..yang bernama sahabat

Monday, 17 March 2014

Merajukkkk....

Bunyinya macam merajuk, walaupun aku dah terbiasa merajuk tanpa perlu dipujuk. Tapi hari ni memang terasa nak merajuk. Lalu, aku bawaklah rajuk ni ke blog.

Rasa-rasanya selepas ni lebih baik buat sibuk di blog. Sambil kongsi apa yang boleh dikongsi. Minggu ni insya-Allah minggu yang sibuk.

18/3/2014 - tak sibuk sangat - ke pejabat pos aja hantar novel kiriman Che Shue Jaafar. Aku ada jual novel tahu. Di facebook korang boleh taip Mundam Ilmu. Di blog pun sama. Tapi aku tidaklah menjual semua novel.  Maaf sebab selektif tapi biarlah aku simpan asbab keselektifan aku tu.

19/3/2014 - Hari ni, Pesta Buku Antarabangsa di Putrajaya International Convention Centre. - Sepatutnya EMP terlibat, tapi kak Elee batalkan saat akhir. Penulis EMP hanya ada di sana pada 22/3/2014 ajelah. Tapi, aku akan turun untuk jumpa sahabat-sahabat aku, insya-Allah.

20/3/2014 - duk diam-diam dan sambung manuskrip Aku Drebar Forklift tu

21/3/2014 - juga dok diam-diam (mana boleh!!!) jaga kelas blog tu lah. Protege-protege nya memang 'happening' dan membuatkan aku gembira.

22/3/2014 - aku kena turun KL berkampung dengan penulis EMP lain, kak Zara Aluwi, Siti Khatijah Diana dan Siti Hanisah. Kemudian bergerak ke PICC untuk acara cabutan bertuah pada sebelah malam

23/3/2014 - insya-Allah akan bergerak ke MPH Kinta City Mall, Ipoh

Semoga semuanya dipermudahkan.

Wednesday, 5 March 2014

Jemputan Khas


Wednesday, 26 February 2014

Bab 16 : Nadra



“HA?” Nek Ton  yang sudah memutih uban di kepalanya bertanya lagi.
Nadra menutup mulut menahan tawa. Puan Rohana dan Encik Hashim pun tergelak kecil. Damia sudah awal-awal lagi menghidupkan enjin sebaik sahaja barang-barang dari dalam bonet dipindah masuk ke dalam rumah Nenek.
 “Nadra… anak angkat mak!” Danish meninggikan suara. Walaupun mulutnya diletakkan di pinggir telinga Nek Ton. 
Nek Ton yang duduk berehat di muka pintu itu mengangguk-angguk sebelum meludahkan cairan merah ke hujung kakinya. Bersempelat sisa sirih pinang  itu di merata-mara tempat di halaman. Biarpun dia mempunyai satu tin susu khas untuk menabung sisa yang bercampur air liurnya itu.
Nek Ton pun ketawa. Meski pendek, bagai meraikan kepulangan mereka. Encik Hashim satu-satunya anak lelaki Nek Ton. Lima yang lain, semuanya perempuan. Cuma apabila cuti sekolah ataupun musim perayaan, rumah tua itu bertambah seri. Anak cucu bergilir ganti datang dan pergi.
“Ayah tak ada, nenek. Mak aja yang tinggal…”  Nadra menjawab jujur apabila ditanya Nek Ton tentang dirinya. 
Tetapi tidak jujur mengenai ibunya. Kerana dia sendiri tidak tahu siapa dan di mana ibunya. Dari mulut mak cu, perempuan yang mengaku ibu saudara tetapi tidak melaksanakan pengakuan itu sewajarnya, ibunya bukan perempuan baik. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut mak cu mengenai ibunya semuanya buruk-buruk belaka. Semuanya kasar, penuh maki dan benci. Kerana itu juga, Nadra cepat memberontak walaupun luaran kelihatannya dia disadurkan dengan kelembutan. Cepat merajuk dan segala sifat negatif menggayut dirinya, tidak mahu lepas.   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...