..yang bernama sahabat

Friday, 16 December 2011

terima kasih dari seorang Affan...

Terima kasih mak...
terima kasih apa?
terima kasih kerana masak untuk Affan...
alangkah tersentuh hati saya. Luhur ungkapan seorang anak kecil berusia tujuh tahun sejak itu mengiringi setiap apa yang kami (mak dan abahnya) lakukan. Bawa ke pasar pagi, bawa ke Taman Jaya, beli ais krim, pergi umah wan, makan malam di Lala Tomyam, malah apa sahaja selepas itu pasti ada ungkapan terima kasih.
Dia membawa paradigma baru kepada tiga saudaranya yang lain. Termalu sendiri kalau terlupa mengucap terima kasih pada abah dan emak. belajar mengungkap terima kasih kepada saudara tua yang baru sekaki melangkah ke alam remaja tetapi sudah pandai menyiap hidangan tengahari ketika mereka keletihan sepulang dari sekolah.
TERIMA KASIH.
sekadar ucapan ringkas tetapi memberi rasa dihargai yang tak ternilai... Affan memutar fikir saya bahawa menghargai orang lain tidaklah sukar. Sekadar dua patah perkataan tetapi memberi bahagia tidak terbayangkan.
apa kata kita mulakan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan. kerana membenarkan letus nafas berterusan tanpa lelah sesaatpun.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget