..yang bernama sahabat

Saturday, 24 March 2012

BILA KENTUT kena BLOCK.....

Pernah kad kredit anda disekat kerana kehabisan limit? Tentu pernah kan.. tak payah kad kredit, mungkin akaun "postpaid" disekat kerana terlebih guna had internet.
apa pulak kena mengena dengan KENTUT? pengalaman diserang gastrik dan angin cuma berlegar-legar manja di dalam perut kemudian naik ke dada menyesakkan nafas menjadikan saya hampir menemuiNya (alhamdullilah, masih dipanjangkan umur untuk menaip di sini) benar-benar menginsafkan.
   Betapa kerdilnya kita. Kentut sendiripun tak mampu kita nak "adjust"!! Bila diduga begini betapa perlu kita nilai semula betapa berharganya nikmat KENTUT yang kita katakan busuk, hangit, bau petai, bau kerdas itu.
Sama fungsinya seperti nikmat duniawi yang lain.
Lantas, perlu apa menjadi sombong untuk nikmat duniawi yang sebenarnya di luar kawalan kita. Cuba tahan KENTUT sekejap...
kita dikurniakan akal untuk BERFIKIR...walau sejenak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...