Assalamualaikum, Salam Eid Adha
Khatam buku ni Nama Beta Sultan Alauddin karya Faisal Tehrani. Beberapa hari yang lepas. Tapi tak sempat nak ulas kerana sibuk buat persiapan Aidil Adha.
Bukan ini pada asasnya terletak dalam rak Novel Remaja di PPAS Pekan Seri Manja. Tetapi apabila membacanya baris demi baris, saya mencadangkan remaja tua, remaja purba, remaja kertu amat perlu membacanya. Amat perlu. Begitu juga remaja purba yang akan menjadi calon pilihanraya ataupun akan bertugas sebagai petugas di mana-mana markas pilihanraya (maklumlah nak dekat pilihanraya), bacalah buku ini.
Kisahnya kisah kita. Biarpun berlaku berabad-abad yang lepas, ia masih relevan dengan situasi umat Melayu era ini. Perkara yang sama, cerita yang sama, cuma latar yang berbeza. Untuk pelajar yang hanya mendapat 'secebis' maklumat di dalam buku sejarah semasa belajar dulu (seperti saya), buku ini bukan sekadar penambah maklumat, tetapi ia lebih daripada itu.
Novel sejarah yang islamik ini juga mengangkat imej seorang ulama dari Tanah Besar China bernama Nuh Ha Min yang mensyaratkan 7 perkara perlu didapatkan oleh Raja Hussin atau Sultan Alauddin sebelum bergelar pelajar kepadanya. Angka 7 begitu sinonim dengan Islam. 7 perkara itu ialah Safra, Sambang, Sangku, Sekepeng, Selisik, Sepukal dan Surai. Apa benda semua tu, kena baca buku ini.
Juga pengajaran daripada kereta lembu, teknologi milik Melayu yang kian lupus dek edaran masa. Kalau anda peminat novel cinta, tiada cinta di dalamnya. Tetapi kalau anda cintakan bangsa, bacalah ia.
Terbitan : Aberdeen Books World
m/surat : 144 (tak tebal pun... 1/2 jam boleh kau tim)
harga : 13.50 (di kedai buku aku tak pasti. Tapi di laman maya, boleh cuba cari di laman Ujana Ilmu)
Penulis : Faisal Tehrani
No comments:
Post a Comment