalam perbualan mereka.

“Umur Nayla sekarang dah layak kahwin.  Nak tunggu apa lagi?”

“Layak memang layak. Tapi.. entah.”   Nayla menghirup teh yang memanjat siling asapnya; membawa aroma yang menggoda.

“Mak Lang dulu kan…mak bapak tak suka juga.  Masa tu Pak Lang kau tak bekerja.  Dahlah tak kerja, kurus macam penagih dadah.  Risaulah mak dan ayah Mak Lang.”  Puan Zainab berjeda.  Berusaha menggali cerita yang terbungkus kemas dan dakapan memori.

Nayla diasak kurang sabar, mengaju tanya lagi. Mee sepinggan sudahpun selamat dihabiskan.  Kini terganti dengan karipap di dalam pinggan.

“Mak Lang tak cakap apa.  Melawanpun tak.  Mengikutpun tak.  Mak Lang diam je.  Sampai satu ketika ada berita Mak Lang nak dikahwinkan dengan budak kampung sebelah yang kononnya kaya, Mak Lang lari.”   Puan Zainab bangun membawa piringnya ke dapur.

“Lari? Ke mana?”  Nayla menatang cawannya menghampiri Puan Zainab yang sedang membasuh pinggan.

Ala..ingatkan lari ke Thailand.”  Nayla memberi komen setelah diberitahu Puan Zainab melarikan diri ke rumah neneknya di Perak.

“Runding punya runding, akhirnya Mak Lang kahwin jugak dengan Pak Lang, di rumah nenek Mak Lang.”

Tidak payah ditanya, tidak payah ditebak.  Penerimaan ibu bapa Puan Zainab seperti yang dijangka.  Seperti drama atau filem Melayu yang dikutuk klise oleh sesetengah orang tetapi itu adalah gambaran hidup. Hidup adalah klise. Pengulangan tetapi mungkin dengan sedikit kelainan mengikut kesesuaian watak.

“Marahlah. Tapi Mak Lang tebalkan muka balik kampung jumpa mereka.  Macam orang lain juga.  Lama-lama lembut hati mereka.”

“Dahsyatnya.”

“Mana ada dahsyat.  Apa yang orang tua kita buat sebenarnya nak melindungi kita.  Tak mahu kita teraniaya.  Tak mahu kita susah.  Mungkin caranya je yang jarang kena dengan hati kita.  Sebab tu Mak Lang cakap jangan dilawan emak tu.  Kalau Nayla lawan, makin panas hati dia, makin tebal rasa benci dia.”

Nak lawan apa. Bertemu romapun tak boleh. Kalau telefon orang tu menengking-nengking je. Nayla berterus terang tentang dirinya yang sudah lama tidak menjejakkan kaki ke kampung.  Memanjang lafaz taubat Puan Zainab.

“Jangan buat macam tu.  Kita ni anak Tak ada syurga untuk kita kalau tak ada keredhaan emak ayah.  Walau macam mana garangpun dia.  Dia tetap emak.”  Nayla menggosok matanya yang mula digenangi air.  Puan Zainab mengusap-ngusap bahu Nayla.

Kan seronok kalau Mak Lang jadi mak saya.” Puan Zainab ketawa kecil mendengar kata-kata Nayla itu.

“Kau tanya budak-budak berdua tu seronok ke tak seronok.” Puan Zainab memaksudkan kepada dua anak gadis belasan tahunnya sudah pandai berkongsi rahsia sendiri.

“Mak Lang tak kisah Eza tinggal kat sini? Sebulan je.  Sayapun baru dapat notis tadi.” Nayla meraba-raba ikhlas di mata Puan Zainab.

“Mak Lang tak kisah. Tinggal lagi, Emak kamu nanti bising.  Dah beritahu Emak ke belum ni?”
Geleng.

“Nanti saya telefonlah,” ujarnya membela diri selepas berjeda.

Puan Zainab mengangguk-angguk sahaja mendengar janji Nayla untuk menghantar barang-barang Eza pada keesokannya harinya.  Nayla sudah berada di depan pintu bilik bersebelahan set televisyen itu.  Tanpa diketuk, dia memutar tombol pintu.  Eza sedang menaip sesuatu di komputer riba dengan diapit asyik kedua-dua sepupunya.
Nayla memberi salam seraya mengajak sepupunya itu pulang.

“Kau nak balik dengan apa?” Sergah Nayla apabila Eza merengek-rengek mahu pulang esok sahaja.

Ala nanti aku suruhlah siapa-siapa hantar eh



“Tak usah mengada-ngada.  Kalau Ma kau tahu, mati aku.  Malam esok je.  Kita datang bawa barang kau sekali.”  Nayla bercekak pinggang dengan wajah serius.  Eza membawa muncungnya tetapi bangun juga meninggalkan meja belajar sepupunya itu.

“Kau janji nak tolong Mak Lang sepanjang kau duduk kat sini kan…?” Nayla bertanya meminta Eza berikrar janji sekali lagi di depan Puan Zainab.  Paruh itiknya belum hilang saat dia menghampiri meja makan.   Mencapai karipap di dalam piring.

“Kalau dia mengada-ngada, Mak Lang terus telefon Ma. Biar padan muka dia.”  Nayla memberi usul.  Puan Zainab terkekeh ketawa mengenangkan Eza lebih takutkan emak saudaranya daripada ibunya sendiri.

“Jangan lupa beritahu emak dengan ibu Eza tau!” Puan Zainab masih meninggalkan pesan saat mereka meninggalkan rumah itu.

Suasana siang dan malam tiada bezanya.  Anak-anak masih terjerit-jerit bermain di luar rumah.  Tiada sekatan atau laungan menyuruh masuk biarpun ketika malam saat makhluk halus bersimpongan di luar rumah.
           
Kedua-dua mereka diselimuti kebisuan saat tiba di rumah.  Eza tidak menggamit sebarang salam terus menonong ke dalam biliknya.  Begitu juga Nayla.

“Hai sayang….”
Suara Aizat memecah sepi malam.  Nayla baru sahaja hendak mencapai tuala. Lekit di tubuh tidak tertampung lagi.

“Jadi awak hantar saya ke LCCT nanti?”

“Saya dah kena melapor diri di cawangan lain. Ada program pertukaran kakitangan.”

“Flight saya malam.  Bukannya waktu bekerja.  Lagipun hari Sabtu kan…”
Nada kurang senang terjajar.

“Iya.  Tapi cawangan tu bukan di Lembah Kelang.  Tempat yang saya tak pernah dengar pula tu.”

“Awak macam nak mengelak dari saya, kan?”  Tuduhan mula terlempar. Mendidihkan suhu di dalam diri yang kepenatan.

“Aizat!  Saya penat.  Janganlah cari pasal dengan saya.”  Suara Nayla melengking.

“Saya atau awak yang cari pasal?” Argh! Nayla membaling tualanya ke sudut dinding.  Terkena pada meja solek dan menjatuhkan beberapa barang.

“Apa tu?”  Curiga Aizat memuncak sebaik sahaja menangkap bunyi bising itu.

“Tak ada apa-apa.  Saya penat ni.  Nanti saya telefon awak balik boleh tak?” Nayla terasa ingin menjerit dan terus menjerit.   Sebuah keluhan halus mendengus keluar dari bibir Aizat mendengar janji itu. 

Ilham Bahagia - Bab 8


BAB  LAPAN (8)

MATA-mata asing yang menudak wajah mereka berdua ternyata merimaskan. Setelah berbasa-basi mereka berdua kembali ke meja masing-masing.  Cawangan ini agak kecil berbanding dengan cawangan tetapnya di Kuala Lumpur tetapi antara cawangan terawal dibuka di antara 300 cawangan yang ada.  Selain daripada Nayla seorang lagi kakitangan dari cawangan lain juga ditempatkan di situ. Bermakna dua kakitangan cawangan ini bertukar tempat dengan mereka.

Monday 24 December 2012

Ikut Kata Hati : My Cheeky Sweetie Abang by Lily Haslina Nasir

Bismillahirrahmanirahim,

Kalau anda tengah santak kepala memikirkan telatah anak-anak yang baru nak naik, lepas tu tak tahu mana nak dihalakan segala pertanyaan, cuba baca buku buah tangan terbaru Lily Haslina Nasir ni, My Cheeky Sweetie Abang.

Ia memang macam novel biasa, macam novel tak biasapun ada fasal covernya gambar KwangMin.  (Anis marah sungguh bila saya kelepet-kelepet muka surat dia.  Comot gambar KwangMin dia) uwek...

Tapi, kat dalamnya ada beberapa panduan walaupun disampaikan secara hu ha (???) oleh penulisnya.  Penulis mengabadikan pengalamannya mendepani empat orang anak yang meningkat remaja dengan caranya tersendiri.  Cara orang Malaysia, tapi Malaysia baru.  Ada rotan, ada diplomasi.  ada pengalaman sedih, mencemaskan, lucu, luar biasa semuanya terangkum dalam bahasa yang segar dan agresif.

Menariknya, ia dibahagikan kepada dua slot seperti komunikasi dua hala melalui media terkini iaitu blog dan facebook.  Ada sessi membela diri pada setiap bab.  (biasalah, anak remaja...asyik dia aja yang betul)

cumanya, ada beberapa kesilapan ejaan selain bacaan ini sesuai untuk semua peringkat umur.  Jangan persoalkan bahasanya yang bercampur-campur sebab saya rasa penulisnya mengambil pendekatan bahasa blog yang lebih mendekatkan dirinya dengan khalayak.

Keseluruhannya saya sangat terhibur kerana banyak ilmu saya dapat daripada novel ini.  begitupun tersentuh juga hati ini apabila nama Hizairi Othman, penulis pujaan kami di era 90an dulu, dirakamkan dalam novel ini. Bagi saya, seperti yang saya komen di dalam group page MPR & Rakan, beliau adalah Aaron Aziz kami ketika itu.  semoga dia di dalam lindungan Allah, begitu juga Al Fatihah buat ayahanda Othman Puteh.

kredit : daripada blog penulisnya, Lily Haslina Nasir
Kalau mahu mendapatkannya, terus ke FB Lily Haslina Nasir, dia akan guide anda dari sana.  Selamat Membaca dan berhibur.

Mencari Diri 5

Beralih ke sini kerana minda menjadi penat.  Terganggu dengan jerit pekik anak-anak,  ayat-ayat di dalam kepala menjadi terlalu berselirat....

Salam Isnin, Assalamualaikum,

Berita terkini buat kami, syarikat menawarkan VSS.  Voluntary Seperation Scheme atau dalam Bahasa Malaysianya skim pemisahan sukarela.  Apakah tujuannya, bagi yang tidak tahu - mengecilkan skop perkhidmatan, mengurangkan kos buruh dan kos-kos berkenaan, merombak semula pentadbiran syarikat, atau bagi kes kami - MENGHAMBAT PERGI MUKA-MUKA WANTED YANG TAK MAHU BERAMBUS!!!

Sunday 23 December 2012

Mari kita mandi....... jenazah

kit pengurusan jenazah jenama Kifayah -

ini nota untuk Anis Suraya Maznum, Ummi Zahra, Umar Bukhary dan Affan Bukhary.

Mari kita mandi jenazah …. (maksud saya mari kita mandikan jenazah.)  Kalau sebut mandi jenazah, yang paling kuat di hidung kita ialah bau kapur barus.  Kenapa ya?
Asal bau kapur barus aje, bau kematian... kesihan kapur barus, terfitnah.

Saturday 22 December 2012

Polemik Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar


Pengenalan

Pembelajaran berpusatkan pelajar (selepas ini disebut PBP) adalah salah satu daripada beberapa komponen jenis pengajaran yang dikenalpasti dapat mewujudkan situasi pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.  Seterusnya menarik minat dan pemahaman tuntas murid-murid terhadap subjek yang dipelajari.  Komponen selain PBP ialah

-           Pembelajaran Berpusatkan Guru
-           Pembelajaran Bersifat Individu
-           Pembelajaran Berfikrah
-           Pembelajaran Berbantukan Teknologi

Friday 21 December 2012

Ikut Kata Hati: He's My Abang oleh Lily Haslina Nasir

Gambar dicilok daripada: LilyHaslina.blogspot.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"Ngeh...ngeh...nak putus urat kentut aku baca..." komen tak profesional daripada saya selepas khatam dan khatam buku He's My Abang oleh penulis novel mapan Malaysia, Lily Haslina Nasir.  Opss, buku ini tiada di kedai buku.  Kalau sahabat-sahabat mahu mendapatkannya, lompatkan tetikus atau jemari ke facebook atau   blog penulisnya. (Dia tak pakai nama samaran)

Begitupun, bagi teman-teman seangkatan yang remajanya sekitar penghujung 80an dan awal 90an, saya galakkan kalian mendapatkannya satu.

Thursday 20 December 2012

Mencari Diri 4

Catatan 6/2/34
Assalamualaikum,

Perjalanan mencari diri, saya teruskan.  Selepas melahirkan saya kira cuti bersalin 2 minggu tidak mencukupi.   Memang saya keguguran, tetapi prosesnya ialah proses kelahiran.  Maka apa yang dilalui oleh para ibu yang bersalin normal atau ceaserian, saya rasai.

Sunday 16 December 2012

Akulah Jintan Akulah Halia di Seri Dewi & Keluarga Januari 2013


Cerpen ini tersiar di dalam majalah Seri Dewi & Keluarga Januari 2013 tetapi ada kesilapan pada nama penulisnya.  Saya telah menghantar e-mel kepada editornya Puan Norlis Salusi pd 16/12/2012
sila lihat imej:


AKULAH JINTAN, AKULAH HALIA

Nadia masih terhinggut-hinggut menahan sendu. Tadi mulanya air mata sekadar mengalir tetapi kini semakin melebat. Sehingga melahirkan esakan yang tidak dapat ditahan-tahan. Rengekan kecil di dalam buaian langsung tidak dipedulikan. Hentaman kata-kata Firdaus bergema di setiap sudut pendengaran.
“Dah tahu abang jahat kenapa tak kahwin dengan ustaz? Firdaus membesarkan biji matanya apabila

Friday 14 December 2012

Mencari Diri 3

Catatan 1/2/34 Hijrah.
Assalamualaikum.
(Ya Allah, saya mohon pembersihan hati daripada rasa ujub, aaamin)

Catatan ini lebih kepada pelepas lara atau laluan alternatif buat sahabat dan kerabat yang kusut rusuh mencari jalan  keluar.  Saya mula cuba bangun malam, bersolat sunat. tetapi solat wajib masih rongak.  Ibarat memberi sedekah menggunakan 'cash advance' kad kredit.

dugaan datang lagi.

Thursday 13 December 2012

Mencari Diri 2

Catatan 29 Muharram 1434

Langkah pertama penjejakan ke Tanah Suci bermula di sini.

Saya bertugas di sebuah bank 'anchor' di Malaysia.  Dengan jawatan biasa-biasa juga gaji biasa-biasa tetapi berdepan dengan orang yang luar biasa.  Setiap hari.  Dari pengurus, kakitangan, apa lagi pelanggan-pelanggannya.

kredit utk dreamtime.com
Hari penjejakan (saya tak mahu namakan hari malang)

Wednesday 12 December 2012

Mencari Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
28 Muharram 1434

Catatan ini sepatutnya menjadi terlalu peribadi untuk tercoret di ruangan ini.  Tetapi berdiri di atas dasar hidayah itu milik Allah tetapi berdakwah hak manusia, maka saya gagahkan tangan menaip.  Setidak-tidaknya inilah lakaran pemori paling agung dalam kehidupan saya sebagai individu.  Saya enapkan juga sebagai renungan untuk anak-anak dan sahabat-sahabat.

Saya namakan ia Mencari Diri kerana

Pawaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Catatan : 28 Muharram 1434

Asalnya, aku namakan Langgam Berkasih tapi tiba-tiba aku nak tukar pada Diney, Pawaka di matamu.  Tak jadilah.  Akhirnya jadi Pawaka sahaja.

Mungkin akan balik semula Pawaka Di Hati/di mata atau di mana-mana.  Mengada-ngada betul.  Watak-watak yang masih lagi menjalani proses ujibakat di dalam minda ialah Daniel Muiz, Nik Faridzuan Arif, Dineyatulzawi, Danish, Aishah Khadeeja, Puan Rohana, Encik Hashim, Maimon Haiza, Damia dan lain-lain watak tambahan yang sedang beratur.
Muiz @ Dato' Daniel Muiz


Friday 30 November 2012

Bondaku Besan Ratu - Finale



Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Khatam menulisnya pada tanggal 30 November 2012 setelah memulakannya pada 15 Oktober 2012.  Melangkah meninggalkan 'istana' Bondaku Besan Ratu untuk memulakan tari Langgam Berkasih.  Naskhah mentah belum disunting.  Panas dari ladang.  Jika berpinar biji mata membacanya, memang disengajakan.....
BAB EMPAT PULUH (40)

            “HAMBA mohon, bebaskan hamba.  Pertelingkahan ini antara tuan hamba dengan Putera Indera Laksamana.  Tiada kaitan dengan hamba,”  Kembang Dahlia terus merayu.  Mata Raja Helang Olak Lapan memerah.  Kembang Dahlia tersandar dengan tangan terikat ke belakang di dinding gua.  Gua yang lembap dan dingin itu bergema dengan ketawa Raja Helang Olak Lapan yang mengerikan. 
            ”Negeri beta sudah tergadai.  Kerajaan beta sudah hancur.  Kalau diikutkan, tidak memadai isteri Indera Laksamana sahaja.  Sepatutnya seluruh keluarga dan keturunannya beta rosakkan,” 

Monday 26 November 2012

Kitaran Hidup Lebah Madu

gambar ihsan : biofortified. org



Kitaran Hidup Lebah Madu

Lebah madu termasuk di dalam kategori serangga di bawah kelompok insecta.  Lebah madu ataupun nama saintifiknya Apidae adalah serangga terbang yang hidup berkumpulan.  Di Malaysia, madu lebah yang paling berkualiti dihasilkan oleh lebah tualang atau nama saintifiknya Apis Dorsata.

Sunday 25 November 2012

Sastera Hasanah 2 : Realiti dan Realisme


Sastera Hasanah 2 : Realiti dan Realisme

Teori sastera realisme konvensional mengangkat pengungkapan keadaan sebenar tanpa memilih bulu.  Bermakna segala bentuk perkara baik ataupun buruk asalkan berasaskan realiti dihalalkan untuk didokumenkan berbanding dengan teori surah Yusuf yang menggunakan teknik penceritaan realiti selektif.  Bermakna, kisah benar itu harus ditapis walaupun asasnya ia berdasarkan kisah benar.

Perbezaan Antara Teori Realisme Konvensional dengan Teori Realisme Sastera Hasanah

Saturday 24 November 2012

Sastera Hasanah - Pengenalan, Aspek Keindahan dan Halam Haram dalam Karya


Catatan ini berdasarkan pandangan saya sebagai penulis bebas berdasarkan kesesuaian tahap pendidikan akademik* saya di dalam bidang kesusasteraan.  Ia juga lebih berbentuk nota ringkas untuk rujukan saya sendiri. Harap maklum.

(*saya tidak mempunyai kelulusan khusus dalam bidang kesusasteraan dalam genre penulisan karya kreatif)

Pengenalan

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) mengungkapkan sastera bermaksud ‘teks yang mengandungi panduan atau pedoman’ daripada kata serapan Sanskrit sastra.  Sementara kata dasarnya ialah ‘sas-‘ yang bermaksud panduan atau ajaran.  Jika dilihat daripada definisi perkataan sastera itu sendiri,

PKRS 1 : Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial,Kepentingan dan Implikasi


1.0       Pengenalan

Deklarasi Penghapusan Diskriminasi sudah dimajukan ke tangan PBB untuk diiktiraf.   Permintaan di dalam artikel 16 (a) di dalam deklarasi itu di antaranya mahukan masyarakat dunia mengiktiraf dan meluaskan definisi gender.  Iaitu mengiktiraf kehadiran LGBT atau Lesbian Gay, Biseksual dan Transgender sebagai gender selain gender azali yang ditetapkan agama iaitu lelaki dan perempuan.

Ia menggambarkan betapa bercelarunya dunia dengan pengertian reproduktif dan sosial itu sendiri dan perkembangan ini harus disekat di peringkat awal lagi.  Langkah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (selepas ini disebut PKRS) sebagai  subjek khusus adalah tepat pada masanya berasaskan kebimbangan ini.

Tuesday 20 November 2012

Catatan Keliru Kemelut Gaza

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menatap kematian demi kematian di bumi Gaza bagaikan mengulang sejarah Sabra & Shatila, 28 tahun dulu.  Bezanya, kita tidak mendapat perkembangan terkini dengan pantas kerana teknologi Yahudi belum sampai ke Malaysia ketika itu.

Saya mengingat amat kisah Sabra & Shatila walaupun di rumah tidak bertelevisyen ketika itu.  Lebih-lebih lagi dilagukan oleh allahyarham Zubir Ali,
pada suatu senja,
langit Shatila menyaksikan pembunuhan

Wednesday 14 November 2012

Menguak Tirai Itu


SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM.  SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KEKASIH ALLAH, MUHAMMAD S.A.W. SERTA KELUARGA JUGA PARA SAHABAT BAGINDA.

salam Maal Hijrah.  sekadar satu catatan pelepas rindu seorang wanita terhadap kekasih Allah yang memungkinkan rahmat Allah tersebar ke seluruh alam.  Semoga rahmat Allah bersama dengan penghijrahan hati kita di Muharram yang baru ini.  


“Adanya kita orang perempuan ni, tak lari daripada rasa cemburu.”  Aku membuka kata biarpun aku lihat dia bagaikan endah tak endah kata-kataku.  Entah apa yang melayar di cepu kepalanya.  Bayi yang tak sampai sebulan umurnya di dalam pelukannya merengek.  Lapar susu barangkali.  Tetapi tidak juga mengalih perhatian perempuan muda itu yang lurus pandangannya ke depan.

Saturday 10 November 2012

Syair Teladan Yusuf nan Tampan


Syair Teladan Yusuf nan Tampan

Terhina Zulaikha dalam cercaan,
Aib Al Aziz seluas lautan,
Pada Yusuf minta lupakan,
Isteri dinasihat mohon ampunan.

Thursday 8 November 2012

Selagi hayat ada, belajar..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya tak menyambung Bondaku Besan Ratu?  Tidak.  Saya masih menyambungnya tetapi tidak lagi dimuatnaikkan ke laman blog ini.  Begitu juga dengan fragmen Pergilah Lara yang saya hentikan sehingga bab 8 sahaja.  Kenapa?  suka hati sayalah..(ketawa jahat)

Belajar ialah proses sepanjang hayat.  Percaya atau tidak, anda harus percaya,  Hari-hari baru yang kita lalui adalah guru yang kita namakan pengalaman.  Maka, hargai setiap hari kita.

Monday 5 November 2012

Bondaku Besan Ratu - Bab 14




ALLYSA Elesendralah.  Begitupun, dia sepupu aku yang paling baik.  Paling cantik.  Pandai mengambil hati.  Mamapun tak boleh kata apa bila nenek kami dah setuju nak menjodohkan kami.  Mungkin dalam masa terdekat ini. 

Kata mama, warisan keluarga harus berada di dalam garisnya.  Tidak perlu dibuat garisan baru atau membengkokkan apa yang sudah lurus.  Akupun tak tahu Zaw.  tapi bagi aku Lisa pilihan yang tepat.  Aku rasa kalau aku dengan dia disatukan, akulah orang yang paling bahagia.  Akulah orang yang paling bertuah di dalam dunia ni.

Uwek! 

Friday 2 November 2012

Nota Terima Kasih Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penghargaan dan terima kasih hendak saya rakamkan kepada sahabat yang menekan opsyen 'LIKE' mereka di page saya di laman FB.

terima kasih seawalnya kepada

Fazidah Ramly (org kampung), Murai Bisu (kawan sekelas SEMEKEME), Hidayati Jamil ( rakan sekerja di HLBB) Ssanie Irdina (kawan sekuliah POLISAS), Najamudin Rahini (org kampung, kawan sekelas SKDB, kawan SEMEKEME) Norziana Ali Badaruddin (junior SMVTAA), Monalita Mat Nih (kawan FB), Ibnu Husayn (kawan FB), Nurul Bahriah Saeman (kawan FB), Amran Ideris (SMVTAA), Aieta Ezie (senior SMVTAA dan HLBB) Fara Escha Anwar (kawan FB), Nana Syafina (SMVTAA) Zaty Ayob (Lambeth, London), Roslan Ismail (SMVTAA dan POLISAS) Neeca Ngu Siaw Chooi (HLBB) Zai Aziman (kawan FB yang paling 'hot') Ngahdiah Shukor (Temerloh), Sharifah Haida (POLISAS), Anie Shaari (bekas org kampung dan SEMEKEME) Kar Kin Lai (HLBB), Nur Amira (Sg Lui). Fuad Md Noh (Petaling Jaya), Norman Md Nasir (SMVTAA) Effa Salleh (org kampung) Elya Bellya (kawan FB) Az Kurayz Al Majid (org kampung, selamanya) Athira Azizan (kawan Ummi Zahra anakanda sahabat saya Pn Maslina Kassim) Isma Ismail (SMVTAA) Eynaa Wahid (SMVTAA) Nazillie Ramly (junior SMVTAA) Fatimah Padzin (kawan FB di HOSHAS)  Farahin Mohamed Noh (Petaling Jaya) Yaya Dato' Sulaiman (bonda kepada Syasha, sahabat Anis Suraya) Aida Kamaruddin (junior di SMVTAA), Zuraida Mohamed (POLISAS) Ibrazarina Ibrahim (POLISAS) Shima Sham (MEJOMAR) Rina Aziz (Petaling Jaya) Rathi Nadesan (POLISAS) Faten Anur Abd Wahab (rakan FB penulis novel Cinta Kalut terbitan NB Kara) Hanaffi Hamzah (SMVTAA) Novelku Darjat Kasih (rakan FB sedang gigih mengusahakan novel Darjat Kasih) Muti'ah Shukor (Temerloh) Wi Wiwit (Petaling Jaya) Zaleha Zambri (Petaling Jaya) Qurratul Ain Ita (SEMEKEME) Su Zati (HLBB) Kamaruzzaman Ghazali (Serdang) Izad Mus (HLBB)

saya kira inilah sokongan terbaik saya terima dan saya akan berusaha membalasnya kembali dengan cara saya.
TERIMA KASIH

Nota:  saya senaraikan supaya tidak alpa apabila sudah berada di puncak nanti.  InsyaAllah.

Bondaku Besan Ratu - Bab 13


BAB TIGA BELAS (13)

Adapun Putera Indera Laksamana semenjak ia menang perang tiadalah ia ke mana-mana melainkan berada di dalam istana jua.  Tiadalah jauh dari peraduan dan ayapan juga dihantar ke kamar peraduan.  Santaplah Putera Indera Laksamana seorang diri tanpa mahu ada dayang turut melayani.

Begitu juga ketika hendak beradu.  Tiadalah mahu dia mendengar lagu syair waima gurindam seloka turun-temurun dinyanyi dayang.  Kerjanya sekian hari bermenung durja bagai merancang cita-cita melanggar tanah Majapahit layaknya.  Panglima Awang Gagah hendak masuk menghadappun tidak dibenarnya jua.   

Thursday 1 November 2012

Bondaku Besan Ratu - Bab 12



            BAB DUA BELAS (12)

            “KAMU sudah punya pacar?”  Tanya Edward ketika mereka berdua meredah kedinginan menunggu tren menuju ke Maastricth. 

Edward ingin membawanya bersiar-siar di sekitar ibu negeri Limburg itu.  Wafi teringatkan Allysa Elesendra.  Di mana-mana sahaja, Allysa selalu memaut tangannya dan memperkenalkan dia sebagai tunang.  Ditunangkan semenjak dari kecil oleh keluarga.  Apabila Wafi tanyakan kepada mamanya, tiada ulas kata yang lahir dari mulut mamanya.

Ikut Kata Hati Monalita Mansor : Anakku Brain Tumor - Isyah Radhiah Idris

Assalamualaikum.

Seperti biasa buku ini saya tarik dari rak buku Perpustakaan Awam Pekan Sri Manja berhampiran rumah saya.  Untungnya kerana seorang peminjam boleh meminjam sehingga 3 buah buku.  Saya gunakan kesemua nama anak-anak saya yang empat orang itu beserta nama saya.  Jadi, bayangkanlah berapa banyak buku yang saya boleh 'joli' di dalam satu-satu masa.

Kisah suri rumahtangga lapan anak yang bagi saya sangat memotivasikan diri.  Banyak panduan baik dari segi hubungan dengan Allah, dengan suami, dengan anak-anak, dengan masyarakat di dalam buku ini.  Membaca tajuknya mungkin risau sedikit, bimbang air mata mengalir.  Tapi, saya boleh katakan, saya menjadi kuat dengan berkongsi semangat dengan penulis yang ternyata memang kuat semangat.

Suaminya, ahli kumpulan nasyid tersohor di Malaysia.  Sentiasa berjauhan dan dia meladeni anak-anak yang lapan orang dengan salah seorangnya diduga dengan 'brain tumor' dan seadanya manusia, dia bertanya juga kenapa dia?  bukan orang lain.

Tetapi, dia menanganinya beserta panduan yang sangat-sangat berguna.  Buku terbitan Galeri Ilmu setebal 378 muka surat sarat dengan panduan beribadat buat ibu-ibu khususnya   Berharga RM25.00.  Elok disimpan satu untuk rujukan mendidik anak-anak.

Wednesday 31 October 2012

Aku Bukan Zuriatmu


Cerpen ini juga mengandungi panduan menikahkan anak angkat perempuan menurut ajaran Islam berdasarkan pengalaman penulis sendiri.  Semoga mendapat manfaat.  Dihantar ke Penulisan 2U pada 7/10/2012

“Aku terima nikahnya Nur Atikah dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai”. Saat anggukan Tuk Lang dan Pakcik difahami Tuan Kadi, air mata bergenang di kelopak mata. Bukan kerana aku dikahwinkan atas paksaan. Bukan! kerana aku dan Sufian memang sangat menyintai selepas tiga tahun berkawan.
Bukan! Aku menangis kerana nama Ayah tidak disebut dalam lafaz ijab tadi.

Akulah Jintan, Akulah Halia


AKULAH JINTAN, AKULAH HALIA

Nadia masih terhinggut-hinggut menahan sendu. Tadi mulanya air mata sekadar mengalir tetapi kini semakin melebat. Sehingga melahirkan esakan yang tidak dapat ditahan-tahan. Rengekan kecil di dalam buaian langsung tidak dipedulikan. Hentaman kata-kata Firdaus bergema di setiap sudut pendengaran.
“Dah tahu abang jahat kenapa tak kahwin dengan ustaz? Firdaus membesarkan biji matanya apabila

Alahai Haji Alang



Hajah Mariah baru sahaja meletakkan kopi panas di atas meja makan ketika deru motosikal buruk Haji Alang semakin sayup di pendengaran. Dia tercangak-cangak di muka pintu dapur. Seingatnya tadi, Haji Alang yang minta dia buatkan kopi. Mindanya mencakar mencari sebarang petunjuk. Tiada apa-apa makluman daripada Haji Alang tentang hala tujunya.
Haji Alang menekan pedal minyak motorsikalnya. Kalau boleh terbang,

Sekeras Waris Selembut Sillaturrahim


Maafkan Nida, Wan.
Anida menjiruskan air perlahan-lahan di bahu kiri Wan. Air jirusan pertama di sebelah kanan telah disempurnakan ibu pada lambung kanan. Menyoroti sunnah nabi memulakan anggota kanan dari kaki dibawa naik ke atas.
Ini sahaja tempat permandian yang mampu kami sediakan. Bukan bilik air yang berkepala paip emas. Bukan bilik air seluas sebuah rumah pangsa. Bukan juga tab mandi jakuzi yang membolehkan air susu dan air bunga bercampur wangian aromaterapi.
Cuma sebuah peti kayu yang ditampal zink kiri kanan dan disebelah bawahnya berjarak sebesar dua ruas ibu jari untuk memudahkan air lalu.

Tuesday 30 October 2012

Bondaku Besan Ratu - Bab 11


BAB SEBELAS (11)

            DUGAAN menghadapi peperiksaan besar di dalam hidup sebagai pelajar akhirnya ditempuh jua.  Ikatan mahabbah terus larut bertiketkan persahabatan yang tercipta di dalam bentuk yang tak terjangka.  Begitulah besarnya kuasa Yang Maha Esa.  Sesuatu yang dipandang malang oleh manusia, Rupa-rupanya kurniaan tak ternilai dianugerah Allah.
           
Kedatangannya ke Limburg atau lebih tepat lagi pemukiman kecil Megelsweg lebih berupa lawatan daripada kedatangan pemastautin.  Biarpun katanya kepada Mama, dia akan terus berada di sisi Papanya.

Monday 29 October 2012

Bondaku Besan Ratu - Bab 10


BAB SEPULUH (10)

            “KAU pasti dia masih simpan semuanya lagi?”  Puan Izzie menyoal lagi.

Soalan yang sama diulangi sejak tadi.  Mereka berdua bertungkus lumus di dapur semenjak tadi.  Mengharapkan anak gadis yang tiga orang itu, hanya piring dan mangkuk ditinggalkan di dalam sinki.  Mereka sudah menghilang menurut jejak Amirul entah ke mana.  Puan Hidayati sudah penat mengangguk.
           
“Kita nak masak apa ni?” 

Puan Izzie melihat sahaja kelincahan sahabatnya itu menguasai ruang dapur.  Susup-sasap, usik sana, cecah sini,  cili api sudah siap ditumbuk beserta kunyit hidup sedang menua.  Serai sudah bertitik menanti ketibaan ikan keli salai yang dijanjikan Encik Azhari hendak dibeli di Pasar Minggu Kuala Klawang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...