..yang bernama sahabat

Wednesday, 11 April 2012

titipan surah Taha....

Assalamualaikum,
usia perkahwinan kita menjejak dimensi kedua atau ketiga (kalau berkahwin pada tahun 90an - bermakna sudah dimensi kedua).
DAN
dugaan terus datang dan pergi. Adakalanya kita merasakan kita sudah penat mempertahankannya dan merasakan si dia membiarkan segala-galanya berlaku menurut arus.
JANGAN
berhenti berdoa dan jangan salahkan sesiapa walau TUHAN sekalipun. Apa yang berlaku adalah tersurat dan kebaikan tersirat akan muncul selepas itu.
SABAR
mungkin semudah menyebutnya tetapi percayalah, SABAR, DOA,MUHASABAH, ubat paling mujarab.
kita mungkin melepaskan si dia di dunia, manalah tahu, di akhirat nanti si dia menjadi milik kita ABADI.
kekal positif dan titipan surah Toha ayat 1-5 buat amalan, hembus dalam masakan, minuman tapi jangan menghembus depan muka si dia....
YAKIN,
dengan niat ikhlas untuk memperbaiki kesilapan.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...