BAB EMPAT (4)
“AWAK
tahu betapa sayangnya saya pada awakkan?”
Jemarinya berada
erat di dalam genggaman Aizat. Mata
Aizat yang sedikit sepet berada dalam pandangan. Menyalur debar asrama tak bertepian di dalam
dada.
“Sayang….Saya
tak sanggup kehilangan awak. Kita akan
berkahwin. Saya nak bawa awak jauh dari
sini. Saya nak awak selalu ada di depan
mata saya. Tapi saya nak dengar
pengakuan dari mulut awak dulu… boleh?” Dagunya
disentuh.
Pandangan
Nayla berkaca. Desir angin petang
melagukan irama syahdu bagai mengiringi resah dua hati yang telah terpisah
sekian lama.
“Saya…saya
tak tahu Aizat.”
“Tak
tahu apa?”
Wajah Aizat
semakin mendekat. Semakin terasa hangat nafasnya.
“Nayla!”
“Nayla!
Selagi Mak tak mati, Mak tak akan izinkan lelaki seperti Aizat dekat dengan kau.
Kau ingat tu!!”
“Kau
memang tak sedar dirikan? Kau tak nampak ke kau memang tak sepadan dengan anak
aku ha?” Telunjuk Puan Mariam
mengacah-ngacah di muka Aizat.
“Mak!”
“Hidung
tak mancung. Pipi tersorong-sorong. Pergi cari cermin. Suluh dulu muka kau sebelum nak berkawan
dengan anak aku!”
“Mak.”
“Saya
sayangkan Nayla makcik….”
“Sayang?
Boleh jalan dengan sayang kau!”
Wajah Puan
Mariam semakin menyinga.
“Mak!”
“Apa
salah saya makcik?”
Aizat tertunduk
menekur pasir.
“Aku
tak mahu keturunan aku nanti buruk macam kau!”
”Mak!!”
Wajah
Puan Mariam perlahan-lahan bertukar menjadi singa yang memerah matanya. Mula membuka ngauman pertama yang menggegar
maya. Memberi isyarat yang dia sangat
dominan mempertahankan kawasannya. Ajaritan
terakhirnya melepaskan Nayla dari mimpi ngeri.
Nayla tersentap bangun dengan kaki masih terlunjur. Meraup. Melafaz zikir taubat. Sepertiga malam baru menajangah. Kenapalah
dalam mimpi pun mak mesti ada?
Dia
benar-benar cemas kerana menyangkakan mimpi tadi benar. Setelah beberapa kali memandang sekeliling,
dia menarik nafas lega. Tetapi, leganya
tidak lama mengenangkan hujah-hujah Puan Mariam yang terlontar dan
mengiang-ngiang di pendengaran.
Kalaulah
Aizat tahu cuma itu alasannya bagaimanakah perasaannya? Pasti hairan kerana di dalam zaman semoden ini
masih ada manusia mempertikaikan paras rupa dan menjadikan ia kriteria teratas
dalam piramid kebahagiaan hidup.
Puan
Mariam menghidu hubungan mereka ketika pesta konvokesyen beberapa tahun dulu. Awalnya, Nayla mengabaikan sahaja wajah Puan
Mariam yang mencuka apabila diajak bergambar bergandingan dengan Aizat.
Sangkanya,
wanita suka berdandan itu keletihan kerana perjalanan merentasi lebuhraya yang
jauh. Tetapi, hatinya semakin tidak sedap
apabila Puan Mariam tidak mahu berenggang dengannya; apatah lagi membiarkan dia
berdua-duaan dengan Aizat. Tiada mesra terhambur dalam kata-katanya. Tetapi berlainan kalau teman-teman sekuliah
mendekati. Dia berubah 360 darjah.
“Mak,
orang dengan Aizat nak jalan-jalan sekejap.”
“Mak
ikut.”
Nayla dan Aizat
berpandangan. Dahi Aizat berkerut tetapi graduan terbaik yang mendapat anugerah
emas itu tersenyum sahaja.
“Makkan
penat.” Nada Nayla sedikit meninggi.
“Mak
nak ikut!” Nada suara Puan Mariam juga meninggi
pada aras yang sama.
“Nayla…
tak apalah kalau mak nak ikut.” Lembut
suara Aizat memujuk. Mak? Kau belum kenal siapa emakku lagi, Aizat!
“Dah.
Dah! Pergilah. Jangan bertekak kat sini. Abah jaga barang kau orang.” Encik Nasir meredakan suasana sambil terus
menyelak helaian akhbar di tangannya. Tidak
memandangpun ke arah mereka. Suasana hingar
di sekelilingnya tidak membataskan tumpuannya. Nayla menarik muka. Puan Mariam juga menarik muka. Eloklah
tu. Anak dengan emak sama sahaja. Bisik hati
Encik Nasir.
“Hish!
Menyampah. Menyampah! Awak tak tahu ke
saya menyampah…?” Puan Mariam
mencampakkan beg tangannya ke atas tilam.
Terpuntang-panting beg tangan mahal itu melantun-lantun. Encik Nasir menghidupkan pendingin udara di
bilik hotel tiga bintang itu. Malam ini
mereka bermalam di sini sebelum bertolak balik.
“Yang
si Nayla tupun satu.. Tersengih-sengih. Tersengih-sengih. Gatal!” Tuduh Puan
Mariam.
“Awak
dengar tak ni?” Kali ini suaranya benar-benar melekap di depan muka Encik Nasir
yang sedang menanggalkan kemejanya. Ketidakselesaan
sudah sampai ke hadnya. Dia ingin segera
mandi.
“Ya..
saya dengar. Sayapun menyampah. Tapi
saya nak mandi dulu.”
“Iiih! Orang tua ni.” Puan Mariam menenyeh penumbuknya ke tilam.
“Awak
bayangkan rupa cucu kita nanti. Eiii!…
awak tak malu ke orang nanti kata cucu Cik Yam rupa negro? Emaknya cantik. Mesti ikut kulit ayahnya…Orang Asli lagi lawa
awak tahu tak.”
Puan
Mariam bersuara lagi sebaik sahaja Encik Nasir melangkah keluar dari bilik
mandi.
“Apa
kata awak pergi mandi. Lepas tu solat
ke, apa ke, legakan panas hati awak tu,”
saran Encik Nasir sambil tercangak-cangak ke siling hotel.
“Si
Nayla ni dari dulu sampai sekarang, degil. Tak mendengar kata. Kali ni saya tak kira. Apa nak jadi, jadilah… eh! awak cari apa ni?”
“Kiblat.
Dahlah tu…serabut saya dengar. Pergi mandi tu. Lepas tu kita boleh pergi makan.”
“Nak
makan dengan Nayla dan budak tu ke? Saya tak naklah. Tak lalu…” Puan Mariam
menunjukkan isyarat loya.
“Pergilah
mandi.” Arah Encik Nasir. Sekali lagi.
“Kau
ada apa-apa ke dengan budak tak senonoh tu?”
Soalan
panas terus menyerbu sebaik sahaja Nayla muncul di muka pintu. Encik Nasir tenang-tenang duduk di tepi
tingkat hotel. Menikmati panorama malam.
Puan Mariam mundar mandir tak ketahuan
hala.
“Kenapa
dengan mak ni?”
“Kenapa
kau tanya? Aku tak suka kau berkawan
dengan budak tak senonoh tu.”
“Budak
tak senonoh mana?”
“
Alah pura-pura tak tahu… yang asyik berkepit dengan kau tadi tu siapa?”
“Itu
Aizat. Apa masalah dengan dia? Apa mak senonoh benar ke?”
“Nayla…!”
Suara Encik Nasir kedengaran sedikit mengeras.
Memanglah Puan Mariam tidak sesempurna mana. Tetapi bagi Encik Nasir sendiri sedap mata
memandang sudah memadai.
“Kau
dah bertambah kurang ajar ya!” Telunjuk Puan Mariam mengacung di depan muka Nayla.
Bicara Puan Mariam berapi-api.
“Kurang
ajar apanya? Yang emak sesedap mulut
menghina orang kenapa?”
“Yang
kau beria-ia membela dia kenapa? Tentu
ada apa-apa kan ?”
“Orang
berkawan ajalah…” Ritma suara Nayla sedikit mendatar. Air mata mula menyerapi tubir mata. Pandangan ke dada malam menembus masa depan
yang semakin sirna cerahnya.
“Daripada
cara dia pandang kau. Kau pandang dia,
kau orang bukan berkawan. Mak lagi dulu
makan garam daripada kau. Mak yang
besarkan kau. Mak tahu apa yang ada
dalam perut kau tu.” Nada Puan Mariam tetap mengeras.
“Kau
ingat sikit Nayla. Kalau mak tak suka,
sampai bila-bilapun mak tak suka. Kalau
kau nak kahwin jugak dengan dia, kau carilah mak bapak lain.” Puan Hakim
Mahkamah Tinggi sudah mengetuk penukulnya.
“Siapa
pula nak kahwin mak?” Adoi!
“Jangan
nak memperbodoh-bodohkan akulah. Umur macam kau ni, kalau dah kenal kat
universiti, setahun dua lagi kahwinlah. Tak
sempat mak bapak nak bermanja balik, dah gatal nak berlaki.”
“Malas
nak layan mak ni.”
Nayla
menghempaskan pintu tanpa peduli ajaritan Puan Mariam di balik sana .
“Awak
tengoklah anak perempuan awak yang awak tatang sangat tu.”
Puan Mariam
mendapatkan Encik Nasir yang berlagak tenang menatap warna malam.
“Awak
tak pernah berlembut dengan dia.” Kritik Encik Nasir.
“Nak
lembut macam mana? Awak tengok adab dia dengan saya?”
“Adab
awak dengan saya? Sama juga. Membentak-bentak! Awak ingat saya suka?”
“Eh! Kitakan bercakap pasal Nayla. Awak sengaja nak tukar topik ya.” Puan Mariam
menukar arah. Awalnya tadi dia mendekati
Encik Nasir untuk meraih sokongan. Dia
masih merungut-rungut sambil menarik selimut. Naik ke atas katil dan tidur.
Semenjak
itu Nayla menyedari yang memberi harapan palsu pada Aizat terasa lebih
membahagiakan hati walau hakikatnya dia berbohong. Tidak mungkin dia membongkarkan rahsia hati
kedua orang tuanya semata-mata untuk meraih cinta seorang lelaki. Semuanya ini menjadikan dirinya terhimpit
antara dua dinding yang semakin hari semakin mengasak. Tanpa disedarinya atau tidak.
“SELAMAT
pagi semua. Wajah Puan Faridah ceria pada pagi itu. Apa tidaknya. Seorang lagi kakitangan melapor diri dan
bermakna beban tugas akan sedikit mengurang.
“This is John. Introduce yourself, John.”
Dan,
lelaki Cina dengan nama Kristiannya, John itu memperkenalkan diri dalam slanga
New Zealandnya yang sangat pekat. Mereka
yang mendengarnya berpandangan sesama sendiri dan tersenyum-senyum. Biarpun berketurunan Cina, wajahnya sudah
menjadi Cina Malaysia ,
bermata bulat dengan hidung mancung dan beriras kemelayuan jika tidak mendengar
dia bertutur dalam bahasa Hokkien.
“I will attach you with Nayla, she will teach you all aspect of banking
operation. Start with Fixed Deposit Department.”
Arah Puan Faridah yang sudahpun berada
di sebelah Nayla. Nayla membesarkan
matanya.
“You are the one who capable to teach new
hand. Orang lain semuanya tak
penyabar.”
“Penyabarlah
sangat.” Sambut Hanisah sambil ketawa.
“Well, good luck!” Setelah Puan Faridah kembali ke mejanya,
Nayla dan John cuma saling pandang memandang. Hanisah yang memegang portfolio SST (Self Service Terminal) yang mengendalikan mesin ATM, cek dan deposit tunai sudah
berlari-lari ke lobi SST ditemani pengawal bersenjata.
“So…nama you Lala?” John membuka
bicara.
“Nayla
lah! Lala. Lala. Kau ingat aku kerang ke?” Marah Nayla.
“Eh…
maaf. Tapi Lala sedap kalau digoreng.”
“La…
bolehpun cakap Melayu.”
“Mestilah.
Sayakan
orang Malaysia .”
John ketawa kecil. Menampakkan susunan
giginya yang rapi. Bibirnya sedikit
kelebaman.
“You dah ada girlfriend, John? Nayla
bersuara sambil mengeluarkan sebuku resit simpanan tetap daripada laci yang
berkunci.
“Wow!
What a brave approach.” John gagal menyembunyikan keterujaannya.
“Jangan
perasan okey. Soalan ini I akan tanya
untuk setiap staf baru. Kalau tak ada,
bagus. Kalau ada, susah sikit.”
“Kenapa?”
“Kerja
macam kita, nampak mudah. Tapi tak tentu
masa. Kadang-kadang bila ada insiden tak
boleh balance something, you mungkin
kena stayback sampai tengah malam. Kalau girlfriend
you ajanis tak faham, you akan
susah nanti.”
“Lagipun,
you perlu sentiasa fokus dengan tugas
you.”
“Awak
pula?”
Nayla terhenti
daripada menaip kata laluan di papan kekunci di depannya. Menoleh ke arah John yang duduk betul-betul
di sebelahnya.
“Ni
soalan interview atau soalan nak
mengenakan I?”
“Tak..
I mean no harm. Saja nak tahu. Tak sangka pula cawangan kecil macam ni ada staf secantik you. Tak sia-sia mereka post I kat sini.”
Lantak
kaulah! John. Aku ada banyak kerja nak dibuat. Menjadi cikgu tak bertauliah
juga sudah mengambil sebahagian daripada tugasan.
Amat
menajangkelkan buat sebahagian kakitangan kanan untuk mengajar kakitangan baru. Kebanyakannya akan mengambil masa mereka
sendiri dan beban kerja akan meningkat apabila tugas harian terpaksa diletakkan
ke tepi. Lebih menyakitkan hati apabila
setelah tiga atau empat bulan diajar, mereka menarik diri. Berhenti kerja.
“You nak kerja lama kat sini atau ada
tawaran lain?”
“If I dapat kerja dengan angel macam you, buat apa cari kerja tempat lain?”
“I’m serious John. alau you rasa you nak kerja dekat sini sekejap
saja, baik you beritahu I sekarang. I tak payah teruk-teruk ajar you. Buang masa.” Nayla berterus-terang.
“Hey, see. This is my hometown. My parents,
my childhood friend, my future girlfriend semua ada kat sini. Buat apa I belajar penat-penat sampai luar
negara, habiskan duit depa kemudian pergi jauh dari depa?”
Nayla sedikit
terpukul. Aku menghabiskan duit keluarga, belajar. Kemudiannya pergi jauh dari keluarga kerana
tidak mahu meneruskan sengketa.
“Kau
agak-agak berapa lama dia boleh tahan kerja kat sini?”
Soal Nalini
sebaik sahaja John melangkah masuk ke dalam bilik pengurus yang terletak di
bahagian penjuru hujung sebelah meja Puan Faridah.
”Kenapa,
kau nak bertaruh ke?” Tanya Suel. Pengawal bersenjata yang sejak tadi tegak berdiri
di depan pintu.
“Aku
tak cakap dengan kaulah! Sibuk saja,” marah Nalini.
Suel
masih tersengih seperti tadi. Pengawal
bersenjata berketurunan Iban itu menjadi kesayangan semua orang di dalam bank
itu kerana sikapnya ringan tulang. Kawan bertekaknya ialah Nalini, walaupun
kadangkala Nalini berleterkannya. Menyuruh
dia melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Ini memandangkan pengetahuan Suel melebihi
pengetahuan kakitangan yang ada di situ. Banyak
perkara dirujuk kepada Suel kalau bukan Surana ataupun Puan Faridah.
“Dia
dah ada pengalaman di tempat lainlah,” sela Surana tiba-tiba.
“Kenapa
tak cakap awal-awal. Penat aja aku ajar,” keluh Nayla. Mengeluarkan semula fail Mortgage Centre yang masih menadah perhatiannya itu.
“Dia
dalam ranking assistant manager. Tapi dia tetap budak baru. Basic
product memang sama tapi ada perkara-perkara yang tak sama. Kau ingat perbankan ni terhad pada operation
sajakah? Dia dari audit team. Kalau kau cerita
pasal retail product, atas kertas dia
mungkin faham. Praktikalnya belum tentu,”
panjang lebar Surana memberi penerangan.
“Lagipun,
aku tengok macam bagus aaja dia usha
kau?” Hanisah menyampuk.
Hanisah
mengemaskan mejanya. Bersedia untuk
mengira wang deposit tunai yang telah ditolak masuk ke dalam Cash Room sebentar tadi.
“Tolonglah
Cik Nisah oii…takkanlah pasal aku seorang yang bujang kat sini semua orang nak
mengorat aku.” Hanisah ketawa besar
sambil berlalu mengiringi Ajanny yang memegang portfolio Cash.
“Okey
apa? 1Malaysia.” Nalini mengangkat ibu
jari telunjuknya bersuara di dalam lenggok bahasa Tamil. Suasana riuh rendah di sebelah kaunter
menandakan waktu operasi perbankan sudah bermula.
Kawasan
kerja mereka terpisah dengan dinding yang bertingkap kecil pada setiap kaunter.
Bermakna satu meja pegawai mengawal satu
kaunter. Persetujuan lisan yang telah
disepakati semua. Majoriti pelanggan
adalah penduduk sekitar dan pelanggan pasar pagi tetap di belakang blok
bangunan bersebelahan. Biarpun berdepan
persaingan dengan deretan bank di seberang jalan, ia masih menjadi pilihan
kerana menjunjung nama yang agak kecinaan berbanding dengan bank lain.
“Okey.
You boleh keluar ke kaunter. Jumpa uncle auntie. Say hi to them. Introduce yourself.” Nayla mengiringi John ke kaunter. Sebaik sahaja bersapaan, dia berbual dengan
para pelanggan di kaunter bagaikan kawan lama yang puluhan tahun tidak
berjumpa. Lelaki segak itu cepat sahaja
menarik perhatian tambahan pula dengan slanga Hokkien yang menjadi bahasa perantara
penduduk setempat. Nayla cuma berdiri
tegak lagak pengawal di sebelah John.
“Mereka
kata you cantik tapi garang,” bisik John
ke telinganya. Pulak!
“Senyumlah
sikit. Tak rugi.”
Eh! Banyak cakap pula dia ni. Suka hati
akulah. Mulut aku. Bibir aku.
Selesai sesi
pengenalan, Nayla kembali ke tempatnya. Lima panggilan tidak
berjawab terpampang di layar telefon bimbitnya. Kesemuanya dari Puan Mariam.
“Ada apa mak?”
“Mana
ada! Orangkan pergi training. Kan
orang dah cakap orang pergi training.!”
“Mana
ada marah.”
“Orang
tengah kerjalah mak.”
“Tak
ada. Dah lama dia tak telefon orang.”
“Iya…
orang nak kerja ni mak. Okey ya .. bye.”
Nayla
melepaskan sesak di dada. Sampai bila aku akan berterusan begini.
Sedangkan antara dia dengan Aizat belum
ada kepastian. Tetapi perlu pula berdepan
dengan sangkaan buruk Puan Mariam yang tak sudah-sudah.
No comments:
Post a Comment