..yang bernama sahabat

Sunday 23 December 2012

Mari kita mandi....... jenazah

kit pengurusan jenazah jenama Kifayah -

ini nota untuk Anis Suraya Maznum, Ummi Zahra, Umar Bukhary dan Affan Bukhary.

Mari kita mandi jenazah …. (maksud saya mari kita mandikan jenazah.)  Kalau sebut mandi jenazah, yang paling kuat di hidung kita ialah bau kapur barus.  Kenapa ya?
Asal bau kapur barus aje, bau kematian... kesihan kapur barus, terfitnah.


Pengurusan jenazah hukumnya fardhu kifayah.  Gugur kewajipan ke atas diri kita seandainya ada orang lain melakukannya.  Tapi, pahala menyempurnakannya –MKSK sangat besar.
Mandi, Kafan, Solat, Kebumi.  Tapi dosanya covered satu kampung atau mukim kalau tak ada seorang umatpun yang tak menyempurnakannya.

Ini nota santai, daripada seorang hamba Allah yang kurang ilmu tapi mahu berkongsi dengan sahabat dan kerabat mengenai topik ’tabu’ di dalam masyarakat Melayu.  Diharapkan kesilapan fakta, jika ada dapat diberikan komen dan diperbetulkan.
(saya masuk bab mandi dulu, kerana itu yang paling penting, saya rasa)

Langkah demi langkah
  1. Bayangkan si mati itu adalah keluarga terdekat kita.  (Seeloknya kita belajar ini untuk menguruskan ahli keluarga terdekat kita nanti) Nota ini juga untuk anak-anak saya, sebagai pedoman sewaktu menguruskan jenazah saya dan suami, esok lusa (Mati itu pasti, hidup InsyaAllah; Ramli Awang Murshid).

  1. Baca Al Fatihah, 3Qul, Ayatul Kursi dan ayat-ayat pendinding lain yang anda tahu.  (Jangan buruk sangka,  tapi berjaga-jaga.  Apa-apa, semuanya di dalam tanganNya.)

  1. Pastikan persiapan mengafan dilakukan terlebih dahulu.

  1. Tengok alat dan bahan-bahan.  Dah sedia atau belum.  Tempat mandi, air mutlak secukupnya.  Seelok-eloknya kita tarik getah paip. Air sabun atau shower gel/buih mandian/syampu/sabun cap kapak/(yg halal, jgn belasah Thailand punya!!!) Pesan leader saya, utk yang tersayang, belilah shower foam yg mahal-mahal dan terbaik.  Dapat pahala, dan tanda kasih sayang kita... jgnlah belasah sabun cap kapak ataupun sabun Popinjay ajer..

INGAT! MACAMANA KITA MANDI MASA HIDUP, BEGITU JUGA MANDI MASA MATI

  1. Bahan lain, kapas atau putik kapas utk cuci telinga dan hidung sebelum start mandi.

  1. Kayu sugi @ kain bersih untuk cuci gigi (kalau masa berwudhukpun kena kumur dan bersihkan gigi) – Rasulullah buat ya.  JANGAN PULAK PERGI KUMURKAN ARWAH!!!

  1. Sarung tangan – untuk kegunaan INSTINJAK

  1. Daun sidrin (bidara) – ramas dan sedia dalam anggaran 3 jirusan. 

  1. Air kapur barus – dibancuh dlm anggaran satu jirusan (KALAU OUT OF STOCK, BOLEH JUGA GUNA UBAT GEGAT – INGAT – KEGUNAANNYA UTK MENGHILANGKAN SEBARANG BAU DAN GANGGUAN SERANGGA...jangan sensitif.  Jam tu, kita tak boleh marah dah, dah mati!) Air kapur barus ni dikatakan  boleh menyejukkan mayat (oppss jgn salah faham – sejuk panas terpulang pada amalan masing-masing)

  1. Air mawar/air inai/akar sintok – dibancuh dlm anggaran satu jirusan (Cik Mon – leader aku pesan setengah botol untuk satu baldi)  Botol tu lebih kurang botol air cap badak.  Dalam kit persediaan jenazah semuanya dah ada.   Tujuan kesemua air ini adalah untuk menghilangkan bau.   

  1. Masker – tutup mulut tukang mandi BUKAN tutup mulut jenazah !!! (JIKA BERKENAAN)

  1. Gunting untuk memotong pakaian jenazah (jika sukar nak ditukar @ jenazah kemalangan @ yang menghalang pakaian ditanggalkan dengan cara biasa.)

  1.   Lidi – untuk cungkil kotoran bawah kuku. Kalau jenazah bercutex, cuba tanggalkan.  Kalau tak boleh, biarkan dia bawa cutex dia sama berjumpa Mungkar dan Nakir. JANGAN SAKITKAN JENAZAH!!!

  1. CLOROX – kalau jenazah berpenyakit berjangkit (utk pengetahuan sahaja – biasanya pihak hospital akan uruskan sebab mereka ada SOP)

  1. bakar kemenyan – untuk hilangkan bau, jika ada. 

  1. tanggalkan pakaiannya – perhiasan dan sebarang benda yang menghalang air melaluinya.  (sama macam wudhuk) Apa-apa yang palsu yang boleh ditanggalkan – tanggalkan.  Kalau allayarhamah berambut panjang, lepaskan rambut supaya diratai air (sama macam mandi wajib) Kalau tak boleh biarlah dia bawa bersama-sama bertemu Mungkar dan Nakir.  JANGAN SAKITKAN JENAZAH!!!

  1. Tutup mayat dengan kain yang menyerap air.  Kita biasa dengar batik lepas kan?  Batik tak lepaspun boleh, asalkan ia menutup aurat mayat. INGAT !! JAGA AURAT MAYAT.

  1.  Berniat – di dalam hati.  PENTING untuk leader.  Tak tahu bahasa Arab niat bahasa Melayu sahaja aku mandikan jenazah ini (lelaki atau perempuan)  lalukan air mutlak  3x di atas mayat bermula dari kepala ke kaki.  Kemudian anggota sebelah kanan dan seterusnya anggota sebelah kiri.  PERLAHAN-LAHAN, JANGAN SAKITKAN MAYAT

  1. Iringkan lambung kanan mayat, gosok dan sabun perlahan-lahan.  Seelok-eloknya anak/adik-beradik/waris standby bahagian kaki, tengah dan atas badan supaya kerja jadi cepat.  Gosok dengan sabun perlahan-lahan dan bersihkan dengan air mutlak.  JANGAN BERZIKIR KUAT-KUAT. Semasa memandikan jenazah.  Makhruh.  Memadailah kita berzikir di dalam hati.

  1. ISTINJAK (MERUAM)

Proses ni mungkin yg jadi kemusykilan sikit iaitu mengeluarkan najis dan kotoran daripada perut jenazah.  INGAT, JANGAN SAKITKAN JENAZAH.

Anak-anak, buatlah sendiri.  Masa kecil dulu mak abah cebok hangpa! Kali ini aja, SEKALI dan last (kecuali kita ada mak abah lebih daripada sepasang)   Menantu-menantu, kalau emak mertua tak ada anak perempuan, buatlah...tak kisahlah masa hidup dulu dia buat kita macam mana.  Last service kita untuk dia...

Alirkan air di bahagian atas kemaluan/ jirus tanpa henti/ tekan perut jenazah perlahan-lahan.  Lebih baik kalau mampu angkat sikit jenazah sekadar 45 darjah.  Kata leader saya, lebih mudah najis keluar (kalau ada)

Bukakan sikit kaki jenazah.  Gunakan tangan kiri untuk memeriksa najis di dalam dubur. JANGAN TENGOK AURAT MAYAT!!!  Angkat tangan dan suruh saksi sahihkan ada atau tidak lagi.  Buat beberapa kali sampai bersih dan yakin.

  1. confirm bersih, jirus ketiga-tiga air yang disediakan tadi, air kapur barus/air mawar/inai/bidara air ni dipanggil air sembilan.  Sebab jirusannya 3x untuk ketiga-tiga air. Tapi bukan wajib.  Nak siram lebihpun tak apa.

  1. Wudhukkan mayat.  Tak payah kumurkan!!!  Niat sahaja aku mengambil wudhuk untuk mayat ini (lelaki/perempuan) kerana Allah taala.  Ambillah wuduk macam biasa. 

  1. bila dah siap, pakaikan cawat – macam kita dulu-dulu pakai pad guna kain batik

  1. Lap dan tukar kain bersih, tutup dan jaga auratnya untuk disempurnakan pengafanannya.  Kata leader aku, mandi jenazah tak ada rukun, maknanya tak ada tertib.  Ada yang mendahulukan instinjak sebelum mandi, ada yang berniat wuduk seterusnya menyabun.  JANGAN JADI ISU.  Andaikan macam kita mandi.  Bukannya kita ikut step yang sama setiap hari. Janji kita berbalik kepada matlamat asal iaitu membersihkan/mewudukkan jenazah sebab dia nak mengadap Allah, penciptanya.  Sebab dia dah tak boleh buat sendiri.  Meniga-nigakan air itupun atas dasar mustahab (digalakkan).  Jangan BERTEKAK depan mayat pasal benda-benda yang remeh. 

  1. Pesan Ustaz Hj Razmi, pembimbing kami hari tu, pengurus jenazah kena BERANI, IKHLAS DAN JUJUR.  Aku rasa kalian tahu interpretasi ketiga-tiga perkara tu macam mana kan...  

BEGITUPUN, INI TEORI SAHAJA.  TIBA MASA BERPRAKTIKAL, SAYA MOHON KITA SEMUA DIPERMUDAHKAN ALLAH.  

Leader aku pesan juga elok simpan satu kit kain kafan kat umah.  Standby kain batik lepas dan kain batik tak lepas banyak-banyak.  (kain batik tak lepas, kain batik biasa yg tak berjahit) Buat ingatan.  Untuk yg perempuan, kalau nak lawa lagi, standby satu set telekung putih yang paling cantik... WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...