..yang bernama sahabat

Friday, 30 November 2012

Bondaku Besan Ratu - Finale



Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Khatam menulisnya pada tanggal 30 November 2012 setelah memulakannya pada 15 Oktober 2012.  Melangkah meninggalkan 'istana' Bondaku Besan Ratu untuk memulakan tari Langgam Berkasih.  Naskhah mentah belum disunting.  Panas dari ladang.  Jika berpinar biji mata membacanya, memang disengajakan.....
BAB EMPAT PULUH (40)

            “HAMBA mohon, bebaskan hamba.  Pertelingkahan ini antara tuan hamba dengan Putera Indera Laksamana.  Tiada kaitan dengan hamba,”  Kembang Dahlia terus merayu.  Mata Raja Helang Olak Lapan memerah.  Kembang Dahlia tersandar dengan tangan terikat ke belakang di dinding gua.  Gua yang lembap dan dingin itu bergema dengan ketawa Raja Helang Olak Lapan yang mengerikan. 
            ”Negeri beta sudah tergadai.  Kerajaan beta sudah hancur.  Kalau diikutkan, tidak memadai isteri Indera Laksamana sahaja.  Sepatutnya seluruh keluarga dan keturunannya beta rosakkan,” 

Monday, 26 November 2012

Kitaran Hidup Lebah Madu

gambar ihsan : biofortified. org



Kitaran Hidup Lebah Madu

Lebah madu termasuk di dalam kategori serangga di bawah kelompok insecta.  Lebah madu ataupun nama saintifiknya Apidae adalah serangga terbang yang hidup berkumpulan.  Di Malaysia, madu lebah yang paling berkualiti dihasilkan oleh lebah tualang atau nama saintifiknya Apis Dorsata.

Sunday, 25 November 2012

Sastera Hasanah 2 : Realiti dan Realisme


Sastera Hasanah 2 : Realiti dan Realisme

Teori sastera realisme konvensional mengangkat pengungkapan keadaan sebenar tanpa memilih bulu.  Bermakna segala bentuk perkara baik ataupun buruk asalkan berasaskan realiti dihalalkan untuk didokumenkan berbanding dengan teori surah Yusuf yang menggunakan teknik penceritaan realiti selektif.  Bermakna, kisah benar itu harus ditapis walaupun asasnya ia berdasarkan kisah benar.

Perbezaan Antara Teori Realisme Konvensional dengan Teori Realisme Sastera Hasanah

Saturday, 24 November 2012

Sastera Hasanah - Pengenalan, Aspek Keindahan dan Halam Haram dalam Karya


Catatan ini berdasarkan pandangan saya sebagai penulis bebas berdasarkan kesesuaian tahap pendidikan akademik* saya di dalam bidang kesusasteraan.  Ia juga lebih berbentuk nota ringkas untuk rujukan saya sendiri. Harap maklum.

(*saya tidak mempunyai kelulusan khusus dalam bidang kesusasteraan dalam genre penulisan karya kreatif)

Pengenalan

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) mengungkapkan sastera bermaksud ‘teks yang mengandungi panduan atau pedoman’ daripada kata serapan Sanskrit sastra.  Sementara kata dasarnya ialah ‘sas-‘ yang bermaksud panduan atau ajaran.  Jika dilihat daripada definisi perkataan sastera itu sendiri,

PKRS 1 : Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial,Kepentingan dan Implikasi


1.0       Pengenalan

Deklarasi Penghapusan Diskriminasi sudah dimajukan ke tangan PBB untuk diiktiraf.   Permintaan di dalam artikel 16 (a) di dalam deklarasi itu di antaranya mahukan masyarakat dunia mengiktiraf dan meluaskan definisi gender.  Iaitu mengiktiraf kehadiran LGBT atau Lesbian Gay, Biseksual dan Transgender sebagai gender selain gender azali yang ditetapkan agama iaitu lelaki dan perempuan.

Ia menggambarkan betapa bercelarunya dunia dengan pengertian reproduktif dan sosial itu sendiri dan perkembangan ini harus disekat di peringkat awal lagi.  Langkah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (selepas ini disebut PKRS) sebagai  subjek khusus adalah tepat pada masanya berasaskan kebimbangan ini.

Tuesday, 20 November 2012

Catatan Keliru Kemelut Gaza

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menatap kematian demi kematian di bumi Gaza bagaikan mengulang sejarah Sabra & Shatila, 28 tahun dulu.  Bezanya, kita tidak mendapat perkembangan terkini dengan pantas kerana teknologi Yahudi belum sampai ke Malaysia ketika itu.

Saya mengingat amat kisah Sabra & Shatila walaupun di rumah tidak bertelevisyen ketika itu.  Lebih-lebih lagi dilagukan oleh allahyarham Zubir Ali,
pada suatu senja,
langit Shatila menyaksikan pembunuhan

Wednesday, 14 November 2012

Menguak Tirai Itu


SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM.  SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KEKASIH ALLAH, MUHAMMAD S.A.W. SERTA KELUARGA JUGA PARA SAHABAT BAGINDA.

salam Maal Hijrah.  sekadar satu catatan pelepas rindu seorang wanita terhadap kekasih Allah yang memungkinkan rahmat Allah tersebar ke seluruh alam.  Semoga rahmat Allah bersama dengan penghijrahan hati kita di Muharram yang baru ini.  


“Adanya kita orang perempuan ni, tak lari daripada rasa cemburu.”  Aku membuka kata biarpun aku lihat dia bagaikan endah tak endah kata-kataku.  Entah apa yang melayar di cepu kepalanya.  Bayi yang tak sampai sebulan umurnya di dalam pelukannya merengek.  Lapar susu barangkali.  Tetapi tidak juga mengalih perhatian perempuan muda itu yang lurus pandangannya ke depan.

Saturday, 10 November 2012

Syair Teladan Yusuf nan Tampan


Syair Teladan Yusuf nan Tampan

Terhina Zulaikha dalam cercaan,
Aib Al Aziz seluas lautan,
Pada Yusuf minta lupakan,
Isteri dinasihat mohon ampunan.

Thursday, 8 November 2012

Selagi hayat ada, belajar..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya tak menyambung Bondaku Besan Ratu?  Tidak.  Saya masih menyambungnya tetapi tidak lagi dimuatnaikkan ke laman blog ini.  Begitu juga dengan fragmen Pergilah Lara yang saya hentikan sehingga bab 8 sahaja.  Kenapa?  suka hati sayalah..(ketawa jahat)

Belajar ialah proses sepanjang hayat.  Percaya atau tidak, anda harus percaya,  Hari-hari baru yang kita lalui adalah guru yang kita namakan pengalaman.  Maka, hargai setiap hari kita.

Monday, 5 November 2012

Bondaku Besan Ratu - Bab 14




ALLYSA Elesendralah.  Begitupun, dia sepupu aku yang paling baik.  Paling cantik.  Pandai mengambil hati.  Mamapun tak boleh kata apa bila nenek kami dah setuju nak menjodohkan kami.  Mungkin dalam masa terdekat ini. 

Kata mama, warisan keluarga harus berada di dalam garisnya.  Tidak perlu dibuat garisan baru atau membengkokkan apa yang sudah lurus.  Akupun tak tahu Zaw.  tapi bagi aku Lisa pilihan yang tepat.  Aku rasa kalau aku dengan dia disatukan, akulah orang yang paling bahagia.  Akulah orang yang paling bertuah di dalam dunia ni.

Uwek! 

Friday, 2 November 2012

Nota Terima Kasih Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penghargaan dan terima kasih hendak saya rakamkan kepada sahabat yang menekan opsyen 'LIKE' mereka di page saya di laman FB.

terima kasih seawalnya kepada

Fazidah Ramly (org kampung), Murai Bisu (kawan sekelas SEMEKEME), Hidayati Jamil ( rakan sekerja di HLBB) Ssanie Irdina (kawan sekuliah POLISAS), Najamudin Rahini (org kampung, kawan sekelas SKDB, kawan SEMEKEME) Norziana Ali Badaruddin (junior SMVTAA), Monalita Mat Nih (kawan FB), Ibnu Husayn (kawan FB), Nurul Bahriah Saeman (kawan FB), Amran Ideris (SMVTAA), Aieta Ezie (senior SMVTAA dan HLBB) Fara Escha Anwar (kawan FB), Nana Syafina (SMVTAA) Zaty Ayob (Lambeth, London), Roslan Ismail (SMVTAA dan POLISAS) Neeca Ngu Siaw Chooi (HLBB) Zai Aziman (kawan FB yang paling 'hot') Ngahdiah Shukor (Temerloh), Sharifah Haida (POLISAS), Anie Shaari (bekas org kampung dan SEMEKEME) Kar Kin Lai (HLBB), Nur Amira (Sg Lui). Fuad Md Noh (Petaling Jaya), Norman Md Nasir (SMVTAA) Effa Salleh (org kampung) Elya Bellya (kawan FB) Az Kurayz Al Majid (org kampung, selamanya) Athira Azizan (kawan Ummi Zahra anakanda sahabat saya Pn Maslina Kassim) Isma Ismail (SMVTAA) Eynaa Wahid (SMVTAA) Nazillie Ramly (junior SMVTAA) Fatimah Padzin (kawan FB di HOSHAS)  Farahin Mohamed Noh (Petaling Jaya) Yaya Dato' Sulaiman (bonda kepada Syasha, sahabat Anis Suraya) Aida Kamaruddin (junior di SMVTAA), Zuraida Mohamed (POLISAS) Ibrazarina Ibrahim (POLISAS) Shima Sham (MEJOMAR) Rina Aziz (Petaling Jaya) Rathi Nadesan (POLISAS) Faten Anur Abd Wahab (rakan FB penulis novel Cinta Kalut terbitan NB Kara) Hanaffi Hamzah (SMVTAA) Novelku Darjat Kasih (rakan FB sedang gigih mengusahakan novel Darjat Kasih) Muti'ah Shukor (Temerloh) Wi Wiwit (Petaling Jaya) Zaleha Zambri (Petaling Jaya) Qurratul Ain Ita (SEMEKEME) Su Zati (HLBB) Kamaruzzaman Ghazali (Serdang) Izad Mus (HLBB)

saya kira inilah sokongan terbaik saya terima dan saya akan berusaha membalasnya kembali dengan cara saya.
TERIMA KASIH

Nota:  saya senaraikan supaya tidak alpa apabila sudah berada di puncak nanti.  InsyaAllah.

Bondaku Besan Ratu - Bab 13


BAB TIGA BELAS (13)

Adapun Putera Indera Laksamana semenjak ia menang perang tiadalah ia ke mana-mana melainkan berada di dalam istana jua.  Tiadalah jauh dari peraduan dan ayapan juga dihantar ke kamar peraduan.  Santaplah Putera Indera Laksamana seorang diri tanpa mahu ada dayang turut melayani.

Begitu juga ketika hendak beradu.  Tiadalah mahu dia mendengar lagu syair waima gurindam seloka turun-temurun dinyanyi dayang.  Kerjanya sekian hari bermenung durja bagai merancang cita-cita melanggar tanah Majapahit layaknya.  Panglima Awang Gagah hendak masuk menghadappun tidak dibenarnya jua.   

Thursday, 1 November 2012

Bondaku Besan Ratu - Bab 12



            BAB DUA BELAS (12)

            “KAMU sudah punya pacar?”  Tanya Edward ketika mereka berdua meredah kedinginan menunggu tren menuju ke Maastricth. 

Edward ingin membawanya bersiar-siar di sekitar ibu negeri Limburg itu.  Wafi teringatkan Allysa Elesendra.  Di mana-mana sahaja, Allysa selalu memaut tangannya dan memperkenalkan dia sebagai tunang.  Ditunangkan semenjak dari kecil oleh keluarga.  Apabila Wafi tanyakan kepada mamanya, tiada ulas kata yang lahir dari mulut mamanya.

Ikut Kata Hati Monalita Mansor : Anakku Brain Tumor - Isyah Radhiah Idris

Assalamualaikum.

Seperti biasa buku ini saya tarik dari rak buku Perpustakaan Awam Pekan Sri Manja berhampiran rumah saya.  Untungnya kerana seorang peminjam boleh meminjam sehingga 3 buah buku.  Saya gunakan kesemua nama anak-anak saya yang empat orang itu beserta nama saya.  Jadi, bayangkanlah berapa banyak buku yang saya boleh 'joli' di dalam satu-satu masa.

Kisah suri rumahtangga lapan anak yang bagi saya sangat memotivasikan diri.  Banyak panduan baik dari segi hubungan dengan Allah, dengan suami, dengan anak-anak, dengan masyarakat di dalam buku ini.  Membaca tajuknya mungkin risau sedikit, bimbang air mata mengalir.  Tapi, saya boleh katakan, saya menjadi kuat dengan berkongsi semangat dengan penulis yang ternyata memang kuat semangat.

Suaminya, ahli kumpulan nasyid tersohor di Malaysia.  Sentiasa berjauhan dan dia meladeni anak-anak yang lapan orang dengan salah seorangnya diduga dengan 'brain tumor' dan seadanya manusia, dia bertanya juga kenapa dia?  bukan orang lain.

Tetapi, dia menanganinya beserta panduan yang sangat-sangat berguna.  Buku terbitan Galeri Ilmu setebal 378 muka surat sarat dengan panduan beribadat buat ibu-ibu khususnya   Berharga RM25.00.  Elok disimpan satu untuk rujukan mendidik anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget