Oleh kerana merasakan diri aku 'dimadu' dek anak-anak dengan tv, aku nekad melancarkan misi 7hxtv.
Heh..heh... apa benda tu... yelah. Takkan aku nak humban tv ke luar umah pulak kan.
Hari pertama - balik dari sekolah, biasanya melangut depan tv sampai aku panggil suruh mandi, semua buat 'muka baik'. Hari ni tidak lagi.... yang lain tak merungut, Umar la pulak tetiba merengek petang tu nak tengok Upin dan Ipin.
Hari kedua dan seterusnya - misi aku berjalan lancar. Tapi semua tak sabar tunggu Abah balik sebab bila Abah balik aje tv boleh di'hidup'kan kerana abah nak menonton berita. lepas jam 10.00 kad Astro harus dipulangkan kepada tuan tanah kedaungnya iaitu, Mak... he he hee....
Kesannya : Alhamdulillah - Affan makin rajin belajar sembahyang. Makin rajin mengaji, makin ada mood membaca
Umar makin rajin membaca , makin rajin tidur, makin rajin tidur...
Anis - memang selama-lamanya rajin.
Ummi - makin rajin membaca
Ingat zaman kita dolu-dolu, tv tak 24 jam. Pukul 5.00 baru start cerita Cumi dan Ciki. Masa tu mak tak bagi bukak, kalau bukak...siap!
lepas tu dok kat asrama, weekend aje boleh melepak kat bilik tv. Punyalah pack macam sardin, baik lepak dalam bilik...
aku akan melancarkan misi 21hari tanpa tv pulak selepas ini. Kerana aku percaya, niat aku yang baik untuk menjauhkan yang tak baik dari anak-anak aku akan dipermudahkan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment