Saya suka kata-kata Ramli Awang Murshid dalam salah satu mahakarya kembara Laksamana Sunan, Mati itu Pasti, Hidup InsyaAllah.
Kak Rahah, kawan merangkap bekas boss memberitahu sebentar tadi. Kakitangannya berusia 31 tahun pengsan di tempat kerja dan pergi mengadapNya selepas tiga hari. Segala-galanya begitu pantas dan bagai petikan suis menyedarkan dia dan juga saya.
Betapa singkat hidup ini, sedang kita bertungkus lumus mengejar kebahagian duniawi, bergelut dengan tugas yang tak habis-habis, terfikirkah kita pada sesuatu yang pasti itu.. KEMATIAN. atau saya 'lembut'kan sedikit ayatnya..masa untuk berehat...SELAMA-LAMANYA.
Semoga saya juga boleh 'berehat' dengan 'aman'....
No comments:
Post a Comment