..yang bernama sahabat

Thursday 28 March 2013

50 Pesanan Syed Mokhtar Al Bukhary untuk Melayu Muslim

Terima kasih untuk Masayu Ahmad dan Mommie's Mate






www.forbes.com

50 Perkara Penting Drp Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
(Hadiah istimewa saya untuk orang melayu muslim)



  • 1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

  • 2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

Friday 22 March 2013

Embun Vokey a.k.a Aku Anak Vokey, sedia untuk didownload

 Pengumuman kepada semua peserta peringkat akhir! Kami telah menerima semua penyertaan dan semua ebuku boleh dimuatturun daripada platform Maxis ebook dan eSentral. Anda boleh mula berkongsi gambar muka depan ebuku anda di rangkaian laman sosial dan galakkan kawan-kawan dan keluarga untuk memuatturun ebuku anda. Ebuku dengan jumlah muatturun tertinggi akan menang. Semua ebuku boleh dimuatturun sehingga 25 April 2013. Semoga berjaya!
Title : Embun Vokey

Ikut Kata Hati : Dari Menara KL




Dari ceruk dapur, bermula dengan Asam Garam Gula & Kopi, Kopi O Tanpa Gula dan Teh Tarik Kurang Manis, A Jalil Ali sudah melompat mendaki Dari Menara KL.  Saya akui, saya sudah ketinggalan keretapi kerana Dari Menara KL terbit pada 2011.  Baru saya temui semalam di PPAS Pekan Seri Manja.

ini koleksi peribadi saya ya...

Wednesday 20 March 2013

Kitaran Hidup Ayak-Ayak

asknature.org

untuk bacaan sila klik di sini

Sunday 17 March 2013

Kerancuan Bahasa Melayu di Kalangan Murid-Murid Sekolah dan Langkah-langkah Penambahbaikkan

untuk bacaan jemput ke istana baru hamba di www.monalitamansor.blogspot.com

Monday 11 March 2013

Pawaka Finale


       ALHAMDULILLAH,  aku tinggalkan Sungai Pahang di tangan Maimon Haiza untuk belayar ke Pulau Impian... tamat 8/3/2013  

   Maimon ketawa mengekek mendengar usikan uminya.  Kalau Puan Zabedah ada di depan matanya, tentulah dia melihat wajah keputih-putihan empat segi itu sudah merona merah diusik malu. 
            “Kalau nenek Dhani tak telefon beritahu, sampai bilalah agaknya Mai nak berahsia,”  ujar uminya seolah-olah merajuk.
            “Ala, umi ni, Mai seganlah.  Nanti umi ketawakan Mai.  Nanti umi kata buruk rupanya orang tua bercinta…”
            “Anak umi cantik-cantik belaka.  Nak-nak anak umi yang namanya Maimon Haiza tu…umi suka sangat mendengarnya, Mai.  Umi harap umi sempat tengok Maimon bersanding.”
            “Umi ni…”  Maimon merengek manja.  Begitupun, dia segera menegakkan diri apabila melihat isyarat panggilan masuk berkelip-kelip di telefonnya.  Segera dia memendekkan bual dengan uminya dan menyambut panggilan tersebut.
            “Susah betul nak dapatkan talian orang popular ni.  Asyik engaged saja,”  komen Dhani.  Maimon ketawa bahagia.  Meski perlahan, jelas di telinga lelaki yang mulai pandai bermimpi untuk beradu dalam dakapan cahaya purnama itu. 
            “Kenapa tiba-tiba hilang semalam?  Sekarang ada dua biji kereta di depan rumah saya.  Saya cadang nak jualkan salah satu…”
Panjang ketawa Dhani mendengar gurauan Maimon itu.
            “Juallah yang warna metalik tu.  Duit tu boleh saya gunakan buat duit hantaran,”  balas Dhani.  Maimon terdiam. 
            “Kenapa Abang Mubin telefon awak?  Ada masalah dengan sangkar kah?”
            “Tak.  Cuma fasal Diney.”
           
“DINEY?”
“Iya.  Abang jumpa Diney kat lobi hotel tadi.  Masa tengah mesyuarat dengan client dari Kuantan.  Dia macam orang tak waras aja!”  Terasa pecah jantungnya mendengar kata-kata Abang Mubin itu.  Segera dia mendapatkan teksi dan meninggalkan pesan kepada abahnya.  Sementara pada Arif, dititipkan pesanan agar meneruskan perbincangan dengan Salbiah.  Jika Damia berkeras, tinggalkan Damia.  Pesanan berbentuk arahan dan amaran diberikan.  Arif menuai janji akan menyelesaikan segala-galanya.
“Jangan beritahu nenek.  Nanti risau pula dia.  Abang tunggu kat situ sampai saya tiba, boleh tak?”
“Client ni macamana?  Ini projek pembekalan patin pada hotel lima bintang tu.  Abang dah nak close deal.  Takkan nak tangguh?”
            “Abang sumbatlah si Diney kat dalam bilik hotel tu.  Lepas tu abang sambung balik meeting tu.”  Arah Dhani.  Abang Mubin memang pandai dalam bab mencemaskan hati perut aku!  Rungut Dhani.  Diney, Diney.  Tak habis-habis.  Apa pula masalahnya kali ini?
            Berkerut dahinya memutar ingatan mencari sebab Diney berada di Hotel Seri Muara itu sedangkan sepatutnya dia berada di Kuala Lumpur.  Meneruskan hidup dan kuliahnya seperti biasa.  Bosan meladeni perjalanan yang masih panjang, telefon bimbit di tangan menjadi mangsa.  Lama pandangannya terpaku pada sebaris nama dan nombor telefon di depannya.  Maimon Haiza.  Segala-galanya dia.  Pandang ke langit, senyumnya bergayutan.  Pandang ke bumi, wajahnya berkaparan.  Aduh, penasaran, dengan cinta yang tak diundang ini. 
            “Diney datang ke mari dengan Syed Hasnol,”  Abang Mubin memberitahu sejam kemudian.  Dhani masih lagi di dalam perut teksi di lebuhraya Karak.  Terasa begitu terdera.  Kalaulah boleh dia terbang mendapatkan adiknya yang seorang itu.
            “Ada abang nampak si Syed tu kat situ?”     
            “Tak ada.  Bila abang tanya Diney, dia jawab tak tahu aja.  Banyak kali abang tanya kenapa, dia hanya jawab tak tahu.  Paling kuat dia menangis.”
            “Abang dekat mana ni?”
            “Dalam bilik Diney.”
            “Dalam hotel?”
            “Iyalah.”
            “Abang Mubin, kat belakang hotel tu masjid.  Nanti elok-elok aja ahli jawatankuasa masjid tu datang.  Terus kahwin free!”
            “Eh, Aishah pun ada.  Abang telefon dia tadi.”  terang Abang Mubin dan terus ketawa.  Segaris kelegaan menerang di dalam hati.  Cepat-cepat dia memohon maaf kepada abang sepupunya itu kerana bersangka buruk sebentar tadi.  Ikutkan hati, mahu dicekiknya pemandu teksi itu sampai mati.  Ditinggalkan di tepi jalan dan teksinya itu dilarikan segera ke bandar pinggir Sungai Pahang itu.  akhirnya dhani ketawa sendiri dengan ingatan buruk yang dipengaruhi cerita-cerita jenayah yang pernah ditontonnya.
            “Dhani…aku ni.”  Suara Aishah perlahan.  Bagaikan dia bercakap secara curi-curi.
            “Kenapa Ai?”
            “Syed Hasnol cuba buat tak baik pada adik kau,”  suara Aishah tenggelam timbul.
            “Mana kau tahu?”
            “Diney bagi tahu.  Tapi tak sempat sebab abang kawan dia datang.”
            “Habis tu macamana?  Diney nak report polis tak?”
            “Dia kata tak mahu.  Si Syed tu tunang kawan baik dia.”
Dhani tidak menjawab.  Kenapa adik-adiknya begitu taksub dalam menjaga hubungan dengan orang lain dibandingkan menjaga hubungan dengan keluarga juga membela diri sendiri.  Begitu banyak kenapa yang bersarang di dalam kepalanya.  Semuanya terlonta-lonta tidak berjawab.      

Saturday 9 March 2013

Sejarah Kesultanan Sulu - Antara Fakta dan Mitos (S.M. Zakir)


navy-the-best@blogspot.com

KESULTANAN SULU ANTARA FAKTA DAN MITOS

S.M. Zakir

(dengan izin drpd wall Siti Jasmina Ibrahim)

Wilayah Sabah atau dikenali sebagai Borneo Utara merupakan sebuah wilayah yang agak kabur dalam soal hak milik kekuasaan politik antara kesultanan yang ada pada sekitar kurun ke-17 hingga kurun ke-19. Wilayah ini dari segi geografinya juga bukan sebagaimana wilayah yang wujud hari ini. Wilayah Borneo Utara ini dikatakan dihadiahkan oleh Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu setelah Kesultanan Sulu yang mempunyai pertalian saudara tersebut membantu Kesultanan Brunei dalam peperangan. Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu selalu bergabung tenaga dalam peperangan, terutamanya peperangan menentang Sepanyol sejak kurun ke-16 lagi. Atas persekutuan dan persaudaraan ini maka wilayah Borneo Utara (perkataan Borneo itu sendiri ialah berasal daripada perkataan Brunei) diserahkan kepada Kesultanan Sulu. Setelah itu Kesultanan Sulu menguasai wilayah Borneo Utara sehingga ke Zamboanga meliputi pulau Tawi-tawi, Pulau Jolo, Pulau Basilan, melebar ke Pulau Palawan di Laut China Selatan.

Friday 8 March 2013

PKRS 2 : Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Terhadap Perkembangan Kognitif, Psikomotor dan Afektif Murid


3.0.      Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial terhadap perkembangan kognitif, Psikomotor dan Afektif murid.

3.1.      Perkembangan Kognitif
Perkembangan Kognitif dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan merangkumi aspek penilaian dan sintesis mengenai sesuatu perkara.Murid-murid dapat mengenalpasti dan menyenarai aktiviti fizikal, mengamalkan postur yang betul; yang memberikan sumbangan besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan kesihatan diri.  Seterusnya mengamalkannya secara konsisten untuk mencapai tahap kesihatan dan kecergasan maksimum.

Mengumpul maklumat mengenai kepentingan pemakanan seimbang, pengambilan makanan yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan.  Sebagai contoh: mengetahui dengan jelas makanan-makanan yang terdapat di dalam piramid makanan dan kadar pengambilannya bagi setiap takah piramid.  Murid-murid juga boleh membuat keputusan untuk tidak mengambil makanan yang boleh menyebabkan obesiti dan masalah-masalah kesihatan lainnya.  Seterusnya mengamalkannya sebagai nilai tambah utama terhadap penjagaan kesihatan yang betul. 
gambar hiasan...he..he..he..

PAWAKA 9


BAB 9

“Dhani jangan nak buat ceritalah,”  terketar-ketar Puan Rohana mendengar kata-kata Dhani.

  Dia tahu, Dhani memang cemburukan Danish semenjak dulu.  Dhani mengucai rambutnya.  Geram.  Dia tahu duduk dirinya.  Dia sedar ruang dirinya.  Tetapi, dia berhak untuk menegur.  Bukannya untuk keburukan.  Dia menegur untuk kebaikan adik-adiknya juga.

“Dhani bercakap macam anak-anak mak tak belajar agama.  Dhani bercakap macam mak beranakkan Yahudi, Nasrani.”  Suara Puan Rohana memetir.  Tidak tertampan rasa tersinggung yang membadai pantai hati.  Dhani terpempam.  Kenapa ke situ pula?

Thursday 7 March 2013

Ikut Kata Hati : Tembok Zulkarnain Sudah Bolos, Azrien Borhan


Walaupun mauduk Tembok Zulkarnain Sudah Bolos oleh Azrien Borhan ini menjurus kepada kata kunci  ‘Tembok Zulkarnain’ dan ‘bolos’; tidak boleh tidak susur galur susuk individu bernama Zulkarnain haruslah dikenali terlebih dahulu.

Ringkasnya, Tembok Zulkarnain disebut di dalam Al Quran Surah Al Kahfi ayat 86. 

Tuesday 5 March 2013

Editor Bersekutu - Kumpulan Cerpen Kisah Dari Siru Kambam


Siru Kambam - Datuk

Uthaya Sankar SB at Uthaya Sankar SB - 3 days ago
Cerpen “Datuk Datang ke Kampung Kami” disunting semula oleh Monalita Mansor untuk dimuatkan dalam buku Kisah dari Siru Kambam (2013). Cerpen ini menampilkan latar masa tahun 1995 dan tersiar di majalah Dewan Sastera keluaran Februari 1997 sebelum dimuatkan dalam Nayagi (2000) dan Sasterawan Pulau Cinta (2001). Penulis mengumpul bahan selama sekitar tiga tahun sebelum menulis kisah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...