Nayla masih
menghambur tangis yang membingungkan eza. Sejak balik, nayla tertiarap di atas
tilam empuk hotel dengan bahu terhinggut-hinggut menahan tangis. Naik muak eza
menanyakan punca. Tetapi akhir kalam
ceritanya, semuanya disambut dengan tangisan. Eza berhenti melipat baju yang
hendak dimasukkan di dalam beg apabila ketukan seakan merobohkan pintu
bertalu-talu kedengaran. Semua orang begitu cemas. Kenapa?
Aizat meluru
masuk dan mati langkah melihat nayla yang masih di katil. Eza menarik sedikit
kain baju kurung yang terselak menayang betis putih kakak sepupunya itu. Aizat
dan eza berpandangan. Nak buat macam mana ni? Aizat bertindak duduk di kerusi
berhampiran jendela biarpun niat awalnya untuk menghampiri Nayla dan
menenangkannya. Tetapi, tidak manis pula menerpa gadis yang masih tak
bangun-bangun dari katil. Takkanlah pulak dia nak menerpa!
Wei!... wei!...
aizat datang ni… eza menggoyang-goyangkan lengan Nayla dengan harapan dia
berpaling atau setidak-tidaknya dia mengalih kedudukan dan berada di dalam
keadaan sopan sedikit.
Eza mendekati
aizat. Mengharap jawapan. Aizat menjungkit bahu. Dia hanya menerima panggilan.
Beserta esak tangis dan panggilan terputus. Kerana itu dia meredah sahaja ke
bilik hotel itu dengan harapan nayla ada di situ.
Wei… kenapa wei…
eza mengusap-usap rambut nayla. Diselaknya dan diselitkan di belakang telinga.
Nafas deras terhembus-hembus menolak rambut lain yang melekat di pipi dan
mukanya yang basah.
Kalau kau tak
cakap macam mana aku nak tolong. Aizatpun ada ni. Kalau tak nak cakap dengan
aku, kau cakaplah dengan aizat.
Aku malu!
Tertancap bicara di hujung esakan antara jelas dengan tidak.
Kau malu? Malu
pasal apa?
Masalahnya muka
perempuan tu muka aku! Atas katil! Dengan jantan! Kalau mak tahu, mampus aku!
Ketika ini di fikirannya ada emak. Kalau pn mariam dapat tahu, ia lebih
menyakitkan daripada hukuman buang kerja ataupun dimalukan satu dunia. Ia lebih
melukakan daripada itu. Nayla berpaling dan duduk bersila. Disekanya air mata.
Wajahnya memerah. Eza menguak rambut yang menjadikan keadaan nayla cukup teruk
ketika ini.
Aku rasa satu
dunia ketawakan aku. Satu dunia mengumpatkan aku! Aku malu…
Kau ada buat
tak? Eza bertanya tegas. Aizat masih mendiamkan diri. Hatinya berteka-teki
mengenai permainan ini. Angkara siapa atau percaturan siapa. Siapa yang mahu
melihat nayla tersungkur sebegini rupa. Atau niat lain yang terhijab di sebalik
perbuatan yang mencakar maruah orang lain ini.
Kau kenal aku kan ? Pernah tak aku
pergi mana-mana tak beritahu kau? Walaupun aku tinggal sorang-sorang kat sini.
Setiap hari aku lapor kat kau aktiviti aku walaupun aku tahu kau tak nak tahu….
Eza masih menyimpan
semua sms dari Nayla. Boleh dikatakan setiap hari akan ada sms dari nayla
memberitahu aktivitinya yang selalunya sama saban hari.
Kadang-kadang,
naik muak membacanya tetapi tetap dilayannya juga.
Manalah tahu…
bicara eza bergelumang wasangka. Nayla mengongoi lagi. Jika orang yang paling
dipercayainya juga memeterai sangsi, bagaimana pula orang lain.
Awak ada syak
siapa-siapa yang nak main-mainkan awak? Akhir-akhir ni ada tak awak add
kawan-kawan baru dlm akaun FB awak?
Saya tak boleh
fikir…. Nayla mengongoi lagi. Merayau di mindanya apa yang bakal berlaku
selepas ini. Mungkin dia akan dikenakan tindakan disiplin. Mungkin dibuang
kerja. Peribadinya akan diperkotak-katik sewenang-wenangnya. Rakan-rakan
sekerja akan memulaukan. Tak mahu mendekat manusia yang rendah akhlak walau
berwajah cantik dan berpelajaran tinggi.
Kita report
polis…
Tak mahu! Pantas
jawapan dari mulut Nayla. Melaporkan pada pihak berkuasa akan lebih
menyebarluaskan perkara yang memalukan ini.
Sayang…
Aizat bersuara
lirih, mendekat dan duduk di depan nayla. Nayla masih menunduk seperti tadi. Ada kalanya memeluk bantal
sambil meramas-ramas jemarinya. Eza sedikit mengengsot.
Syy… jangan
menangis. Dengar sini dan pandang saya….
Disentuh dagu
nayla dengan jari dan menegakkan mukanya setara. Mereka berpandangan. Nayla
berpaling. Aku malu. Aku merasakan diriku kotor, jijik berbanding dengan kau,
aizat. Aku melumur hubungan kita dengan kotoran aib yang sukar untuk disucikan!
Syy… jangan
menangis lagi. Pandang saya. Awak kena kuat! Awak kena buat apa yang
sepatutnya. Awak kena laporkan pada polis..
Tapi…
Dengar dulu…
Aizat meletakkan
jarinya di bibir nayla.
Awak lakukan
ini, pertamanya untuk awak bebaskan diri dari tekanan. Kalau awak biarkan, ia
akan jadi hantu yang menghantui hidup awak. Selama-lamanya. Keduanya, awak kata
awak tak buat. Jadi awak perlu bersihkan nama awak….ketiganya, awak perlu buat
ini untuk jadi pengajaran pada orang-orang yang berniat tak baik pada awak
ataupun merancang untuk buat pulak pada orang lain. Keempatnya, awak akan dapat
balik keyakinan diri awak. Kelimanya…..
Nayla mengangkat
mukanya.
Saya sayangkan
awak. Saya tak sanggup biarkan orang yang saya sayang tenggelam macam ni…. Ujar
aizat perlahan setelah berjeda. Air mata memburai di pinggir mata nayla. Eza
membuang pandang ke arah lain. Alamak! Macam slot samarindalah pulak! Kalau aku
rakam kat youtube ni, dua-dua orang ni boleh jual nama jadi pelakon terbaik!
Eza terpana
seketika apabila nayla memohon dipinjamkan sehelai selendang. Lama dia terpaku
sebelum nayla mengulangi permintaannya. Nayla mengemaskan rambutnya dengan
cekak sebelum sehelai selendang nipis menutupi kepala dan melingkar di leher.
Aizat senyum nipis dengan sebelah tangan memegang pintu.
Proses membuat
laporan tidak mengambil masa yang lama kerana semuanya dilakukan menggunakan
komputer. Suasana lobi balai itu tenang dengan irama saksofon Kenny G menguasai
suasana. CCTV terlekap di dinding sebelah kiri belakang anggota polis yang
sedang mengambil laporan itu pegun dengan gambar empat lokasi strategik. Ada dua orang lagi anggota
polis bertugas pada petang itu tekun di depan komputer masing-masing. Mereka
diarahkan untuk menunggu sebelum dibawa pula ke bahagian lain dan bertemu
dengan seorang lagi anggota polis berpangkat sarjan.
Awak ada syak
siapa-siapa?
Geleng.
Betul awak tak
buat? Kadang-kadang orang kita ni suka kata teknik super-impose la. Teknik
komputerlah. Walhal dia dah dapat seronok. Tak pasal-pasal kita buat kerja
buang angin nak menyiasat! Sindiran sarjan rosli (seperti yang tertera pada tanda
namanya) memanaskan wajah Nayla. Nayla menahan hati. Inilah yang ditakutkan.
Inilah ujian pertama. Sindiran dan kecaman!
Awak ada syak
siapa-siapa…boyfriend ke…mana tahu dia jealous tengok awak keluar dengan orang
lain. Awak ni boleh kata cantik jugak. Mesti banyak peminat! Atau awak bergaduh
dengan boyfriend awak ke…
Nayla memaki
dalam hati. Aku dating ke sini bukan nak mendengar spekulasi. Aku nak buat
aduan. Tak nak tolong buatlah cara tak mahu menolong!
Aizat? Tak
mungkin aizat.
Awak ada akaun
laman social?
Angguk.
Angguk.
Mestilah ramai
ye tak. Orang cantik. Sarjan rosli memprovok. Nayla merasakan bahang di luar
dan dalam diri.
Mana gambar tu…
Saya tak bawak.
Lagipun saya belum tengok betul-betul…
Sarjan rosli
ketawa kecil.
Kalau awak belum
tengok betul-betul macamana awak tahu itu gambar awak?
Berdasarkan
email yang dihantar kawan-kawan sepejabat!
Itu baru khabar
angin. Awak ni perasan glamour agaknya.
Hish menyakitkan
hati betul!
Macam ni, saya
akan panjangkan kes ini pada bahagian jenayah komersial atau jenayah siber,
dari situ pegawai di sana
akan ambil alih. Mereka akan telefon awak…
Sarjan rosli
menutup fail kertas berwarna coklat itu. Tanpa terima kasih nayla bangun sambil
menyeka air mata. Manusia yang bernama lelaki memang sukar menjual simpati!
Tetapi aizat juga lelaki. Mungkin aizat lain.
Hei.. kenapa ni?
Aizat dan eza sama berdiri dan sedikit cemas melihat nayla tertunduk-tunduk
mengesat mata dan hidung.
Ni mesti sarjan
gendut tu memprovok kau kan !
Teka Eza. Aizat menahan diri. Nak ketawapun ada.
Aku dah agak
dah. Sebab tu aku tak suka benda-benda yang melibatkan polis ni. Nak-nak kalau
kita yang perempuan datang buat laporan.
Dia Cuma buat
kerja dia eza. Tanggungjawab dia nak menyoalkan… kalau tak, taklah namanya soal
siasat aizat membela. Mereka beriringan menuju ke kereta.
Sarjan tu cakap
apa…
Nanti mereka
telefon… nayla menjawab lemah dan terus melemparkan tubuh lesunya di tempat
duduk belakang kereta.
Kita nak ke mana
ni? Tanya sang supir, aizat.
Balik hotel….
Nayla menjawab dalam kelesuan dan mata terpejam.
Yelah takkan nak
balik kampong dalam keadaan kau macam ni. Mesti ma tanya. Ayah kau mesti sibuk
nak tahu…
Sayang… kita
balik hotel aja… nayla memegang kepalanya. Hah? Sayang? Betul ke apa yang aku
dengar ni? Aizat cuba
menyembunyikan rasa terkejutnya. Mungkin perkataan itu keluar akibat hambatan
emosi yang tidak stabil. Eza menelan
liur pahit. Sayang? Hidungnya
terngiang-ngiang bau nasi minyak.
Tidur nayla
sekejap sekejap terganggu. Banyak kali dia terkejut dan terjaga tiba-tiba.
Apabila ditanya katanya tiada apa-apa ataupun sekadar gelengan tampang.
Mereka tiba di
lobi hotel tiga bintang itu ketika azan maghrib berkumandang. Eza hendak
mengejutkan nayla tetapi aizat tidak membenarkan. Eza tidak senang hati melihat
ritma pernafasan nayla yang agak pantas. Dibukanya pintu belakang dan
meletakkan belakang tangannya di dahi dan leher nayla. Aku dah agak dah! Mesti
dia akan demam punya. Nayla tidak kuat menerima tekanan. Fizikalnya akan turut
menerima kesan seiring dengan bebanan emosi yang menghempap.
Saya pergi beli ubat. Nayla demam….
Eza terus menutup pintu kereta bahagian penumpang depan tanpa menunggu jawapan
aizat.
Aku nak buat apa
ni? Takkan nak duduk bersama-sama di dalam kereta! Nanti bertiga dengan *al-a’war.
Tak pasal-pasal menambah masalah yang sudah sedia ruwet.
“sang pencinta”
ini hanya menanti saat yang sesuai memain peranan bila melihat lelaki dan
perempuan bukan mahram ada berdekatan. Tambahan pula maghrib-maghrib begini.
Sudahnya, aizat
membuka pintu kereta belakang dan bertinggung menghadap nayla. Perlahan-lahan
dikejutkan gadis itu.
Nayla, bangun
sayang. Kita dah sampai hotel. Saya bawa awak naik Eza pergi beli ubat. Lepas makan ubat, awak
tidurlah balik…
Tak ada selera…
Sikit aje. Awak
nak makan roti tu dan makan ubat atau awak nak saya dukung awak pergi klinik….
Kelesuan tidak mampu meleretkan senyum waima seincipun di bibir yang mula
mongering itu. Aizat kematian kata.
Aizat… nayla
meraih tangannya ketika aizat hendak bangun berdiri. Ada lenguh yang menggigit-gigit di sendi. Aizat
bertinggung semula.
Terima kasih.
Nayla bersuara lirih.
Terima kasih
juga kerana sayangkan saya…. dikucupnya belakang tangan nayla yang hangat. Ada aliran halus meniti
tubir mata gadis itu. Aizat mengesatnya. Bangun dan menutup pintu kereta.
Berlama-lama akan lebih menggetarkan hati lelakinya. Menatap kesayangannya
dengan wajah tak berdaya akan lebih menerbitkan ketakberdayaan bagi pihak
dirinya pula.
Pak tam… alamak!
Itu nama gelaran aku dengan nayla aje. Dia mana tahu! Eza menutup mulut.
Apa? Aizat
mengerutkan dahi.
Tak, nanti nak
buat sup ketam… boleh cepat kebahkan demam… itu untuk *demam denggilah bodoh!
Eza mengutuk diri sendiri.
Ayah long telefon. Ma
masuk hospital semula. Doktor suruh ma buat pembedahan
Nak buang katarak
Mak mesti tak
mahu…sampuk nayla. Eza susah payah menuntut tangan nayla keluar dari kereta.
Sebaik sahaja mengunci pintu kereta, aizat mengambil alih tugas memapah nayla
menghala ke lif. Sampai di bilik Nayla terbaring kelesuan. Eza menghulurkan dua
biji paracetamol dan meletakkan ke atas telapak tangan nayla.
Itulah! Ma
mati-matian kata mata dia bengkak dan kabur tu pasal sakit angin. Nanti bila
angin tu hilang, hilanglah kabut serangkai mawar tu… eza merungkai kata selamba
sambil membuka kotak burger ayam yang dibeli aizat sebentar tadi.
Banyak kau punya
mawar…. Nayla masih mahu bersuara biarpun matanya tertutup. Fikirnya menerawang kepada wajah tua emak.
Memang mulut mak mencelidau. Memang emak pandai menasihatkan orang. Tetapi
apabila kena batang hidungnya, emak memang takut. Takutkan hospital. Apatah
lagi disebut pembedahan. Baginya, pembedahan itu ialah proses menyakitkan yang
akan mengeluarkan semua organ dalaman dan menumpahkan darah yang banyak.
Penamatnya akan menamatkan nyawanya. Itu yang emak paling takut. Menemui mati
sebelum waktu biarpun ketetapan mati itu Cuma di tangan Pencipta.
Agak-agak saya
boleh pujuk ma awak tak? Aizat memberi usul. selepas lafaz alhamdulillah dengan
perut terisi sebentar tadi.
Cubalah. Tapi
saya tak yakin. Ma tu paling keras kepala, paling degil dalam keluarga. Ayah
longpun tak boleh nak kata apa.. tu yang anak dia ikut tu… eza menurunkan nada
ketika menyebut baris ayat yang akhir itu.
Jangan ingat aku
tak dengar… nayla memandang meletakkan lengan di atas dahi. Matanya tidak mampu tertutup lagi. Eza dan
aizat bertukar tawa. Mak, aku memang tak mampu! Aku sedang bertarung untuk
bangkit dari kelemahan diri. Aku tak mampu berjuang dengan bilahan pedang
bermata dua. Berpencak dan berseloka dalam satu masa. Tak mampu!
cer ko masuk website penulisan2u.com..byk novel2 online baru kt situ..maybe ko leh dpt ilham kt situ..
ReplyDeletetima kasih ctrain7474
ReplyDelete