..yang bernama sahabat

Friday 24 May 2013

Amanda Allamanda 14


            
AMANDA ingin menampar pipinya bertalu-talu.  Dia mahu sahaja mencubit kulit lengannya walaupun ketika ini dia tidak mampu berbuat demikian kerana jemari kirinya masih sukar digerakkan.  Atau, dia mahu sahaja melakukan sesuatu yang menyakitkan diri sendiri untuk mengenalpasti dimensi yang mengulatinya sekarang.  Di alam mimpi atau kesemua manusia di depannya sekarang bergerak selari dengan hukum graviti atau apa sahaja. 

Wednesday 22 May 2013

Amanda Allamanda 13


MEREKA masih belum berganjak.  Hari ini hari terakhir Amanda berumahtangga di hospital itu.  Segala discharge procedure sudahpun diselesaikan oleh Wazif.  Noreena dan teman-teman lain hanya menunggu di rumah, atas permintaan Wazif sendiri.  Dia ingin menghantar sendiri Amanda pulang ke rumah, biarpun dilarang Amanda berkali-kali.

“Kalau perkara itu yang awak nak jadikan sebab, saya tak boleh terima.”  Wazif bangun.  

Perasaannya turut bangun memberontak.  Akhir-akhir ini dia mengesani yang alasan demi alasan dipertontonkan Amanda mempunyai sebab tersendiri yang tidak dapat ditebak.  Taman di perkarangan hospital swasta berbelas tingkat di atas bukit itu tenang.  Bukit itu menganjur hingga ke hujungnya yang terdapat stesen komuter.  Stesen dan landasan yang menjadi pemisah dengan sebuah lagi bukit yang menempatkan kuarters ibu pejabat polis negeri.
 
“Saya tak kata itu sebabnya...”

“Selama ni pun, awak tak pernah beritahu saya sebabnya, Amanda!”  suara Wazif sedikit keras. 

“Apa, awak berada di persimpangan?  Saya dah ada pesaing?”

“Melulu tuduhan awak tu, Encik Wazif.”

“Saya tak tuduh.  Saya bertanya.”  Bantah Wazif.

 Semakin pejal melantunkan perkataan.  Amanda membisu.  Tangannya yang masih berbalut simen itu diusap-usapnya.  Seorang wanita dan kanak-kanak dalam lingkungan umur sembilan tahun mendekati mereka.  Tanpa disuruh, kanak-kanak lelaki itu menyalami Amanda.  Amanda meraih anak itu ke dalam pelukannya.  Wazif melihatnya dengan serbuan rasa cemburu yang memarak selepas gerombolan amarah masih degil menunggu melebarkan sengketa. 

“Naufal, anak Encik Nine.  Datin Noor, ni Wazif...”  Wazif menunggu kata-kata seterusnya tetapi tiada. 

Amanda tidak memperkenalkan siapa dirinya yang sebenar kepada wanita berbaju kurung sutera yang sedang membimbit beg tangan yang nampak mahal itu. 

“Saya nak bawa Amanda balik ke rumah saya...” beritahu Datin Noor berterus-terang.  Amanda dan Wazif berpandangan.

“Tapi, saya dah janji dengan kawan-kawan nak balik ke rumah.”  Amanda cuba menolak.

“Tolong Amanda.  Jangan hampakan mak cik.  Mak cik jemput Wazif sekali.  Ada kenduri doa selamat malam ni.  Lagipun, ada banyak hal tentang syarikat yang mak cik nak tahu.  Mak cik harap Amanda tak keberatan.”  Datin Noor meluruhkan keegoan bertaraf datinnya dengan menggunakan ganti nama ‘mak cik’ dan bukan lagi ‘saya.’ Baginya, misi memujuk Amanda untuk hadir ke majlis itu adalah misi hidup mati.

“Marilah auntie.  Dah lama auntie tak berborak dengan Naufal.”  Naufal yang keletah itu memujuknya di dalam bahasa Inggeris yang kedengarannya melucukan dengan nafas yang tersekat-sekat. 

Tangannya masih tegar di dalam genggaman neneknya.  Wazif sekadar memerhati dan mendengar dengan bebanan rasa curiga.  Amanda begitu mesra dengan Naufal.  Tidak mustahil Amanda dan Zulkarnain?  Atau mungkinkah Zulkarnain adalah pesaingnya.  Lalu, apa guna bermuram durja. 

Zulkarnain sudah mengundur diri dengan caranya sendiri.  Wazif ingin bertepuk tangan.  Tetapi kewarasannya melarang.  Apa gilanya bertepuk tangan di depan dua insan yang sedang berkabung?  Di mana dicampakkan perikemanusiaannya? 

Bagaimana kalau perkabungan Amanda memakan masa berbulan-bulan.  Siapalah tahu kalau setiap inci pejabat dan setiap tapak yang dilegarkan di dalam ruang itu meleretkan kenangan buat almarhum Zulkarnain sehingga menerbitkan rindu yang parah di hati Amanda.  Bermakna, dia yang lebih parah kerana dipaksa menunggu!  Bagaimana kalau ada kenangan yang lebih manis daripada itu sehinggakan Amanda tidak betah mengusir walau sebiji huruf daripada sebarisan nama Zulkarnain? Wazif terasa ingin menjerit.

“Wazif datang malam nanti.  Bawa kawan-kawan.  Mak cik ada buat bacaan Yassin sekali.”  Pesan Datin Noor sambil memimpin tangan Amanda dan membawanya pergi.  Wazif terkebil-kebil.  Perbincangannya tadi dengan Amanda belum selesai, timbul pula petaka baru. 

Pak Ngah Talib mengangkat ibu jarinya.  Mengagumi sebuah rumah agam yang terang benderang serta bacaan ayatul Kursi yang sedang bergema di dalamnya.  Seperti dijanjikan, Wazif menjemput sekali rakan-rakannya.  Lebih-lebih lagi Mazlan yang tidak mahu ketinggalan menghadiri majlis-majlis sebegitu.

“Mudah-mudahan bila aku mati, ada orang ingatkan aku dan sedekahkah Yassin.  Semoga terang lubang kubur aku...”  ucapnya acap. 

Sebaris perkataan yang kadang-kadang membuatkan rakan-rakan serumah lain terpukul.  Wazif mengintai-intai.  Tidak kelihatan kelibat Amanda.  Entah di mana gadis itu berada.  Ada hutang yang perlu diselesaikan dan ingin diselesaikan segera. 

Seusai majlis dan ketika tetamu berpapasan pulang, dia melihat Amanda sedang berbual-bual dengan bapa saudaranya.  Terasa bersalah untuk mencelah memandangkan Amanda tentu mempunyai pelbagai cerita untuk dikongsinya dengan lelaki itu. 

Wazif hanya memerhatikan dari jauh.  Seraut wajah mulus tanpa palitan mekap tetap anggun di matanya.  Berlebihan pula di hati.  Amanda hanya berlalu apabila namanya dipanggil seseorang.  Beriringan dengan Pak Ngah Talib, Amanda mendekatinya.

“Tolong tumpangkan pak ngah saya untuk semalam lagi... esok saya balik ke rumah.  Boleh?”  pohon Amanda.  Wazif mengangguk, tiada rasa tertekan malah dihurung kebanggaan kerana memberi bakti buat insan tersayang. 

“Amanda!”

Amanda menoleh ke arah rumah ruang tamu rumah besar itu apabila namanya dipanggil lagi untuk ke sekian kalinya.   Datin Noor mendatanginya yang berlindung daripada biasan cahaya lampu limpah yang memancar di seluruh kawasan banglo itu.  Amanda mengekori Datin Noor sebelum diarahkan duduk di sofa.  Wanita itu sendiri mengambil tempat yang bertentangan. 

Encik Azri, juga Encik Mahir yang dikenalinya sebagai peguam syarikat turut kelihatan.  Akur, dia hanya membatukan diri.  Mata Amanda mengitari ruang tamu rumah besar itu.  Biarpun sudah lebih daripada sekali dia keluar masuk ke dalam rumah itu.  Almari hitam di bahagian tepi dipenuhi dengan plak dan cenderamata. 

Di dinding, sebuah potret keluarga terisi.  Ada wajah Zulkarnain, Dato Hashim dan Datin Noor.  Selebihnya, beberapa potret mengisi wajah Naufal bersama datuk dan neneknya.  Kedapatan juga seraut wajah bersama Zulkarnain dan Naufal. 

“Baiklah.  Saya rasa semua dah ada di sini.  Saya selaku peguam keluarga Dato Hashim akan memulakan tugas sayalah...”  ujar lelaki berbaju melayu berwarna hijau itu sambil mengeluarkan sehelai kertas dari begnya.  Amanda masih terpinga-pinga.  Keperluan apakah yang mendesak sehingga dia perlu hadir dalam acara pembacaan wasiat ini?

Tuesday 21 May 2013

Amanda Allamanda 12


            
MATANYA tergam kukuh pada telunjuk jururawat yang mencatuk-catuk papan kekunci di depannya.  Ingin dicapai, digigit serta dikunyah-kunyahnya jari telunjuk itu.  Bagi seorang pelajar kesetiausahaan yang memegang hukum menaip asdf ;lkj pada papan kekunci ciptaan John Qwerty itu, kaedah mematuk itu sangat menyakitkan hati.  Jururawat berbangsa Cina itu mengerutkan dahinya dan kemudiannya menggeleng-geleng.

Saturday 18 May 2013

Amanda Allamanda 11


           
 AMANDA mengenggam buka tangannya.  Dilakukannya beberapa kali.  Ada rasa lenguh yang mengulati saraf yang berhubung terus ke hujung jarinya.  Titik kemasukan saluran intravena itu ditutup dengan gumpalan kecil kapas dan dilekatkan dengan pelekat berwarna putih.  Jururawat pelatih itu meninggalkannya selepas memastikan Amanda selesa sebaik Amanda memberitahu, dia tidak memerlukan apa-apa untuk kali ini.

Friday 17 May 2013

Amanda Allamanda 10


SAAT Amanda membuka mata, dia mendengar bacaan antara dua sujud yang tenggelam timbul.  Dua baris ayat yang terakhir itu ikut sekali memantak di dalam kepalanya.  Sihatkanlah aku.  Maafkanlah aku.  Terngiang-ngiang tanpa henti. 
Dia mengingati dua ayat tersebut kerana baris itu pernah melintasi minda ketika dia membaca status seorang sahabat di laman muka buku.  Yang lain, hilang daripada ingatan.  Wa afini, difahami berasaskan perkataan afiat, bermakna sihat.  Wa’ fuanni, maafkanlah aku.  Dia cuba menoleh tetapi lehernya terasa sakit.

Thursday 16 May 2013

Amanda Allamanda 9


            
AMANDA meronta-ronta. Namun semakin kuat rontaan semakin kemas pegangan di kedua-dua belah bahunya.  Sepasang mata merenung tepat dan tajam menikam iris Amanda.  Desah nafasnya bergegar di sebalik topeng tembaga 

Wednesday 15 May 2013

mari Baca Cerpen @ SACC Mall pada 26 Mei 2013 sempena Pesta Buku Selangor

aku Monalita Mansor, jantinanya perempuan.  Jadi sekuntum bunga dalam gambar ini, itulah aku....

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah bendanya Baca Cerpen tu.  Macam mana baca cerpen?  sama macam baca buku ke?  sama macam baca sajak ke?  Jawapannya macam ni.

Amanda Allamanda 8

...kalau dulu aku kau anggap syaitan, apa salahnya hari ini aku menjadi malaikat  kiriman Tuhan, melindungi kau dengan penuh kasih sayang...



FAIL nipis berupa profil syarikat diletakkan di depan Amanda.  Portfolio syarikat, kejayaan dan keseluruhan maklumat kewangan syarikat yang diperlukan untuk dipanjangkan kepada pihak bank bagi mendapatkan kemudahan overdraf.  Amanda mengerling dengan hujung mata.  Fail itu yang membuatkan Azri membatalkan temujanji yang sepatutnya berlangsung pagi tadi.

Tuesday 14 May 2013

Amanda Allamanda 7


           
 ZULKARNAIN mencampakkan fail hitam besar berkulit keras tetapi hanya mengisi beberapa helai kertas di dalamnya.  Turut ikut terangkat kertas-kertas yang berserakan di atas meja dari kayu nyatoh yang beralas cermin di atasnya.  Amanda yang baru melangkah masuk, mendadak menghentikan langkahnya. Aroma kopi di tangan Amanda serta merta mengangkat pandangan Zulkarnain.  Dia berpusing.

Ikut Kata Hati : Kasih Terpilih







Kasih Terpilih pada asasnya ada novel cinta.  Ia berkisar mengenai cinta tiga segi tak kenampakan antara Misali, Aizam dan Kenny.  Novel ini berlatar belakangkan negeri Kelantan yang memberi kelebihan untuk novel tarbiah dewasa karya Ummu Itqan atau nama facebooknya arashhalim.

                Novel ini juga berasaskan kisah benar yang berkisar

Monday 13 May 2013

Amanda Allamanda 6


KAKINYA bagai terpasung sekali dengan kedua-dua belah tangan.  Jalannya leweh dan lambat.  Terasa dia adalah tawanan Al Qaeda yang baru selesai dibawa bersiar-siar melihat matahari di Penjara Guantanamo.  Mengutuhkan penyaksian terhadap Pencipta dan Pemilik langit dan bumi.  Bahawa setia ujian buat hamba-Nya adalah tanda kasih sayang dan rahmat tak terhingga.  Dia seakan-akan dipenjara masa dan ditinggalkan oleh hiruk pikuk manusia yang menjuju masuk ke dalam bangunan sebelas tingkat itu. 

            Di depan pintu lif pun dia masih berteleku. 

Saturday 11 May 2013

Ikut Kata Hati: Biar Orang Cina Pimpin Islam


Jika diukur dari segi tajuknya, buku ini boleh mengundang pelbagai polemik dan perbahasan yang tidak berpenghujung.  Terutama sekali di saat demam pasca pilihanraya masih belum kebah.  Ditambah pula sana sini sibuk membincangkan isu Tsunami Cina yang tiba-tiba membadai PRU13 tanpa diduga. 

Friday 10 May 2013

Amanda Allamanda 5


AMANDA kegelisahan di pembaringan.  Sesekala berpaling ke kanan, bantal golek bersarung warna merah jambu dipeluknya.  Sesekali berpaling ke kiri, dicapainya bantal dan menutup telinga.  Cuba dihindarnya bunyi riuh rendah, gempita di tingkat bawah.  Ketawa Noreena, Asweeta dan Wawa bersahut-sahut.  Pasti ada yang menggelikan hati terpancar keluar daripada skrin rata yang tertempek di dinding rumah mereka itu. 

Thursday 9 May 2013

Amanda Allamanda 4


AMANDA mengucai-ngucai rambut lurus separas dada.  Tudungnya bersepah di atas lantai di ruang tamu.  Dia bersila di atas sofa.  Telefon bimbit yang ditekan-tekan punatnya dengan kejam, diletakkan semula di atas meja kaca di depan sofa itu. 

Amanda Allamanda 3


MEREKA masih lagi di dalam zon serang menyerang pandangan.  Tiada sepatah bicara terhambur tetapi mata bulat milik Amanda menggantikan bibir mengungkap seribu makna terus dari minda.  Masa terasa cepat berlalu saat rindu hanya mampu diucap melalui kedipan mata dan lirikan-lirikan tajam lelaki bernama Wazif itu. 

“Betul awak tak marah?”  soal Amanda kembali.

Wednesday 8 May 2013

Amanda Allamanda 2


BIARPUN Wazif mentakrifkan apa yang akan dilakukannya sebentar lagi sebagai satu kejutan, Amanda tidak ingin memikirkannya.  Lebih-lebih lagi apabila kereta dengan plet Wilayah persekutuan itu meluncur laju menghala ke bandar sebelum membelok ke simpang tiga dan keluar terus dari daerah tempat dia mencari rezeki itu.

            “Kita nak ke mana ni?”  Amanda buat-buat bertanya.  Di dalam hati, sipi-sipi dia sudah dapat mengagak destinasi mereka.

Tuesday 7 May 2013

Amanda Allamanda 1

kredit: www.walcoo.net

AMANDA menyanyi-nyanyi kecil.  Setelah merasa puas menatap wajah dan gaya sendiri di dalam cermin, dia keluar dari bilik.  Terus mencapai kasut di rak berhampiran pintu masuk.  Aksi Farah Fauzana dan Neelofa yang menghidangkan bahan-bahan untuk minda wanitanya terus menggemai sekitar rumah sewaan mereka.

            “Hai…lawanya kau.  Ada acara penting ke petang ni?”  Pujian Ramona Azwa bersulam soalan. 

 Dia menoleh sekilas setelah terhidu aroma segar pewangi import itu. 

Sunday 5 May 2013

Pengundi Hantu di Kinrara

Dakwaan sesetengah pihak mengenai pengundi hantu yang terdiri daripada pendatang asing berdarah Bangladesh dan Myanmar mahupun Nepal sedikit sebanyak mengingatkan saya tentang beberapa insiden betul-betul setahun yang lepas.

Saturday 4 May 2013

Catatan Malam 'Raya' @ 040513

Assalamualaikum, sekarang tepat 11.00 malam.  Kesemua parti yang bertanding hanya ada 59 minit lagi untuk berkempen.  Sengaja saya mencoret di malam 'raya' ini untuk kenang-kenangan pada generasi saya akan datang.

Wednesday 1 May 2013

Embun Vokey : Kucing Beranak


KUCING BERANAK
www.geschool.net

            “NAMA-nama yang saya panggil ni, naik ke atas sini…”  suara Kak Maimunah kedengaran lantang. 

Exco-exco lain berkumpul di satu sudut berhampiran tangga bilik kecemasan.   Wajah masing-masing begitu serius, mengecutkan setiap inci perut kami yang memandangnya.  Kami masih tertanya-tanya. 

            “Ismawati Ismail!!”  suara Kak Aleeya mengambil tempat setelah jeritan Kak Maimunah tidak disahut dengan pergerakan sesiapa. 

Embun Vokey : Kerang Busuk tak Laku

shw.fotopages.com

 BUSUK TAK LAKU


“S
EKEJAP saja…”  aku menekan suara ketika matanya berkejip enggan ketika aku nyatakan keinginan untuk bercakap dengannya.  Kru-kru drama pentas yang sedang berehat memerhati sahaja.  Bersidaian di birai pentas.  Latihan drama itu diadakan setiap malam sehinggalah ke hari pertandingan drama peringkat negeri berlangsung.

Embun Vokey : Helang Remaja


HELANG REMAJA

BUMI perbukitan Bentong masih lena diseliputi kabus ketika teksi disewa mak dan ayah sampai di depan sekolah.  Padang menghijau menyambut kami di sebelah kiri.  Di sebelah kanan terdiri agam dewan besar yang disambungkan ke bangunan utama pentadbiran dan bangunan sekolah dengan trek pejalan kaki berbumbung. 
khai79blogspot.com

Di seberang jalan, saujana mata memandang kehijauan membungkus bukit umpama banjaran berjajar tiga beradik.  Di bukit yang tengah, kelihatan seperti pintu gua, tidak berpokok.  Jika ditenung lama-lama menimbulkan seram. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...