..yang bernama sahabat

Wednesday 19 November 2014

Ayam Patah Kepak : Paradigma Juang Melayu Islam

ehsan : Google
Assalamualaikum.

Semalam, sebaik pinjam khatamkan terus Ayam Patah Kepak, kumpulan cerpen Hafizah Iszahanid, junior saya di DBP dulu.

Kumpulan cerpen yang saya kira bertunjangkan pemikiran berkaitan Islam dan Melayu dengan latar global. Pemilihan diksi yang mudah memudahkan pembaca menghadam plot yang tidaklah begitu feminis tapi sinis.

Tahniah Hafizah.

Tuesday 18 November 2014

Nafas Baru Watak Bermadu


gambar : Carian Google
Tema : kemasyarakatan
Genre : kekeluargaan/cinta

Latar : kurang jelas/terutama flash back - thn 70-an/penghujung 60-an tak digambarkan dgn baik - malahan sedikit meragukan

Plot : flash back tp boleh difahami - kuat dan perkaitan tidak mengelirukan

Watak dan perwatakan - kabur malah ada ketika mengelirukan - watak Halijah yg sekejap kurus,sekejap gempal 
Perwatakan fizikal - sgt kurang 
Tumpu pada inner feel

Gaya bahasa - sederhana, tidak condong sastera tidak pula santai - sepatutnya boleh diterima khalayak

Diksi : ada yang ke laut, ada yang ke sungai, ada yang betul-betul tepat pada situasi

Cerita : segar - idea baru dan kreatif. Idea feminisme - emansipasi wanita. Cerita banyak digerakkan oleh watak 'wanita perkasa' seperti pt Mastura dan Halijah baik mental mahupun fizikal. Penulis tak beri watak stereotaip pd protagonis - lemah, asyik menangis, hilang punca tetapi beri dimensi baru pulak macam cerita hindustan - dendam dan hasad dengki adalah punca manusia terus hidup walaupun hidup berkalang dosa. Jadi kita sentiasa nak terus baca apa nak dibuat dek manusia yg berkonflik ni - Mastura dan Halijah.
Tapi, ada ketikanya aku terfikir tindakan terakhir protagonis tu - meracun antagonis hanya membuktikan antagonis tu bodoh seperti kata Ikmal dan Amir. Orang nak membunuh, dia nak membunuh, orang nak menculik dia nak menculik, tapi yg dibunuh tak mati, yg menculik tertidur. 

Kalau didramakan novel ni best jugak. Nak saya tgk Norish Karman @ Ellie Suriati  memegang watak Halijah dan Sherrie Merlis @ Nabila Huda diberi watak Mastura. Katrina tu boleh bagi kat Rita Rudaini @ Rozita Che Wan. Kecoh!   

Tatabahasa dan ejaan : ??? saya tak tahu kenapa.


Monday 17 November 2014

Jamming di Amcorp Mall

Semalam, di kala bumi Petaling Jaya dibasahi hujan. Macam biasa, aktiviti petang minggu kami di Taman Jaya langsung terus ke tingkat bawah Amcorp Mall. Selain daripada pasar barangan vintaj, sekarang ada sesi jamming otai-otai termasuk yang aku nampak ialah Yan (Lefthanded)

Lagu-lagu malar segar dengan suara serak-serak basah otai-otai ni, pelbagai bangsa dan macam-macam lagu.


Wednesday 12 November 2014

The Hit David Baldacci

When things look simple, they're usually not. Right and wrong, good and bad are in the eyes of the definer. Understand the agenda.

Jessica Reel, The Hit, page 75

Reel dan Robbie pembunuh upahan kelas satu. Penembak tepat terlatih yang bertukar jadi mesin secara tradisional disebabkan kecelaruan emosi masa lalu. Mereka membunuh atas arahan dan macam diprogram setiap mangsa mereka adalah musuh atau orang jahat.

Konflik dalam The Hit, bila pemangsa jadi mangsa dan bila mangsa keliru siapa pemangsa dan siapa mangsa.

Klise gila dengan movie sedia ada. Tapi pengalaman bacaan, plot, gaya bahasa dan diksi rupa-rupanya lebih menarik. Latar tempat di US dipaparkan dengan sangat terperinci. Ceritanya beralur kronologi, kalau ada flash back - wataknya yang akan bercerita sendiri.

Ada sikit sentuhan emansipasi wanita dengan ketokohan watak Reel. Perempuan yang tak suka dipanggil 'lady' - licik, tenang dan sangat terlatih, minda dan fizikal. Nampak sangat ideal tapi disuntik sedikit dengan elemen manusia - buat silap dan menangis bila Robbie (yang mulanya memburu dia) tak lepaskan picu pistol yang diletakkan di kepalanya masa dalam satu insiden. 

Abaikanlah propaganda US tu - dengan konflik di Syria, Neo Nazi, Perang Dingin, Islamofobia, tindih menindih kuasa antara biro CIA, FBI, NSA dan entah menda-menda lagi.

Turn the anger into something that will guarantee we beat these pricks. 
Will Robbie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...