..yang bernama sahabat

Monday 27 October 2014

Jejawi Tua Memang Menyeramkan

Assalamualaikum.

Ceritanya biasa. Cerita pasal pokok jejawi dalam satu kampung. Korang tahu tak pokok jejawi tu macam mana rupanya. Nanti sat aku google.

Ceritanya pasal sebuah kampung bernama Sungai Teja yang tiba-tiba gempar dengan pelbagai peristiwa ngeri lagi aneh dan misteri. Yang tak gemparnya cuma Angah Soyah yang berjay penulis simpan misterinya sampai ke sudah.

Novel ini sebenarnya menampar atau menempeleng umat Melayu. Terutama yang meletakkan kebergantungan lebih kepada makhluk daripada Allah S.W.T.  Kesemua watak yang dibariskan sebenarnya adalah gambaran watak-watak manusia bejat yang ada pada hari ini. Dan, tinggal satu perkara sahaja lagi yang membuatkan Angah Soyah masih bertenang di tengah-tengah kekalutan ini.
Apa dia, kenalah baca.

ni rupa pokok jejawi...jadinya faham sendirilah ceritanya macam mana

Sunday 26 October 2014

Merantau Ke Deli dengan Poniem Lebih Bermotivasi

Assalamualaikum.

Komen banyak tak boleh. Sebab ni novel vintaj. Mungkin kebanyakan orang dah baca dan ada pandangan sendiri. Tapi, aku hanya tertarik dengan Poniem. Watak isteri Leman yang begitu positif.

Malah boleh aku katakan memberikan sedikit inspirasi buat aku. Novel ini sangatlah sinis. Di samping sindiran terhadap budaya setempat, adat dan masyarakat, ia juga memberi gambaran jelas betapa adat dan budaya dapat memastikan kelangsungan generasi, selagi ada yang menjaganya.

Bagaimanapun, ia sebaiknya berpandukan Al Quran dan Hadis. 

***Macam biasa pinjam kat PPAS

Saturday 25 October 2014

Cinta Hilang Kata - Rebel With A Cause

Assalamualaikum.

La, mesti korang dah nampak kan entri pasal CHK ni tempoh hari. Apa yang buat aku nak ulang lagi? Hari tu, aku tulis masa belum habis baca. Sekarang dah habis baca.

(dah tak menulis ke Cik Mon? asyik review novel aje...hihihi)

Hmm...Love You In Silence. Cinta Hilang Kata. Mesti kat jelapang minda (pinjam ayat penulis) ingat ini cerita cinta. Aku pun sama - mula-mula.

Dahlah novelnya besar gedabak. Tebal pulak, memang kelas Kamus Dewan, tinggal lagi dia tak berkulit tebal aje. Tapi bila aku habis baca, aku faham. Penulis dan penerbit cuba menyampaikan sesuatu melalui saiz, ketebalan, kaver dan tentu sahaja isi cerita. Aku panggil 'rebel with a cause' - kwang...kwang...kwang.

Aku suka kata novel ni novel kemanusiaan. Kata kuncinya manusia.

Manusia itu merujuk kepada Nurul Masmin. Watak utama yang memang manusia sifatnya. Berserah, pemurah, akur pada kehendak orang lain, tetapi pada masa yang sama memimpin pemberontakan secara terpimpin di dalam hati (rujuk bab dia panjat pagar asrama lelaki dan p gunting boxer Amirul!)

Manusia juga merujuk kepada Rain Akhtar, seperti adanya lelaki di luar sana. Takut-takut berani. Manusia merujuk kepada Amirul yang memegang mazhab separuh-separuh. Taat mak (perempuan) wajib/menjahanamkan duit bini, tak bertanggungjawab (perempuan juga) wajib. 

Manusia diwarnai hasad dengki, tindas menindas, caras-mencaras, malahan ke tahap yang paling gampang, paling sial (kata kasarnya) bersekongkol dengan syaitan. Syaitan pun pening kepala! Penulis pula macam sengaja membiarkan syaitan-syaitan dalam bentuk manusia ni menang. Sesuatu yang sangat tak disukai oleh pembaca. Rupa-rupanya, di dunia nyata itulah realitinya kerana yang mungkar itu akan selalu kelihatan menang. 

Panjang review nih!

Tapi, dalam banyak perkara, penulis dengan selamba tenuknya menerusi watak Nurul Masmin, Ezra, Che Wanie, Deens, Sabirah (eiii), Zaili, dan Kak Muna telah menelanjangkan sampai nampak nyata kudis, panau, kurap, kayap, kudis buta, lebam, bengkak dunia penulisan. Daripada kepala - ragam penulis sesama penulis, editor, penerbit, pengedar dan akhirnya pembaca. Kesemuanya.


Friday 24 October 2014

Happy New Year

Assalamualaikum

macam tak kena aje wish happy new year di kala ambang Maal Hijrah ni kan...
begitupun
aku mohon ampun dan maaf pada semua
terutama pada pengunjung blog ini
yang terhibur atau tak
yang dapat ilmu atau tak

MABRUK


**gambar Google

Sunday 19 October 2014

Mentol Gudik

Assalamualaikum.

Mentol semalam belum malap, Mentol baru dah menyala. Ini musim rezeki penulis namanya, musim ilham menyerbu. Ada penulis yang simpan dalam bank idea. Bank idea aku, di sinilah. Mentol seterusnya.

'Mentol Gudik' - aku namakan. Gudik tu, nama khas. Maknanya ada kisah 'dia' yang bakal aku simpan sama ada dalam bentuk cerpen, novel atau novelet. 


Apabila kita mengubah gambaran dalam fikiran kita maka emosi kita akan berubah dan tindakan kita akan berubah. Oleh itu, bina gambaran positif dan sentiasa elakkan keganasan atau kekasaran. Gambaran positif akan menghasilkan hormon positif dan akan memberikan kekuatan semangat dan kesihatan yang baik kepada kita.

Prof. Dr. Muhaya Mohamad


Saturday 18 October 2014

Bukan Hebat Sangat

Assalamualaikum.

Seiring dengan peningkatan usia kot. Bahan bacaan pun dah gradually change kata orang putih. 
Hari ini bergilir ganti baca buku ni dengan Cinta Hilang Kata. 

Semoga Allah melembutkan hati aku. Maafkan orang lain. Aku pun bukan hebat sangat!

kira detik - Maal Hijrah

Friday 17 October 2014

Mentol Menyala-Nyala

carian google
Alhamdulillah. 
Ada dua tiga mentol menyala-nyala. 

1. Mentol 'ikhlas'

2. Mentol 'anak angkat'

sabar ya mentol. Nanti aku kembali. 


**Kira detik - Maal Hijrah. Buku Baru.

Kembara Di Luar Kotak

carian Google
Assalamualaikum. 

Filem ni out of box - TV2 sekarang.
pasal tu kena kritik
filem pertama Khatijah Ibrahim berlakon kot
kritik sosial
dunia kreatif
yang nazak

serupa aje
dengan
dunia
penulisan

oh Tanah Malayaku...

bai....


***kira detik Maal Hijrah. 

Dating dengan Coco Chanel

Ini bukan Coco Chanel. Ini Putih. Gambar daripada blog Scarlette's Petal
Assalamualaikum. Kelas kau...janganlah kalian cemburu. Aku selalu singgah kat blog Scarlett's Petal ni pasal bagi aku ia unik dan kreatif. Kucing di rumah tu memang pandai bercerita. Macam-macam cerita. Ini cerita terbaru. 
Syukur!!!Dapat juga saya tumpang bercakap dengan kawan-kawan emak yang baik hati terutama Acik MONALITA MANSUR.Terima kasihlah ACIK sebab rajin singgah blog emak.Emak kata emak akan balas kunjungan Acik secepat mungkin.Kalau tak silap 17 hingga 25 Oktober ni emak cuti sekolah.Masa tulah emak nak pulun jenguk Acik.(Acik!Oooo Acik!Pulun tu apa?) Oh ya.Lupa pulak saya nak perkenalkan diri.Nama saya Coco Chanel.Panggil Coco je.

http://scarlettj1.blogspot.com/2014/10/saya-coco.html

Thursday 16 October 2014

Dah 4 Tahun Rupanya



Pegawai bertugas : Pn Norhanizah Ismail - sekali imbas seiras dengan seseorang di GBK

Assalamualaikum.
Affan panggil pi-pas. Tolonglah. PPAS tu akronim Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Balik dari pasar (hari ini harga ayam RM4.90 sekilo). Singgah sini dulu.
Lokasi tersorok sikit, tapi ini destinasi wajib aku mai setiap minggu. Memang lubuk - lubuk buku. Letaknya dekat Taman Seri Manja, Petaling Jaya. Ini librari alternatif selain Perpustakaan Komuniti MBPJ dekat PJ Old Town. 
Tengok comel dua orang ni, siap bawak bekal lagi...
Tak ada dalam google - korang taip Restoran D' Desaria. Atau taip Masjid As-Salam PJS1 atau pasar malam hari Selasa Sri Manja. 
Buka sejak 18 Oktober 2010. Oh, selamat hari lahir PPAS Pekan Seri Manja.
hasil tangkapan



Perpustakaan Komuniti Sri Manja 
No. 15, Jalan PJS 3/32, Taman Sri Manja, Batu 6 ½, Off Jalan Klang Lama, 
46150 Petaling Jaya







Hilang Kata-Kata dengan Cinta Hilang Kata.

kalau belum ada, hubungi penulisnya.
Assalamualaikum. Baru beberapa muka surat. Di tangan Lily Haslina Nasir, sastera dan santai dimadukan dengan baik dan boleh bermastautin dengan aman di dalam sebuah novel setebal seruas jari tengah orang dewasa ni. Novelnya pun besar gedabak - berbeza daripada saiz novel sedia ada. 

Kata penulisnya, plotnya berat dan novelnya pun berat sebab banyak ilmu (aku tambah)


Wednesday 15 October 2014

Kahwinkan Aku?

Fragmen daripada ms 323 Kabus Rindu.
Baca aje, percuma.

Jauh Tu

Assalamualaikum. Sambil ngeteh, cerita pasal buku ni. Mula-mula kawan, Ani yang racun kat grup Wasap. Dia siap print screen suruh aku baca. Aku abaikan. Hari tu aku pergi PPAS, aku pegang - macam terbitan yang biasa aku tengok. Tapi bila tengok dekat-dekat bukan.

Dari mula sampai habis, setiap cerpen dia walaupun satu muka surat, ada punch line. Dalam masa beberapa jam aku baca, itulah kerja aku. Ketawa, gelak, mengekek-ngekek, terkekeh-kekeh - sampai habis.

Gaya bahasa - minta ampun - santai habis. Penulis dan penerbit dah maklumkan kat depan sekali. Tak ada standard DBP dalam koleksi cerpen ni. Kisah-kisah dalamnya? tak disusun. Ikut suka penulis aje dan ikut suka kitalah nak baca ikut kronologi ke, flash back atau flash forward. 

***Penulis ni juga blogger.
***gambar : carian Google

Tuesday 14 October 2014

Getaran



kenapa dengan gambo ni? tak ada apa-apa. Cer baca, cer baca. Fragmen novel aku yang tajuknya Kabus Rindu tu. Tak pernah baca kan? Kaver dia ada kat sebelah sanen. Aku bagilah sikit-sikit bagi yang belum baca. Bagi yang dah baca, terima kasih daun keladi.

Ayya Bukan Sekadar Hiburan

Assalamualaikum

Hari Ahad, hari santai. Tekan-tekan siaran, pilih-pilih akhirnya Affan sudah lekat pada satu channel. Apa lagi kalau hari minggu. Filem Tamil di TV2. Tajuknya Ayya. Di TV7 ada Shah Rukh Khan. Menang tak Shah Rukh Khan?

Tak.

Kata Encik Suami, filem Hindi, sekadar hiburan - boleh. (kecuali filem-filem Aamir Khan) tapi kalau nak tengok filem untuk berfikir - lebih baik tengok filem Tamil. (Abaikanlah tari-menari tu) 

*kat TV2 tulis Ayya - kat poster tulis Ayyah...ayyo...
gambar Google

Monday 13 October 2014

Marathon Buku Lagi

Assalamualaikum. 
Lepas layan cerita duka lara Zainuddin dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, aku marathon terus dengan Cerpen, Khairulnizam Bakeri. Pinjam dengan PPAS jugak. 

Gaya bahasa - taman bahasa. Garapan - superb. Kategori dan babak 18sx? - sila skip kalau tak nak baca (malaikat di kiri dan kanan sudah standby) Tapi cerpen paling best ialah Gerabak - kalau aku kaye - aku post skrip kat Anthony E. Zuiker dan Jerry Bruckheimer.



gambar - pak Google kasi pinjam

Sunday 12 October 2014

Dah Taraf Gila

saya pinjam di PPAS
Assalamualaikum. Orang kata penulis kalau tak baca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka macam pakai dres kain kasa. Ada baju tapi tak tutup aurat. Suko kau! 
Terbitan sekitar 70-an

Saya tahu tentang cerita ni sebab tengok drama Hayati satu ketika dulu, tapi sebab siaran banyak sangat, dah tak ingat nak tengok endingnya. Banyak kritik sosial woooo....banyak juga inspirasi dan motivasi - dan best sekali, Buya Hamka melukiskan keindahan ranah Minang tu dengan indah sekali.

ini terbitan selepas 1949


kenapa tajuk atas tu gila? sebab dalam masa yang sama saya habiskan juga kumpulan cerpen Khairulnizam Bakeri - Cerpen, berselang-seli, beberapa jam selepas itu. 

*semua gambar ehsan google

I'm Back

ehsan Google
Assalamualaikum....Rindu kat aku? bluweeekkk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...