tetiba aku kena baca buku yang ada kena mengena dengan marketing. Adoi! menyampah! menyampah! memang menyampah. Tapi aku bukan pekerja bank lagi. Kena buat marketing untuk 'break the eggs'. Aku buat marketing untuk 'market' diri sendiri sekarang.
Puan Hidayati Jamil, bekas rakan sekerja aku yang kini Perunding Kewangan dan Hartanah berjaya aku jadikan contoh. Perbincangan kami hari tu, jangan sesali masa yang kau buang semasa bekerja dahulu. Cikgu Besar daripada semua cikgu di dalam tangan kita sekarang. Pengalaman.
Aku terpaksa bangkit untuk memasarkan hasil karya aku di dalam bidang penulisan yang semakin kompetitif. Maka membacalah aku akan buku-buku sebegini yang aku pinjam daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Pekan Seri Manja dekat rumah aku.
Keseluruhannya, memasarkan diri sendiri harus bermula di dalam diri. Buku karya Jay Conrad Levinson, Rick Frishman, Michael Larsen dan David L. Hancock ini bukanlah kitab mutlak untuk penulis 'terapung' macam aku. tetapi, ia memberikan panduan yang boleh diaplikasi di dalam dunia penulisan di Malaysia yang tidak sebesar mana ini.
Taktik-taktik yang disenaraikan, boleh ikut tetapi kena sesuaikan dengan kemampuan diri. Tetapi harus diingat, beberapa taktik tidak bersesuaian dengan keperluan kita sebagai penulis muslim. Aku sedang menukar stereng penulisanku daripada menulis kerana minat, kepada menulis kerana Allah. Aku inginkan sedikit sebanyak hasil tulisanku memberi pengajaran yang baik buat pembaca di luar sana. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment