Nak claim dengan AD,...erk income tax. |
Persoalannya,
apakah hidup ini penuh dengan dugaan dan kesusahan sehingga tiada ruang untuk
bergembira? Penulis menghadirkan watak
Roy sebagai pengubat lara watak utama.
Roy digambarkan manusia kecundang yang berpengaruh dengan caranya
sendiri. Perhatikan ulas-ulas kata yang
terkeluar dari cakapan-cakapan Roy.
Mungkin
akal kita memikirkan, apa hendak dipakai bicara orang lalok? Banyak repek dari bernasnya, tapi watak Roy
digambarkan sebaliknya. Roy mewakili
pemikiran manusia yang ‘nampak’ jalan tetapi tidak mengetahui caranya. Zali sebaliknya, ada kalanya lebih kepada
menjadi penurut biarpun dapat menilai baik dan buruk tetapi sering hilang arah.
Di
Angin Lalu adalah kritik sosial terhadap permasalahan Melayu sejagat. Bukan Melayu Singapura, bukan Melayu Malaysia
Indonesia atau di mana sahaja bahasa Melayu dituturkan. Ia bukan tentang bagaimana cara mengejar atau
menombak naga, bagaimana menyeludup bahan terlarang di tempat terlarang,
bagaimana meladeni hidup cara pendosa tetapi lebih daripada itu.
Ia mengajak kita berfikir jika kita merasakan
diri kita ‘baik’ kesemua yang terpapar di Angin Lalu tidak akan wujud dan hanya
akan kekal sebagai fiksyen semata-mata.
Malangnya, masalah itu wujud dan tidak dapat kita pinggirkan.
AD
Rahman menggunakan Bahasa Melayu lenggok Singapura wewenangnya. Mungkin kita sudah terbiasa dengan
karya-karya daripada Tanah Indonesia, tetapi bagi saya ini pengalaman pertama
saya menatap karya daripada Seberang Tambak. Kisah di dalamnya ditangani dengan
baik sehinggakan terasa ia dekat di hati.
Penulis bijak mencangkuk emosi pembaca dengan pautan babak demi babak
dari satu bab ke satu bab tanpa membiarkan pembaca kesesatan.
Keseluruhan,
novel ini biarpun ada kecacatan dari segi ejaan dan di tangan seorang penulis
baru seperti AD Rahman, ia boleh dijadikan rujukan untuk pengkarya lain. Ia juga boleh dijadikan oleh para pembanteras
gejala sosial sebagai rujukan dalam menyelami isi hati mereka yang terjebak di
dalam masalah-masalah sebegini. Baik
dari segi ilmu berkarya atau ilmu hidup di dalamnya, seperti pepatah Melayu
yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan teladan.
No comments:
Post a Comment