..yang bernama sahabat

Thursday, 17 October 2013

Borang Bengkel Belasah Karya

BORANG PENYERTAAN BENGKEL ASAS PENULISAN DAN BELASAH
ANJURAN  GRUP MARI MENULIS DAN PPAS PEKAN SERI MANJA

Nama
No Kad Pengenalan
Email Address:
Nombor Telefon :
Alamat
Status Pelajar (RM50.00)
Bukan Pelajar (RM70.00)
Bukti Pembayaran, sila 'copy dan paste' butiran pembayaran anda di ruangan di bawah
Sila klik pada senarai semak Mss telah dihantar ke inbox admin Mari Menulis
Pembayaran telah dibuat
Wang tidak akan dikembalikan jika saya gagal hadir
Saya bertanggungjawab menjaga barangan peribadi saya (sekiranya ada)

This form powered by Freedback

Saturday, 12 October 2013

Fonologi & Fonetik

untuk bacaan lanjut jemput ke rumah baru saya di sini

Wednesday, 9 October 2013

Kabus Rindu

ehsan google
“Kanda!!!!”

Tetapi pandangan tetap gelita. Putera Indera Laksamana?  Tuan hamba di mana? Kabus memutih mengendur umpama tirai menampakkan susuk gunawan menjadi igauan dara dan janda..  Rakyat biasa dan anak raja.  

“Kali ini, tidak perlu berdinda-dinda.  Datanglah Indera Laksamana secara nyata.  Aku amat membutuhkan pertolongan.  Lawanlah mereka sebagaimana gagahnya kau berjuang di medan tempur ketika mendepani bala tentera Raja Helang Olak Lapan dahulu,”  jerit hati Zaweeya.

Friday, 4 October 2013

Menongkah Matra Baru (e-book Rautan Takdir)



saya terima juga beberapa pertanyaan tentang e-book kumpulan cerpen Rautan Takdir ni. Ia tak dijual di dalam bentuk buku fizikal. Hanya di dalam bentuk digital.

Ia adalah percubaan pertama saya dalam menerbitkan buku saya sendiri, sebagai langkah pertama. Saya akui dan faham tentang kesukaran membaca menggunakan pdf reader berbanding dengan buku fizikal di tangan.
Bagaimanapun, saya cuba memandang pasaran buku 10 atau 20 tahun akan datang. Mungkin tanggapan saya salah, tetapi saya sudah mencuba. E-book ini dijual dengan harga RM15.00. 

Sekian terima kasih.

oh ya, sesiapa yang nak tahu susah senang menerbit e-book ni, boleh juga PM saya, kita boleh berkongsi. Untuk pertanyaan, saya tak kenakan bayaran.

Ikut Kata Hati : Catatan Dari Syurga

Assalamualaikum,  Bismillah.

Membaca Catatan Dari Syurga karya Rohani Deraman ini seakan membuka sekeping lembar insaf yang sudah lama terpuruk di dalam diri dimakan riak.  

Betapa ada ketikanya, kita yang sekadar sempurna fizikal tetapi bukan mental, tega memandang hina terhadap ciptaan Allah.  Walhal, jika diikutkan ketidakupayaan kita, usahkan mencipta, mengawal kentutpun kita tak mampu!  Tapi kita selalu lupa, tanpa belas kita mencebik hina dan memandang jijik pada orang lain yang kita rasakan tidak menepati kehendak hati kita.

Autobiografi setebal 110 muka surat ini menyingkap kisah hidup ibu yang kudung kaki dan tangan yang cekal, yang redha dengan kecacatannya.  Redha dengan dugaan.  Sungguh saya merasa malu dengan diri sendiri apabila membandingkan kekuatan rohaninya dengan saya.

Turut termuat, kisah dari mulut anak-anaknya sendiri.  Yang turut merasa bahang kesusahan, penghinaan itu.  Berkongsi rasa, kerkisah tentang sikap angkuh manusia waima keluarga terdekat sendiri.  Air mata tidak berhenti mengalir sepanjang saya membaca karya ini. (Saya cengeng ke?  terserah pada anda, baca sendiri baru tahu)

Mungkin anda tidak terkesanpun.  Kesusahan hidup, siapa-siapapun pernah lalui.  Tetapi tidak untuk seorang Aminah binti Tahir yang terpinggir daripada kasih ibu sejak kecil.  Menelan hinaan, fitnah, penganiayaan hampir setiap saat hanya kerana manusia tidak puas hati dengan Allah.   Tidak puas hati kerana Allah menjadikan dia sebegitu.

Walhal, sudah ditetapkan bahawa tiada satupun makhluk yang dijadikan Allah di dunia ini tidak berguna. Kisah ini membentangkan hikmah yang bukan sedikit.  Percayalah kepada kesabaran.  Yakinlah pada doa, memintalah pada yang hak.

Buku ini dijual untuk menampung kos upah haji allahyahamah Puan Aminah binti Tahir yang telah kembali ke rahmatullah, al fatihah.

Thursday, 3 October 2013

e-book Rautan Takdir

untuk pembelian klik www.monalitamansor.com
Cikgu Hana terdiam.  Berentetan kemungkinan berkawad di dalam cepu kepala.  Satu-satu disusunnya.  Yang tidak logik atau tidak berasas, diketepikan umpama menyaring kepala taugeh.  Bagaimanapun, logik di kepala Cikgu Hana tidak dapat menyimpul solusi.  Melintas juga di kepalanya penyebab-penyebab luaran seperti gejala cinta monyet, mahupun gejala cinta sejenis yang bukan pelik.  Tetapi, cepat-cepat dipadamkan dari ingatan. 
Kegemparan di akhbar tentang pengantin remaja, ataupun remaja lari hingga menyeberang Selat Melaka atau Selat Lombok diletakkan dalam rangka kemungkinan.  Tetapi pada tangga yang paling bawah.  Tidak mungkin masalah Zahirah meleret sehingga ke situ. 

          “Apa kata kita tanya ibu bapa dia?”  Cikgu Zalifah memberi saranan.

          “Sesetengah ibu bapa tak suka kalau kita ‘menyerang’ mereka macam FBI.  Lebih-lebih lagi ibu bapa alaf  21 ni…”  Cikgu Hana menutup mulutnya.  Merasa lucu dengan ayatnya sendiri.  Beberapa kes serangan ibu bapa di dada akhbar tanpa merujuk kepada pihak sekolah dahulu menjadi ingat-ingatan. 

          “Beginilah.  Kita cuba dulu.  Biar saya telefon ibu atau bapanya.  Jemput mereka ke sekolah.  Cikgu ada butirannya kan?”  Cikgu Hana memandang mata Cikgu Zalifah yang bagaikan purnama disuluh.

          “SAYA minta maaf, cikgu.  Saya seorang aja yang datang.  Ayah Zahirah bekerja, tak boleh bercuti.  Saya kira, perbincangan ni boleh diteruskan tanpa dia,”  Lancar wanita itu bersuara sebaik sahaja dipersilakan duduk oleh Cikgu Hana.  Cikgu Hana berdehem beberapa kali.  Dalam debar, dia memanjatkan doa supaya segala-galanya dipermudahkan.  Wanita yang tidak dapat diagak usianya itu tersenyum.  Malah tanpa senyumpun wajahnya tetap manis. Hati Cikgu Hana sedikit lega.


sedutan cerpen 'Malasnya Mata'


Wednesday, 2 October 2013

Cerita Pra Aidil Adha

Assalamualaikum dan Salam Pra Aidil Adha.

Bila ditulis Aidil Adha, orang kita tak excited sangat, sebab tak semeriah Aidil Fitri, katanya.  Tetapi kenapa di sebelah-sebelah Asia Barat malahan di Kelantan sendiri ia disambut meriah?  Apa signifikan ibadah korban dengan ritual hari raya?
kredit : Carian Google


Ingin saya sentuh mengenai daging korban.  Menurut Ustazah Fadhillah, ustazah yang mengajar kitab Riyadhus Salihin untuk para muslimat di kariah saya, di dalam daging korban itu ada keberkatan.  Seperti juga air zam-zam.  

Para ibu, semasa memasak daging korban terutama yang masih segar, dinasihatkan berdoa untuk kesejahteraan keluarga atau apa sahaja yang baik-baik.Jika anak degil, doakan supaya hatinya lembut semasa makan daging tersebut, begitu juga kalau suami degil atau mak mertua degil dan sebagainya.  Lembutkan hati mereka dengan doa, semoga dipermudahkan.
kredit : carian Google


Tuesday, 1 October 2013

Kompilasi cerpen Rautan Takdir versi e-book

ada di antara cerpen ini yang anda dah baca di sini.  Tapi, ada juga yang tak pernah kelihatan di mana-mana, saya satukan di dalam
 untuk pembelian sila klik; http://www.monalitamansor.com/


  Saya memerhati kelibatnya dengan ekor mata.  Dia sangat tenang.  Selesai berwudhuk, diapun mencapai Surah Yassin.  Dibacanya perlahan, tidak tergesa-gesa, dengan makhraj dan tajwid yang tersusun.  Cuma tarannumnya saya tidak pasti.  Baiyati atau Hijaz atau yang selalu dilagukan Ustaz Don Daniyal itu.

            Bacaannya mengalun dan bagai merebakkan wangian kasturi di sekitar.  Saya menarik nafas panjang-panjang.  Menghirup wangian itu sebagai bekalan.  Mudah-mudahan saya tidak kehausan sepanjang bermusafir nanti. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget