..yang bernama sahabat

Saturday 28 February 2015

Terajang Versi Shake Hand

gambar : google
Assalamualaikum.

Sebut fasal fail (ingat nak entri pasal fail cover Erik Estrada) ada satu insiden terjadi masa hari akad nikah aku, 18 tahun lepas. Tapi Allah mentakdirkan mak dah tak dapat melihat, maka kekecohan tak lah sampai ke dalam bilik pengantin. Kalau tak, mahunya keluar tv kisah seorang pengantin bersilat dengan songket lipat paras lutut! dengan maknya.

Ayah, Abang Asri (abang sepupu ipar) dan juga pak sedara aku dah menggelabah sakan dah jam tu. Mana taknya, tok kadi (Ustaz Aziz, al fatihah) dah bersila baik punya. Tapi, semua dokumen yang nak ditengoknya tak ada. Dalam makna kata lainnya HILANG!

Tak tahulah, aku atau ayah yang salha letak, tapi memang kecoh gila. Cuma aku (pengantin) aje yang tak tahu. Dek, kerana jodoh tu dah tertulis dengan hero idaman Malaya aku tu, dan tak tahulah apa saudara-mara lelaki aku buat, maka dapatlah si dia shake hand dengan Ustaz Aziz.

Aku tak berani nak tanya ayah pasal tu, takut kena terajang versi 'shake hand'


Friday 27 February 2015

Funtastic Parents - Kids for Jannah






Assalamualaikum

Keesokan harinya pulak 15 Feb 2015 berlangsung satu ceramah keibubapaaan yang dianjurkan oleh Vogue Malaysia yang berpaksi pada slogan Funtastic Parents Kids Of Jannah. Acara-acaranya termasuklah ceramah dan drum circle untuk anak-anak. Ini kali kedua aku terlibat dengan aktiviti ini – maksud aku jadi peserta. Kali pertama di PPAS Shah Alam. 

Lokasinya kat perkarangan blok aku dengan kerjasama KRT Blok M dan N bersama Yayasan Bank Rakyat, Tabung Haji, Komuniti 1M, RTC, LPPKN dan JKKKP. Acaranya berlangsung pada 2 petang tapi terlajak beberapa ‘setengah’ sebab penceramahnya sesat. 

Tajuk yang dibawa ialah Membina Generasi Cemerlang yang dikendalikan oleh tuan Nor Azam bin Haji Mokhtar, graduan UITM dan pemegang ijazah kedoktoran dalam pelbagai bidang. Yang aku tahu, Vogue Malaysia yang dipresidenkan oleh Pn Jamilah Hanim ni memang mempunyai pasukan motivator dan speaker yang hebat-hebat.

Ceramahnya berlangsung santai. Tak adalah rigid nar. Yang sempat aku catatkan ialah generasi Y @ Why perlu dididik untuk berfikir di luar kotak, pandai cari peluang dan perlu kuat semangat.


acara cabutan bertuah....aku? hmmmm
Hmmm…jenuh juga nak memikirkan untuk menarik mereka keluar dari ‘kotak’ tu – nak-nak kotak Kpop tu….

Thursday 26 February 2015

Maraton Cinta di Pasaran

Arnieza Bella, Noraz Ikha, Nur Dila bersama pasukan TISS dan Fumi Edar
Syarifah Syaqirah mahu bermaratonkah lagi kali ini. Setelah beberapa kali dia meninggalkan tok kadi terpinga-pinga, pengantin lelaki ternganga-nganga dan ahli keluarga menutup muka. Apa masalah sebenarnya Syarifah Syaqirah sehinggakan dia perlu beredar daripada dimensi bernama majlis perkahwinan yang diimpikan oleh setiap gadis?

Maraton Cinta 360 Arnieza Bella

Dee a.k.a Dara atau nama sebenarnya Nadaira memang gila berangan. Kebolehan berangannya sehingga masuk tahap ekstrem sebab boleh mengangaukan dua manusia sekaligus. Masalahnya, dua manusia ni si Nick dengan Imad ni angaukan dia jugak ke?

Dee Angaurian - Puss Vakker 

Ross Nur Faezah meletakkan syarat yang bukan-bukan untuk Aaron Fahmi walaupun sebenarnya terdesak nak kena kahwin sekali harung dengan kakaknya, Kak Ida. Entah dari mana datangnya pula si Akim Zikry yang buat semak dan haru-biru segala-galanya.

Engkau Curi Hati Aku - Noraz Ikha

Cinta semalam memang sukar nak dilepaskan. Apatah lagi seandainya segala-gala mengenainya sentiasa berpeleseran di ruang mata. Apakah dengan menerima cinta baru tanpa berprasangka bermakna cinta silam sudah dilupa?


Hati Kama - Nur Dila


RM28.00/RM30 SS

Deposit ke akaun Maybank Berhad 1641 6489 7289 Monalita Mansor (emel : monalitamansor@gmail.com)

dan PM NAT (nama alamat dan no telefon anda) ke inbox Monalita Mansor

Kuliah Dhuha Dr. Robiah K. Hamzah - Awesome



Makna Kejayaan Dalam Hidup

Tarikhnya 14 Februari 2015. Masanya 10.00 pagi. Tempatnya di Surau Al Islah, PJS1, dekat dengan restoran mamak tempat aku mengeteh. GPS, aku tak tahu! Penceramah jemputan ialah Dr Robiah K. Hamzah. Ustazah tersohor lulusan bahasa dan linguistik. Tak sedar aje rahang aku terbuka sekejap.
Aku sampai ngam-ngam jam 10, sama sampai dengan penceramah (tak senonoh betul! Bukan apa, cita-cita tinggi nak jadi penceramah jugak) Tapi! Aku manage dapat seat first class depan sekali. Bak kata Prof Kamil dalam bukunya yang masyhur tu, di Malaysia, manusia tak berebut-rebutkan saf depan. Pergilah ke ceramah mana pun.

Aku rasakan sejam setengah tu singkat sangat. Sepatutnya sejam aje, tapi kami drag masa kecederaan sebab sejam Dr Robiah baru cerita pasal hadiah daripada Allah yang pertama.  Topik yang dibawa ialah Makna Kejayaan Dalam Hidup. Beliau mengungkapkan bahawa kejayaan itu, bukan letaknya pada material semata-mata – satu kenyataan yang semua orang tahu tapi susah nak percaya. Dunia adalah tempat pengumpulan saham menuju akhirat – satu kenyataan yang semua orang tahu tapi susah nak buat.
Manusia dibekalkan harta sementara yang perlu dimanipulasi seoptimum mungkin untuk mengaut sebanyak mana saham yang boleh dikutip untuk dibawa balik ke akhirat. – satu kenyatan yang semua orang tahu tapi ramai yang buat tak tahu

Harta yang dipinjamkan itu ialah fizikal kita, roh, akal dan otak yang kesemua itu perlu dihargai dengan salah satu caranya Terapi Syukur yang sangat menyentuh hati. Ia adalah pernyataan kesyukuran kepada Allah kerana kurniaan setiap panca indera dan pelengkap jasad yang ada pada diri manusia.
Sebelum berakhir dengan jamuan nasi berlauk kari kambing (alhamdulillah…murah rezeki tukang sponsor) Dr Robiah mengingatkan jemaah agar sentiasa berlapang dada dan ikhlas kerana keikhlasan dalam berbuat apa sahaj menentukan kehidupan lebih bermakna. 

Gambar? : tak tahu anak dara I pi simpan kut mana. Nanti cari. 

Wednesday 25 February 2015

Tertinggal Keretapi

gambar : carian Google
Assalamualaikum,

Aku mungkin banyak aura negatif kot. sebab tu anak bertuah yang aku jaga ni pun kurang mendengar. Anak bertuah ni sebenarnya, anak saudara aku sendiri. Masa dulu-dulu yang pada zaman dahulu, aku akui aku memang seperti katak bawah tempurung. Semua takut, takut jatuh, takut malu, takut kena ketawa.

Memang aku akui, sedikit sebanyak ia menyelamatkan aku daripada mencuba benda yang bukan-bukan. Namun pada kebanyakan ketika, aku ketinggalan. - Kesian betul.

Tuesday 24 February 2015

Apa kerja? Asyik Merengek

gambar : pinjam google
Assalamualaikum.

Aku ada juga dengar, budak-budak yang terlebih makan gula, tak kiralah gula-gula atau air bergula atau sesuatu yang manis akan terlebih-lebih aktifnya. Erk...aku dulu terlebih aktif ke? rasanya tak. Terlebih sudu ada. Manja tak memasal!

Aku ingat, aku mula bertransformasi jadi manusia normal masa tingkatan empat. Masa tu aku kena sound pasal masa bercakap asyik nak merengek entah benda-benda. Kalau orang suka tak apa, ni buat orang menyampah. Itu belum kes hentak-hentak kaki lagi.

'Pelaseran' secara tepat itu telah menghentakkan kepala hotak aku dan menyedarkan aku, 'oi! mak ayah kau jauh la! jangan nak terhegeh-hegeh!'

allamak. Aku ingat lagi 3 orang hamba Allah yang sound aku tu. Terima kasih la.

Thursday 19 February 2015

Trend Beg Kotak

Assalamualaikum...

sebut pasal aksesori, korang ingat tak sekitar awal 80-an ada satu fenomena beg kotak.

Aku ingat lagi, aku pun ada beg tu. Berwarna biru belang putih yang aku suka sangat baunya. Cuma yang aku tak sukanya bila isi buku, beratnya nauzubillah.

Tapi trend punya hal, kutanggung jua.

Gambar tak ada....

Wednesday 18 February 2015

Erik Estrada Punya Pasal

carian google
Assalamualaikum.

Sapa ingat cerita CHIPS. Yang heronya Erik Estrada tu le.

Ayah ada belikan aku satu fail yang ada gambar mamat tu masa aku darjah 1. Ayah beli di Pasar Raya Sentosa. Antara pasar raya terawal di bandar Mentakab selain Tai Yaan dan Meng Kee (ooo...Meng Kee tu restoran mee laaa. Ayah selalu bawak makan bila tiba musim bunga..)

Aku memang tak sabar nak tunggu time periksa atau ujian masa tu. Yelah, tak payah bawak beg kan. Bukan pasal aku pelajar cemerlang gemilang dan terbilang. Masa darjah satu aku asyik dapat no 2 di belakang Fatishah yang sekarang ni bergelar Dr. Fatishah.

Teruja pasal nak bawak benda alah tu ler. Tapi yang tak bestnya kawan-kawan suka kata aku gedik pasal bawak fail gambar Eric Estrada tu.

Fail tu ada lagi. Ayah simpan dalam peti besi, jadi tempat kumpul resit bayar cukai tanah.

Tuesday 17 February 2015

Bila Masuk Sekolah

Assalamualaikum.

Along dah mencecah 17 tahun. Bermakna dah 17 kali aku tak pernah miss hari pertama persekolahan along dan adik-adiknya. Yang aku selalu miss ialah mesyuarat PIBG...hehehe

Suami aku pun sama. Untuk tahun ni, dia pesta cuti seminggu macam ada anak kembar tiga nak masuk darjah satu! Bersempena dengan fumigation dekat gudang tempat kerja dia. Walhal si bongsu dah masuk darjah 5 pun.

Masa kecil dulu, seingat aku, masa darah 1 dengan 2 aje ayah hantar ke sekolah dan bawak balik setengah hari. Wuish! lesen besar beb! Mana taknya, Guru Besar tu pangkat pak sedara aku. Berlagak gila.

Masa tu aku bersekolah di Sek Keb Bandar Mentakab. Cikgu kelas aku ialah Cikgu Aminah yang sangat soft spoken.

Mak ambil peranan mak-mak yang lain. Samalah. Tak ambil tahu hal-hal sekolah ni.

Tapi satu hal yang sama ialah, mesyuarat PIBG, ayah tak datang jugak!

Monday 16 February 2015

Beza Antara MONA dan NA

Assalamualaikum.

Walaupun mak kuat membebel, aku tahu mak sayang bangat kat aku. Seingat aku, kalau aku bermain-main kat rumah Ayu ke, Adik Pah ke, Adik Along ke, memang tak boleh lama.

Sekali dia menarzan dari atas bukit (rumah aku kat atas bukit) satu kampung boleh dengar. Kalau dia jerit 'NA' sahaja maknanya tahap anginnya tu sekadar sepoi-sepoi bahasa dan boleh kaw tim lagi. Tapi kalau dia dah tempik 'MONA' itu maknanya skala ritchernya dah sampai sepuluh dan kalau aku tak sampai rumah jugak, kayu akan sampai....hehehe

Sunday 15 February 2015

Sekarang Aku Faham

Assalamualaikum.

Apabila aku masuk sekolah, mak berhenti kerja kilang. Akulah, satu hal bila dah masuk sekolah, selalu sakit. Entah berapa kali ayah kena sewa kereta Pak Cik Ramly (al fatihah) nak bawak aku pergi hospital. Aku ni pulak yang kereknya, memang tak nak mak uruskan. Semua nak suruh ayah. Sampai nak hantar masuk ke dalam jamban pun suruh ayah jugak.
Pasal apa?
Pasal mak kuat membebel. Dahlah aku sakit, tambah sakit dengar inspirasi tak berapa bermotivasi a.k.a leteran dia tu. Sampai satu ketika, mak sound aku,
"awak ni, kalau ayah buat semua betul. Kalau mak buat semua salah!"

Masa tu umur aku 8 tahun. Aku faham ke tidak mak tersinggung...entahlah.
Tapi sekarang...aku faham.

Saturday 14 February 2015

Nostalgia Sepotong Tembikai

carian google
Assalamualaikum.

Kalau korang baca catatan lepas, korang akan perasan. Aku dengan mak aku memang tak sebulu. Ada aje angin kami yang tak match. AKu kira itu khilaf aku walaupun satu ketika dulu aku fikir aku aje yang betul.

Kira-kira aku dalam umur 5 tahun, aku bersekolah tadika KEMAS dalam Batu Lima Kem. Pergi ayah hantar. Balik ayah jemput dan leaps tu lepak sampai ayah habis kerja. Mak masa tu kerja kilang. Shift malam yang selalu aku ingat sangat.

Tiap-tiap malam mak mesti bawak balik sepotong tembikai yang besar gedabak...amboi.

Entahlah sama ada kalau mak tak beli tembikai satu hari tu, aku menangis atau tidak, aku tak ingat. Aku memang tak banyak spend masa dengan mak. Tapi, nostalgia-nostalgia kecil begini rupanya kuat dan kukuh dalam ingatan aku.

Korang rindu mak korang tak?

Friday 13 February 2015

Kena Tebas Wooo

Assalamualaikum.

Hari ini bermula cabaran baru. (semalam).

Bila aku ingatkan balik betapa ketar dan merahnya muka aku menahan sabar dengan kerenah si bang ngah (yang baju merah tu) menangis sampai sejam lepas balik dari sekolah, aku faham sikit kenapa ada orang yang waras hilang waras dengan kerenah anak-anak.

Agaknya, mak aku dulu pun banyak kali lupa zikir menengokkan telatah aku yang kurang fikir masa tu. Apa daa...

Tapi, ada sekali tu mereka buat mental twist dengan aku. Ternganga aku sekejap. Aku ingat lagi, senyap-senyap aku 'keluar daerah' dengan 'seseorang' tanpa kebenaran mereka juga kebenaran agama.

parents mana yang tak cuak ye tak. Sekali aku kena warning dengan mak - kalau jadi 'apa-apa' dia nak tebas aku dengan pedang samurai! sebenarnya ia bukan pedang samurai, pedang dari Sarawak yang ayah aku dapat masa dia nak pencen, orang kasi hadiah.

Pergh...babak tu yang jadi babak tak berapa nak penting dalam novel Mentua Aku Shogun Tokugawa tu.

Tapi, ayah pulak, buat pendekatan mental twist. Dia panggil aku mengeteh sebelum hantar aku pergi kerja, lepas tu slow talk dengan aku. "Jangan buat lagi gitu, awak dah besar...malu kalau jadi apa-apa."

allamak...nak gugur air mata aku. Alhamdulillah, mereka bagi didikan agama pada aku sejak kecil, aku taklah sia-siakan...

carian blogger

Thursday 12 February 2015

Sangkut Sekejap

gambar : carian google
Assalamualaikum.

Along dah set kan U mana dia nak masuk sebaik keputusan SPM diperoleh nanti. Sekarang ni, dia belum duduk SPM pun. Tapi, itu yang aku tabik spring terjojol sebab perkara tu aku tak buat masa aku seusia dengan diri dia.

Apalah kan. Entah, apa yang aku fikir waktu tu pun aku tak tahu. Opss, aku tak terlibat dengan cinta monyet ya. Aku tersangkut masa Form 4 aje. lepas tu aku insaf dan kembali kepada pelajaran dan aktiviti KOKO di sekolah.

Nak-nak masa tu aku jadi penolong ketua pengawas. Kerek nak mampus aku rasa. Walaupun bila lepas sekolah, semua orang kata mereka kenal aku, aku sebenarnya tak kenal dan tak mampu mengecam mereka. Nak-nak pelajar lelaki. Bukanlah nak tunjuk alim kan. Satu sebab aku pelupa. Dua, memang aku tak ramai kawan lelaki.

sebab aku masuk kursus pengurusan pejabat. Ada tiga orang pelajar lelaki aje. Hadi, Azizaini dan Azman. Ada sorang lagi Izani Hippies tapi lepas tu entah ke mana dia tah. Di mana kawan-kawan aku ni ya. AKu doakan mereka baik-baik aja.

Wednesday 11 February 2015

Kerja Bertangguh...Menjadi Tak?

gambar : carian google
Assalamualaikum.

Ingat tak orang-orang tua pernah cakap, kerja bertangguh tak menjadi. Aku tambah sikit, jadi jugak, tapi tak semenggahlah jawabnya.

Bila aku berleterkan Umar yang selalu melambat-lambatkan arahan aku, aku macam meleterkan diri aku sendiri. Jawapan "nanti orang buatlah." memang sinonim dengan diri aku, satu waktu dulu. Sekarang, time aku pulak nak mendengarnya. Hahaha...semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku sebab memberi jawapan begitu pada emak. Dan, semoga hati emak taklah segeram mana ketika mendengar jawapan aku dulu tu... aamin.

Lihat, hidup ini putaran roda kan. Sebab tu la ustaz-ustazah pesan, rajin-rajin doa-doakan mak ayah, nanti anak-anak doakan kita. Aku belum pernah skodeng dengar anak-anak baca doa...sebab perlahan sangat. Tapi aku tahu ada yang read thru Al Mathurat sebab aku nampak beberapa muka surat dikelepet sewaktu aku masuk bilik No 1 dan No 2 (merujuk kepada anak dara sulung dan kedua) tadi.

Alhamdulillah.

Tuesday 10 February 2015

Kecilnya Negeri Pahang!

gambar : carian Google
Assalamualaikum.

Satu hal semasa aku kat sekolah menengah rendah, aku ni pendiam. (ehem) Sungguh. Karektor aku bertukar 360 darjah bila aku pindah ke menengah atas dan tinggal di asrama. Namun, gitupun, diam-diam aku berisi. Lepas juga beberapa keping surat cinta a.k.a cinta monyet.

Yang aku ingat seorang pelajar tingkatan enam yang tinggal di felda gugusan Kumai. Tapi, disebabkan ketuaan ni, aku tak ingat dah, felda yang mana satu. Seorang lagi ialah pelajar Sek. Men Dato' Bahaman Lanchang yang aku jumpa masa pertandingan kuiz agama peringkat daerah. Aku pernah terserempak dengan dia di Hentian Pekeliling ketika turun ke KL untuk berdating dengan tunang aku...(ngeh...ngeh..)

Oh ya, menyebut pasal kuiz agama kat sekolah tu. Aku mewakili Sek Men Keb Mentakab atau kependekannya SEMEKEME. Pemenang, tak salah aku datang dari Sek Men. Jenderak Utara (maaf aku tak ingat ni @ mungkin Sek Men Kuala Krau).

Wakilnya ialah Roszana Abu Salam, Norhairiah Abu Hani dan Hayati Mohd Nor. Ketiga-tiga mereka kemudiannya jadi rakan sedorm aku di Sek Men Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong.

Semalam, hari lahir Norhairiah. Salam hari lahir yang ke 4XXX - sudah masuk 4 series!

Monday 9 February 2015

Apa Ada dengan Kebetulan?

gambar : carian google
Assalamualaikum.

Apa yang aku tulis ni macam nak lepas geram kan? macam tak puas hati tentang masa lalu. Tak adalah sampai begitu sekali. Suka atau tidak dan percaya atau tidak, tiada kebetulan dalam hidup. Walaupun aku sentap sekejap bila dapat tahu bakal pak mentua aku sekampung dengan wali yang aku cari selama ini. Walaupun aku sentap sekali lagi bila dapat tahu mak sedara ipar aku (pandai-pandai aje aku bagi gelaran - sebab dia kahwin dengan pak sedara aku) adalah sepupu kepada ex girlfried bakal suami aku ketika itu. Walaupun aku seterusnya menyentapkan diri bila dapat tahu aku ada kakak dan abang hasil daripada perkahwinan pertama (?) almarhum ayah aku.

Semuanya kebetulan ke? Nak menyedapkan cerita? Taklah. Tetapi begitulah Allah menyusun plot hidup kita. Menarik kan?

Sunday 8 February 2015

Alasan Paling Konkrit



Assalamualaikum...

Disebut pasal kegarangan ni, tak boleh lari daripada cerita rotan. Mintak mahap, masa kecil-kecil, aku tak pernah kena rotan. Mak dengan ayah punya 'toy' untuk belasah aku ialah, papan, hanger, ranting dan bulu ayam.

Walaupun aku ni dalam kategori anak tunggal yang sepatutnya 'pampered' gila, tapi aku tak terkecuali daripada kena benda-benda tu. Aku ingat lagi, masa darjah dua, aku kena papan dinding dengan ayah sebab naik bas sekolah tanpa izin.

Bukan apa, teringin. Sebab aku pergi sekolah naik trak (ayah pekerja awam di kem bersebelahan, jadi adalah sikit previlige untuk naik trak). Satu hari dan beberapa hari, sebab teringin nak naik bas, aku join member sekampung pergi sekolah naik bas.

Pergh! macam dayak dapat senapang kau! Siap bukak tingkap kasi angin sepoi-sepoi sapu muka. Yelah, tingkap tu kita punya. Bila ayah dapat tahu...sendiri mahu ingatlah.

Yang paling aku ingat sekali, buah tangan emak aku. Tuh, bulu ayam tu apa ke namanya. Puncanya sebab aku kantoi, baca surat. Dia belasah aku macam aku ni pembunuh yang dah bunuh 99 orang. Rotan tu patah dua. Paha aku dua-dua belah lebam kehitaman. Kalau dia belasah sikit lagi, insya-Allah pembuluh darah tu pecah dan dia pun sama-sama duduk dalam penjara.

Ya, mak mungkin ada alasan. Tapi, aku pulak pandai-pandai jadikan alasan nak masuk sekolah vokasional, lepas tu.

Saturday 7 February 2015

Mak Aku Garang

gambar: carian google
Assalamualaikum...

Dan disebabkan aku tak ramai kawan serta kawan-kawan aku dikawal, masa aku banyak dihabiskan dengan emak dan ayah. Tapi, pernah jugak satu ketika aku diberi kebebasan pergi mengaji di rumah Aki Malek. Tapi sekejap aje. Bila confirm aku dah boleh cover 'johme' - istilah kitorang budak-budak Pahang untuk muqaddam, ayah take over mengajar Quran.

Satu hal, bila ada pengajian di surau atau masjid, terpaksalah (pada masa tu) aku ikut sama. Nama pun budak-budak, sembahyang pun main-main. Masa kuliah, selalunya aku dan beberapa adik-adik (anak jemaah yang lain) akan bermain. Selalu kena marah dek emak yang teramatlah fokusnya di balik tabir jemaah perempuan - mak aku garang woi...

Satu perkara yang aku ingat sampai sekarang ialah masa baca Yassin. Aku panik tahap gaban pasal aku tak tahu baca masa tu. Mak suruh baca surah Al Ikhlas aje...sedih wooo. Entah kenapa, aku bayangkan aku tak dapat baca sampai ke sudah. Namun, alhamdulillah, kerana dasar asrama SMVTAA yang mewajibkan bacaan Yassin setiap malam Jumaat masa lepak di asrama, akhirnya ayat-ayat Allah itu boleh aku kumandangkan dengan mudah.

Panik entah apa-apa kan...?

Friday 6 February 2015

Lend Your Ears

gambar : carian google
Assalamualaikum....

Bila Ummi bercerita tentang konflik dia dengan kawan-kawan kat sekolah, satu perkataan yang selalu aku cakap padanya, "it's okay. Ummi ada dua pilihan." Dan, aku meletakkan dua pilihan untuk Ummi pilih. Kerana, apabila mendengar keluhan Ummi, ia seolah-olah mendengar luahan diri sendiri, puluhan tahun lepas.

Bezanya, Ummi ada emak untuk mendengar. Aku pula, hanya ada catatan-catatan bisu dan kaku yang aku simpan dan kadang-kadang kotak-kotak imaginasi-imaginasi yang perlu aku teroka. Moral of the story, mak-mak yang ada anak remaja, do lend your ears to them.

Aku anak tunggal, satu hal. Satu hal lagi, anak tunggal yang dikawal ketat. Seingat aku, sebaik memori aku menguat, sekitar umur 3-4 tahun, aku memang dikawal dek mak dengan ayah. Kawan-kawan aku dipilih dan pada kebanyakan masa, aku berkawan dengan diri aku sendiri.

p/s : nasib baik tak berkawan dengan antu.....

Thursday 5 February 2015

Tiada Kebetulan

gambar : carian google
Assalamualaikum.

Bila baca travelog, rasa teringin pulak nak tulis travelog. Macam-macamlah perasaan ni kan...macam juga manusia. Tapi ada baiknya aku mulakan bertravelog di sini. Kalau nak ikutkan kembara hidup aku dah jauh, dah 41 tahun, aku rasa sudah diberi bonus sebab pada pengamatan aku...hmmm personal la...tak boleh tulis.

Apakah perkara klimaks yang berlaku dalam hidup aku?

Satu perkara, aku suka membaca. Aku suka menulis dan apabila aku baca buku panduan penulisan mengenai penciptaan watak, jalan cerita, plot dan sebagainya, aku terperasan sesuatu. Kita ni juga sebahagian daripada watak ciptaan Allah, daripada sebuah novel yang sangat besar.

Kalau pengarang suka meletakkan kebetulan untuk menemukan dua watak, sebenarnya jika difikirkan semula, tiada kebetulan di dalam 'novel besar' ini. Semuanya sudah 'didraf' Allah sejak sekian lama.

Perkara klimaks dalam hidup aku...di catatan akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...