..yang bernama sahabat

Tuesday 30 April 2013

Embun Vokey : Landak Mengawan



LANDAK MENGAWAN

www.beritaharian.com

A
KU menyelak helaian pertama.

            1989

Membaca biodata di sebelah, biasa-biasa sahaja kan.  Tiada yang bisa menjojolkan biji mata kalian.  Tiada yang bisa membuatkan kalian bertempek wow.  Tapi, di dalam autograf biru itulah segalanya bermula.  Autograf itu boleh sampai sehingga ke SMKT, ABS dan Bahaman.

 Bagi sahabat-sahabat sekitar Mentakab dan Temerloh, mereka tahu semua singkatan itu.  Singkatan-singkatan itu adalah milik Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Abu Bakar School, jirannya dan Sekolah Menengah Dato’ Bahaman di Lanchang.  Itu semua sekolah saingan sekolahku.  Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab.  Atau singkatannya kami gelarkan SEMEKEME.

Embun Vokey : sekangkang itik


SEKANGKANG ITIK

Ala, tak tahu sudahlah..kecohlah kau..”  aku ternampak-nampak seorang pelajar perempuan yang berperawakan agak kasar, berkulit hitam manis.  Tidak tinggi benar tetapi suaranya meninggi.  Agak-agakku boleh mencecah ke besi penahan kilat di atas bumbung bengkel elektrik dan elektronik di depan kami sekarang. 
encikrezablogspot.com
           
“Itu moto dorm kitorang.  Tanda satu hati kami dengan senior,” tokok temannya yang lebih kurang,

Embun Vokey : Katak Tujuh Keturunan


KATAK TUJUH KETURUNAN

AWAK minat merempit?”  dia mengangguk.  Matanya yang layu, bercahaya.
           
“Setakat ni, berapa laju boleh lari?  Kalau 150 awak boleh layan sampai berapa?” soalku. 
dppbtr.wordpress.com

Merapatkan diri padanya dan menepuk-nepuk bahu pelajar lelaki itu.  Dia memberikan skalanya.  Para pelajar lelaki memberikan semangat dengan tepukan dan sorakan.  Aku mengangguk-angguk.  Membuat anggaran.  Memang mat rempit sejati. 
           
“Dekat sini, awak ambil kursus apa?”
           
“Elektrik.”
           
“Minat merempit kenapa ambil Elektrik?” 
           
“Mak tak bagi.  Nanti takut mati katak.”
           
“Kalau mak dah doakan.  Bukan awak aja.  Katak dengan mak-mak katak serta 7 keturunannyapun mati,” Kata-kataku disambut ketawa lagi.

            “Beritahu cikgu awak, tukar ke kursus auto!”  aku memuktamadkan. 

Tanganku hulurkan dengan janji, iPad yang aku janjikan akan sampai selepas majlis ini tamat.  Aku libat sinar matanya, cerlang dan membahagiakan. 

            “Tahu tak kenapa saya suruh dia tukar kursus?  Walaupun nanti mak dia marah?”  Tanyaku.
 
Tiada jawapan secara jelas.  Cuma dengung dan riuh kumbang jantan dan betina kedengaran.  Aku bergerak ke depan pentas.  Menghala ke arah pelajar perempuan.
           
“Kalau awak suka kat si dia tu? Apa awak buat?  contoh ya.  Saya bukan nak galakkan awak ber’couple’.  Saya bagi contoh,”  ibu jariku aku halakan kepada seorang pelajar lelaki yang duduk di kerusi paling kanan dan paling depan.  Pelajar perempuan itu bangun dengan pipi gebunya digemburkan dengan rona memerah.  Boo berkumandang lagi.

Embun Vokey : Naga Kepala Tujuh


NAGA KEPALA TUJUH

T
UAN pengetua terangguk-angguk ketika biodataku dibacakan.  Apa yang hendak dihadamnya daripada biodataku itu, akupun tak tahu.  Atau sekadar mengambil hati kerana aku di sebelahnya, aku juga tidak tahu.  Malas mengambil tahu.  Tak penting. 
           
Bertan-tan biji mata yang memandang ke arah pentas cuba aku pandang satu-persatu.  Malangnya, mataku bukan mata Wolverine.  Walaupun aku jangka, wajahku sebaris tampan dengan pemegang watak utama siri X-Men itu.  Cuma yang terdekat, mampu aku raih pandangannya.
           
blog.ub.ac.id
Apa yang hendak aku buat selepas ni.  Takkan nak menari Gangnam Style pula.  Walaupun pentas ini pernah menahan kakiku yang ketar ketika  menggoreng gitar ketika Minggu Orientasi 1991.  Pentas ini juga aku huru-harakan dengan dentang dan  dram pada setiap konsert-konsert sekolah.  Pernah menyaksikan teman-teman lain, satu sekolah mengadakan persembahan. 

Goreng hangus sampai sumbang, ketuk tengkuh hingga tenggelam irama, lagu memanjat bukit, suara terjun ke sungai terus ke laut, gaya saja yang belum kalah.  Mana-mana yang berkebolehan, benar-benar meraih populariti.  Mengalahkan yang di pertua asrama, mahupun ketua pengawas sekolah.  Ketua kelas apatah lagi!  Yang lelaki dikerling senior perempuan.  Yang perempuan diintai-intai senior lelaki.  sebulan dua akan terpecah berita, pasangan terhangat dan terhangit.  Sama ada di antara junior dan senior ataupun sesama junior.  Aku terbayangkan sepasang mata. 

            “Dato’…”
            Suara Cikgu Rudziah mengejutkan aku.  Tersipu-sipu aku dibuatnya.  Sisi lipatan kenangan silam aku tutup.  Kembali berdiri di alam nyata.  Aku menurunkan sedikit letak mikrofon di astaka.  Seperti yang biasa dilakukan oleh pengetua kami dahulu.
           
“Guru-guru, pelajar-pelajar, selamat pagi…”  ucapan wajib yang menjadi ikut-kutan kami kala membuka gelanggang mengumpat guru-guru.
           
“Guru-guru, pelajar-pelajar selamat pagi…”  aku menyebutnya spontan mengikut arahan minda segar.  Ketawa membuak di sebelah atas pentas.  Beberapa orang guru kanan di situ memandangku.  Agaknya teringatkan Mr. Param, bekas pengetua.  Pelajar-pelajar di bawah menumpang sekaki.  Walaupun hanya sebahagian. 
           
“Perkara pertama yang saya nak tanya dan nak tahu.  Berapa ramai yang datang ke sini kerana terpaksa…” akupun menyanyikan rangkap lagu Kerna Terpaksa yang dipopularkan Francesca Peter. 

Ada yang ketawa.  Ada juga yang ketawa terpaksa.  Tak kurang juga terus melempar respon negatif, boo kedengaran di sana sini.  Aku tersenyum.
           
“Hidup lagi rupanya.  Saya ingat dah mengantuk semuanya.  Sila angkat tangan, saya nak tengok.”

Tiada.  Aku tahu bukan tiada kerana memang tiada.  Tiada tangan di udara kerana tiada yang mahu mengaku. 
           
“Cepat, siapa mengaku, saya bagi iPad!” tawarku. 

Amboi, kalau buatnya semua mengaku, masak aku!  Barulah perlahan-lahan, dua tiga, empat, lima seterusnya sepuluh tangan daripada ratusan kelompok putih biru dan putih hijau itu lurus menghala ke siling dewan.  Mataku menangkap tangan yang mula-mula kelihatan.  Agak jauh di belakang, daripada kelompok pelajar lelaki.
           
Aku meninggalkan pentas.  Berjalan menuju ke arahnya.  Pelajar-pelajar juga membuat pusingan u melihat arahku.  Ada yang berdiri.  Bunyi seretan kerusi dan hingar pelajar memenuhi dewan.

“Nak perkenalkan diri?” dia menggeleng, perlahan-lahan bangun berdiri. 

Berdirinya tidak lurus.  Sebelah kaki disengetkan.  Bahunya jatuh.  Aku kerling tag nama yang tergantung di lehernya.  Baju putihnya bergosok kemas.  Rambutnya disisir kemas dengan potongan pendek di belakang kepala  Aku merasakan gelombang rendah diri, aksi menyampah, meluat sedang mengitar dirinya sekarang.  Wajahnya masam menandakan dia membenarkan aura negatif merajai dirinya.
           
“Siapa?”  aku tidak mengulang soalan yang sama ketika di atas pentas. 

Dia tidak menjawab.  Buat-buat aku tidak wujud di sebelahnya.  Aku tahu, guru-guru di atas pentas kegelisahan.  Kebimbangan meledaki suasana, risaukan aura negatif itu menjalari pelajar lain ketika itu.  Aku bertanya soalan yang serupa.
           
“Mak suruh…”  jawabnya leweh dan mendatar. 
           
“Mak suruh sebab…?”
           
“Selalu ponteng sekolah…” 
           
“Dah masuk sini nak ponteng lagi?”
           
“Tengok keadaannlah…”  jawapannya mengundang tawa.

Aku teringatkan pagar belakang kantin yang roboh.  Sebelum tertegaknya kawasan perumahan di situ, kawasan bersebelahan kantin sekolah itu adalah tapak pembinaan.  Rumah-rumah kongsi menghiasi juga besi-besi dan batu.  Aku juga teringatkan pagar di belakang asrama putera.  Ingatanku menjalar pula ke tangki air, di tingkat lima.  Boleh ditembusi melalui bilik air dan di situlah kami menikmati pemandangan indah, seperti dari mata helikopter layaknya.    Menikmati kepulan asap, muntahan nikotin sambil memandang terus ke arah rumah pengetua.
 
            Setiap inci dormitari asrama itu membawa kenangan.  Libas sepak warden adalah makanan biasa.  Sama ada libas kosong ataupun menggunakan perantara.  Getah paip, rotan, kayu, hanya pedang samurai sahaja yang belum digunakan.  Paling ramai merasainya pada hujung minggu, melayan mimpi sehingga matahari mencolok mata.

 Eksperimen mengejar naga kepala tujuh, empat belas mahupun dua puluh satu.  Ataupun membuka kedai judi kecil-kecilan selepas lampu bilik dimatikan tepat jam 11.00.  Lebih mencabar lagi, ada yang berani meneroka ke alam roh tanpa bekal.  Bila roh itu seakan-akan jatuh cinta pada pemanggil, enggan pulang, semuanya bertempiaran lari.  Semuanya adalah rencah kehidupan yang mewarnai duniaku ketika itu. 

            “Senior okey?”  Tanyaku, kembali ke 2013, dia senyum senget.

            “Warden okey?”  senyum sengetnya bertambah senget.  

“Tiada istilah okey dalam kehidupan berasrama buat seorang budak lelaki, kan?”  tambahku. 

Asrama dan remaja penjodohan yang seiras dengan perkahwinan sepasang kekasih di alam realiti.  Di luarnya manis.  Setelah terlafaz ijab dan kabul, warna, bunyi dan pandangan sebenar pasangan akan terpapar. 

Embun Vokey : Sate Kemuncup


SATE KEMUNCUP           

B
ELUM pun habis lenguh kaki dengan seksaan jalan itik itu, malam selepas jemaah Isyak, kami dikejutkan lagi dengan siren.  Baru sahaja langkah kiriku mencecah tangga terakhir tingkat lima, kami diarahkan turun.  Senior Hezri yang juga ketua pengawas bagaikan mengaum dari aras satu.  Suaranya menguak naik ke atas.  Bubar dan kecoh seisi asrama.  Semuanya buru-buru turun.  Derap kaki yang berdedai-dedai dan pantas menggemai tangga dalam dan tangga luar asrama. 

Embun Vokey: Itik Pergi Sekolah


ITIK PERGI SEKOLAH


 “AWAK!  yang paling handsome tu.  Yang rambut tegak tu…siapa nama awak?”  Telunjuk senior berbibir merah itu lurus ke arahku.  Hampir kesemua pelajar yang sedang beratur itu berpaling memandangku.
           
“Booooy…”  belum sempat aku memperkenalkan diri, suara-suara sekitarku tolong menyambutkan.
           
“Siapa?”
           
“Nazri, bang.  Nak panggil Ayie pun boleh.  Naz pun boleh.  Panggil Boy lagi boleh…”  aku tersengih-sengih. 

kitamanusiakelana@blogspot.com
Masih belum

Embun Vokey : Buaya Lapar


BUAYA LAPAR

1990

O
KEY, awak semua tahu tak kenapa nama-nama awak dipanggil?”   Pelajar senior yang memperkenalkan dirinya sebagai Azli itu mengitari kelompok kami. 

www.memobee.com

Ramai.  Rasanya hampir separuh daripada pelajar junior yang baru mendaftar semalam, berada di dalam kelompok itu. 

Embun Vokey : Melastik Cicak


MELASTIK CICAK

kredit: penpatah.blogspot
BERSEMPENA dengan upacara penutupan minggu orientasi, juga dengan tertubuhnya Kolej Vokasional di sekolah ini, saya mempersilakan bekas pelajar, perintis, tulang belakang yang berusaha gigih di sebalik semua ini, Dato’ Nazri Rahim.  Saya bacakan sedikit biodata Dato’ Nazri,”  aku memandang Cikgu Rudziah yang menjadi pengerusi majlis.  Guru yang bertahi lalat di tepi batang hidung itu sedang membaca biodataku. 

Embun Vokey : Cinta Monyet


CINTA MONYET

Ketika aku sampai semula ke sekolah itu, kesemua pelajarnya sedang menikmati hidangan tengahari.  Aku meminta kereta diparkir di tepi jalan berhampiran blok aspuri.  Jalan itu memisahkan Aspuri dengan Dewan Makan.
blog.umy.ac.id

Doaku, aku terserempak lagi dengan pelajar perempuan tadi. 

Monday 29 April 2013

TGFU dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia


untuk bacaan jemput bertandang ke istana hamba - di sini

Wednesday 10 April 2013

Nawaitu untuk Mengarang

Anwar Al Jundi seorang pengarang terkenal dilahirkan di Mesir, menggariskan tujuan utama mengarang ialah:-

1.  Menulis sesuatu yang baharu
2.  Memperbaiki sesuatu yang kurang
3.  Pegemaskinian sesuatu yang terpisah
4.  Memudahkan sesuatu yang rumit
5.  Membetulkan yang salah
6.  Mempertahankan diri dan keluarga
7.  menjawab tuduhan musuh

Pengarang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam merangka, menyusun dan menyiapkan teks sekurang-kurangnya harus memiliki sifat berikut:-

a.  Bersikap ikhlas kerana Allah S.W.T
b.  Sentiasa berhemah, jujur dan bertanggungjawab
c.  seorang yang insaf dan TABAH
d.  bersikap proaktif, kritis dan kreatif
e.  PEKA dengan persekitaran 
f.   Pencinta bahasa klasik mahupun moden
g.  Seorang yang realis dan idealis
h.  sentiasa bersifat pragmatik

Jujun (1990) - penulis mestilah berupaya menggerakkan diri agar memiliki ILMU, IMAN dan AMAL untuk menghasilkan karya yang benar dan bermanfaat kepada khalayak pembaca.


Abu Hassan Abdul, Seni Mengarang (UPSI)


Monday 1 April 2013

Sambutan Pelajar Masuk Kolej Vokasional Meningkat


JAWAPAN:  
Pendidikan aliran vokasional kini dilihat pilihan terbaik bagi pelajar yang memilih bidang itu kerana mempunyai jaminan masa depan lebih cerah.  Sambutan pelajar untuk memasuki Sekolah Menengah vokasional yang kini dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional (KV) serta Sekolah Menengah Teknik semakin meningkat setiap tahun.

Amanda Allamanda vs Allamanda Amanda

Amanda Allamanda sudah mula mengetuk-ngetuk di lawang minda.  Akupun, ketika membacanya sekilas menjadi menyampah dengan naskhah ini.  Naskhah ini ditulis belasan tahun lalu.  Ditaip dengan mesin taip yang sudah arwah dan telah ditolak.

Tetapi, tidaklah begitu hampa ketika itu kerana aku sendiri sibuk dengan kuliah dan akhirnya dengan pekerjaan dan cinta dan kehidupan dan seterusnya.

Kini Amanda Allamanda yang tajuk asalnya Ixora, akan aku saluti dengan 'baju baru', dan akan kuhiasi secantik mungkin buat sesiapa yang mahu menatapnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...