..yang bernama sahabat

Saturday 25 October 2014

Cinta Hilang Kata - Rebel With A Cause

Assalamualaikum.

La, mesti korang dah nampak kan entri pasal CHK ni tempoh hari. Apa yang buat aku nak ulang lagi? Hari tu, aku tulis masa belum habis baca. Sekarang dah habis baca.

(dah tak menulis ke Cik Mon? asyik review novel aje...hihihi)

Hmm...Love You In Silence. Cinta Hilang Kata. Mesti kat jelapang minda (pinjam ayat penulis) ingat ini cerita cinta. Aku pun sama - mula-mula.

Dahlah novelnya besar gedabak. Tebal pulak, memang kelas Kamus Dewan, tinggal lagi dia tak berkulit tebal aje. Tapi bila aku habis baca, aku faham. Penulis dan penerbit cuba menyampaikan sesuatu melalui saiz, ketebalan, kaver dan tentu sahaja isi cerita. Aku panggil 'rebel with a cause' - kwang...kwang...kwang.

Aku suka kata novel ni novel kemanusiaan. Kata kuncinya manusia.

Manusia itu merujuk kepada Nurul Masmin. Watak utama yang memang manusia sifatnya. Berserah, pemurah, akur pada kehendak orang lain, tetapi pada masa yang sama memimpin pemberontakan secara terpimpin di dalam hati (rujuk bab dia panjat pagar asrama lelaki dan p gunting boxer Amirul!)

Manusia juga merujuk kepada Rain Akhtar, seperti adanya lelaki di luar sana. Takut-takut berani. Manusia merujuk kepada Amirul yang memegang mazhab separuh-separuh. Taat mak (perempuan) wajib/menjahanamkan duit bini, tak bertanggungjawab (perempuan juga) wajib. 

Manusia diwarnai hasad dengki, tindas menindas, caras-mencaras, malahan ke tahap yang paling gampang, paling sial (kata kasarnya) bersekongkol dengan syaitan. Syaitan pun pening kepala! Penulis pula macam sengaja membiarkan syaitan-syaitan dalam bentuk manusia ni menang. Sesuatu yang sangat tak disukai oleh pembaca. Rupa-rupanya, di dunia nyata itulah realitinya kerana yang mungkar itu akan selalu kelihatan menang. 

Panjang review nih!

Tapi, dalam banyak perkara, penulis dengan selamba tenuknya menerusi watak Nurul Masmin, Ezra, Che Wanie, Deens, Sabirah (eiii), Zaili, dan Kak Muna telah menelanjangkan sampai nampak nyata kudis, panau, kurap, kayap, kudis buta, lebam, bengkak dunia penulisan. Daripada kepala - ragam penulis sesama penulis, editor, penerbit, pengedar dan akhirnya pembaca. Kesemuanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...