Dari ceruk dapur, bermula dengan Asam Garam
Gula & Kopi, Kopi O Tanpa Gula dan Teh Tarik Kurang Manis, A Jalil Ali
sudah melompat mendaki Dari Menara KL.
Saya akui, saya sudah ketinggalan keretapi kerana Dari Menara KL terbit
pada 2011. Baru saya temui semalam di
PPAS Pekan Seri Manja.
ini koleksi peribadi saya ya... |
Saya peminat tegar A Jalil Ali. Saya terpikat dengannya semenjak zaman beliau menjadi kolumnis di SDK. Saya mengikuti setiap tulisannya yang sinikal walaupun hakikatnya benar. A Jalil Ali adalah lambang Melayu totok. Menyindir dalam manis, menegur dalam ketawa.
Dari Menara KL menyaksikan saya ketawa seorang
diri, dari satu artikel ke satu artikel.
Artikel yang paling memegang hati saya ialah; Perihal Babi dan tahi Ayam,
Dr BJ dan Kabinet Baru Najib, Apa ada Pada Nama? Macam-macam Ada! Hentikan gelagat membodek Najib tetapi yang
paling memecahkan perut sindiran tepat buat para elitis perasan dalam Jom Kita
Semarakkan Bahasa Rojakl! Saya tidak
dapat membayangkan seorang bomoh berinteraksi dengan jinnya di dalam bahasa
rojak dan jinnya menjawab di dalam bahasa Inggeris lengkap, I try...
Melihat tajuk-tajuknya sahaja, anda boleh
tersenyum sendiri. Sebagaimana anda
membaca catatan-catatannya dalam ketiga-tiga koleksi sebelum ini. Ada baiknya kita redakan sedikit kekalutan
cacai-mencacai, tuduh menuduh menjelang tarikh pembubaran parlimen ini.
Ada baiknya kita letakkan ketaksuban kepada
sesuatu ke tepi dan membuka buku ini untuk menilai semula pendirian kita lantas
berfikir. Di mana kedudukan kita
sebenarnya.
Selamat Membaca dan Selamat Membubar.
No comments:
Post a Comment