..yang bernama sahabat

Sunday 30 June 2013

Skreeeet....

Kabus Rindu - tajuk macam jiwang karat tak ingat kan. Tak adalah ni kisah komedi romantik. Yang jadi berkabus tu sebab ada misteri seket-seket tentang Indera Laksamana.

Sunday 23 June 2013

Hikayat Awang Sulung Merah Muda: satu analisis

1.0  Pengenalan

Analisis teks adalah berdasarkan cerita penglipur lara yang diceritakan oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya dan dikumpulkan oleh Sir Richard Winstead dan A.J. Sturrock dan dibukukan sebagai Hikayat Awan Sulung Merah Muda.  Diterbitkan semula oleh Penerbit Fajar Bakti. Sdn Bhd.  Analisis Bab 6 dan 7 ini dilakukan merangkumi  strategi pemerengganan, pendekatan retorika, pendekatan ekletika, stilistika, wacana, logika dan tatabahasa.

Elemen Sintaksis - Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk (ia di sekeliling kita)

Wednesday 19 June 2013

Amanda Allamanda 16

IMAM Omar menyambung terus.  Keseluruhan kawasan surau itu terang-benderang.  Para jemaah lelaki yang mengisi tiga sehingga tiga saf tadi sekarang berada di dalam kedudukan separa bulatan.  Jemaah wanita yang tidak sampai sepuluh orang pula asyik mendengar di bahagian belakang jemaah lelaki.  Di sudut sebelah kiri dengan tabir pemisah dinaikkan.

Saturday 15 June 2013

Ikut Kata Hati : Di Angin Lalu, AD Rahman

Nak claim dengan AD,...erk income tax.
Di Angin Lalu buah tangan terbaru grup karya NB Kara menampilkan seorang penulis baru, lelaki bernama AD Rahman.  Sangka saya, Di Angin Lalu sebuah cerita masyarakat klise yang penamatnya adalah penamat bahagia atau happy ending.  Manalah saya tahu DAL menyusahkan hati saya sehinga sekarang.  Masih terakam di minda babak demi babak yang tidak pernah indah dalam hidup watak utamanya, Zali.

Monday 3 June 2013

Amanda Allamanda 15

SEKILAS pandang, Amanda bagaikan bercakap seorang diri.  Lagaknya bersungguh-sungguh.  Kalau kaki mahu diangkat kerana kedua-dua tangan yang menggawang masih belum cukup menyokong fakta, semua mahu dibuatnya. 

            “Mereka nak Dida ikut keputusan mereka, pak ngah.”  Pak Ngah Talib seakan-akan tidak peduli. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...