Assalamualaikum. Asalnya buku ini saya tarik dari rak PPAS Pekan Sri Manja sebab tertarik dengan keadaan buku itu sendiri. Berkulit tebal, cantik. Masa meminjam dulu, masih bekerja. Mana ada masa nak baca.
Tapi, bagaimana nak diterangkan ya. Menyelaknya lembar demi lembai, saya tidak dapat menghentikan pembacaan.
Inilah kehebatan buku-buku Islamik terbitan PTS. Akhirnya, sampailah ke penyudahnya apabila berladung-ladung air mata saya menangisi pemergian 'Pembawa Rahmat Ke Sekian Alam,' Muhammad bin Abdullah, Rasulullah S.A.W, kekasih Allah. satu-satunya.
Tempo penceritaannya saya katakan semi fiksyen, tetapi masih tidak kesasar daripada landasan fakta sejarah berdasarkan Al Quran dan Hadis. Buku setebal 480 muka ini membawa kelainan dalam pembacaan sejarah Rasulullah.
Tidak puas hati kerana tidak berada di rak buku saya, akhirnya saya beli terus di kedai buku. Khatam untuk kali kedua. Ketika duduk di dalam kelompok menunggu untuk masuk ke Raudhah tempohari, saya katakan pada sahabat jemaah saya. "Saya membaca mengenai Rasulullah. Berkali-kali. Dan pembacaan itu membantu saya lebih mengenali baginda ketika berada di tanah kelahiran dan tanah yang menyimpan jasadnya"
Ia boleh juga dibaca untuk melembutkan hati. Betul. Ia mengenai Pembawa Rahmat ke Sekian Alam. Selama-lamanya.
Buku : Biografi Muhammad bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi
Pengarang: : Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
M/S : 481
No comments:
Post a Comment