Assalamualaikum....w.b.t
alahai - Kita yang merancang, Allah yang menentukan. Encik Perdana Menteri mengesyorkan supaya misi 7hari tanpa tv ditukar kepada 5hari tanpa tv sahaja. Alasannya, budak-budak dan tension lima hari. Bagilah mereka 'chance' melepaskan stress mereka untuk dua hari.
well, mahu tak mahu, Mak terpaksa akur dengan keputusan pembuat dasar. Tetapi, Mak akan meneruskan misi 15 hari tanpa tv (5x3minggu).
Dilepaskan dua haripun, keretakan di dinding rumah semakin ketara. Di samping suara budak-budak berebutkan siaran TV, Along dengan Angah nak tengok KBS, Abang nak tengok Discovery Science, Adik pula nak tengok Disney X,
tambah sikit dengan suara Mak yg menggegarkan jantung Encik Perdana Menteri. Jadinya, hari Sabtu dan Ahadpun masa menonton terpaksa dihadkan. Sekejap sekejap Mak minta kad Astro. sekejap-sekejap Mak minta kad Astro...
Tetapi, untuk kelangsungan iman dan amal, Mak (saya) akan meneruskan misi-misi mustahil ini, biar apapun rintangannya....
No comments:
Post a Comment