..yang bernama sahabat

Sunday, 15 March 2015

Fendy Punya Cerita



Assalamualaikum…
Semalam sempatlah aku dan keluarga ke acara Temasya Sukan Pasti Nurul Iman & Al Ghazali bertempat di Padang MBPJ Jalan Medan 32, Taman Medan Baru, Petaling Jaya. Sebenarnya, anak saudara kami, Effendy Ferdinandus dan Al Fatih Ithqan bersekolah di situ. Selain itu, aku memang seronok tengok telatah budak-budak seusia 4-6 tahun ni bersukan.


Sesampainya aje kat situ, Fendy tengah dipujuk oleh ma-nya, adik ipar aku. Dia dengan tangisan tak boleh dipisahkan.
Dah siap pakai bib warna oren sebab dia mewakili Rumah Oren. Fatih tak dapat hadir sebab demam.


Semakin nak dekat dengan acara dia, dia nampak tenang. Ketika dibawa ke padang dan diatur dia dah okay. Tak menangis dah. Cuma budak-budak belakang dia pulak pakat menangis.
  Bila start aje, tenang aje dia bawak bola ping pong tu, tapi sebab terdengar nama dia dipanggil agaknya dia dah hilang fokus. Daripada pandang ke depan, dia pandang ke tepi…hahaha…


Tapi akhirnya dia berjaya juga menyudahkannya tanpa air mata! Dapatlah tempat kelima. Aku suka pendekatan temasya ni yang memberi hadiah kepada semua, tak kira menang atau kalah. Budak-budak kadang-kadang tak kisah sangat dapat nombor berapa. Janji dapat hadiah.


Tahniah kepada ustazah2 dan ustaz serta ibu bapa yang turut serta.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget