..yang bernama sahabat

Friday 3 January 2014

Apartment Edward Arie Glas di Herleen

Assalamualaikum,

Inilah apartment Edward Arie Glas papa Wafi di dalam Kabus Rindu. Terletak di pekan Megeslwerg di dalam daerah Herleen, Belanda. Segala apa yang aku gambarkan di dalam novel itu adalah gambaran sebenar keadaan di dalam dan di luar apartment ini.


Milik siapakah sebenarnya apartment ini?

Apartment ini adalah milik allahyarham Warry Ferdinandus, biras aku yang kembali ke rahmatullah dua bulan yang lalu. Beliau meninggalkan Rina Ferdinandus a.k.a Zarina Abd Aziz dan Afendy Ferdinandus yang berumur 2 tahun, kini.

Semasa hayatnya, allahyarham adalah salah seorang yang sangat 'supportive' malah menjanjikan sebuah kamus Belanda-Inggeris untuk memudahkan aku menulis. Balunya, Puan Zarina juga banyak membantu aku menyiapkan novel ini dengan keterangan gambar dan cerita yang membantu aku untuk mencantikkan cerita.

Al fatihah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...