..yang bernama sahabat

Sunday 5 May 2013

Pengundi Hantu di Kinrara

Dakwaan sesetengah pihak mengenai pengundi hantu yang terdiri daripada pendatang asing berdarah Bangladesh dan Myanmar mahupun Nepal sedikit sebanyak mengingatkan saya tentang beberapa insiden betul-betul setahun yang lepas.


Di laman muka buku, penuh wajah para pemilik wajah ganteng gilaan gadis Malaysia satu ketika dulu itu dikatakan tertangkap ketika mahu mengundi dengan menggunakan kad pengenalan biru seperti milik warga negara Malaysia.  Di twitter juga begitu, sehingga wujud trending #bangla.  Ada juga yang sempat meloloskan diri, malahan yang malang menerima caci maki dan silap haribulan sepak terajang oleh rakyat Malaysia yang panas hati.

Katanya.  Tetapi media arus perdana keras-kerasan menafikannya.  Benar atau tidak, masing-masing yang mengalaminya lebih mengetahui.  Bagi saya yang biasa melihat wajah para pendatang Bangladesh, Myanmar dan Nepal itu di kawasan Puchong, tidaklah menjadi kehairanan.  Tidak kelihatan pula mereka beratur sekali tadi.  Lainlah kalau mereka tersalah beratur!

Ketika saya menaip status ini, Encik Suami sedang menjadi pemerhati bersama ratusan penduduk Taman Kinrara melihat perarakan peti undi dibawa keluar dari Dewan MBSJ, Taman Kinrara ke pusat penjumlahan undi.  Saya terfikir-fikir juga, janganlah Encik Suami pula ditarik keluar daripada barisan kerana dikatakan Bangladesh yang menyamar!

Kejadian ini berlaku beberapa kali ketika kami membeli belah di kedai jubah di belakang hotel kami.  Di Mekah, walaupun hotel kami terletak agak jauh dari Masjidil Haram, kedai-kedai menjual pelbagai benda kecuali mak dan ayah banyak kedapatan.

Kebiasaan aku dan suami, sepulang daripada Masjidil Haram akan singgah di kedai kekacang dan kurma untuk 'tapau' badam dan pistachio yang dijual longgok dan boleh dibeli dengan harga serendah 5 rial.  Selepas itu,kami akan mencuci mata sambil meneruskan perjalanan ke hotel.  Satu ketika, Encik Suami sedang sibuk tawar menawar jubah dan busana lain yang aku kira sudah tertawan di hati.  Pekerja kedai jubah itu juga rupa-rupanya berasal dari Bangladesh.

Soalan pertama yang ditanyakan ialah Malazia.  Aku angguk sahaja.  Jemaah Malaysia boleh dikenali daripada telekung dan kadang-kadang ada tanda nama di belakang telekung yang tertulis perkataan Malaysia.  Si pekerja menunjuk ke arah Encik Suami.  Bangladesh?  

Tertegun aku dibuatnya.  Hampir tersembur pistachio dari mulut sebelum aku ketawa aku meledak.  No, Malaysia also, kata Encik Suami.  But you don't look like Malaysia.  kata pekerja kedai itu.  that's why i asked, katanya.

Got Malaysia with Bangladesh?   tanya aku semula.  walaupun dia menjawab dalam bahasa Melayu yang huru-hara, aku bertanya juga dalam bahasa Inggeris yang huru-hara.  Jarang-jarang katanya.  Saya ingat suami Bangladesh.  Saya heran bangladesh sama Malaysia, mana boleh jumpa.  Aku faham maksud jumpa itu ialah 'berkahwin'  Aku pandang Encik Suami.  Kalau berlama di kedai ni nanti sah2 si Bangladesh ni kena gulung dalam jubah yang banyak-banyak tu.

Oleh kerana diiktiraf senegara, dapatlah kami harga yang lebih wajar daripada harga asal.  Boleh tahan juga bahasa pekerja Bangladeshnya.  ada budi bahasanya berbanding orang Arab yang agak kasar.  Main campak-campak aje.  Duit bakipun begitu.  Kalau bertemu dengan orang yang panas baran, tak fasal-fasal timbul permainan 'sepak kepala' dan 'sepak kaki' dengan penjual Arab ini.  Bahasanya pun boleh tahan kasar.

Bukanlah nak menghina.  Tapi begitulah manusia disebabkan perbezaan budaya dan iklim.  Kesamaan warna kulit dan wajah juga menjadi penentu budi bahasa mereka.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...