..yang bernama sahabat

Saturday, 14 March 2015

Perjumpaan Keluarga Mat Bon di Homestay Uwan Sey




omak (depan) dengan Mak Teh Itam di pondok depan Homestay Uwan Sey kat Kg Cawas
Usai kenduri pada 7/3/2015, petang tu jugak kami bertolak balik. Niat suci murninya sebab adik ipar aku nak bawak anak-anak buahnya termasuklah Umar Bukhary dan Amirul Izzuddin, tengok bola, PDRM lawan Selangor. (The Corps tewas 4-1 kepada Red Giants).

Sebab dah janji dengan anak-anak almarhum Mak Ngah Bedah yang berkampung di rumah Mak Teh di Kg Cawas (sebut : Caweh) maka, tiga kereta yang mengisi keluarga aku dengan Ham, kereta Ina yang bawak omak dengan abah dan kereta Li satu keluarga, singgahlah dulu di sana.

Rupa-rupanya mereka dah merancang barbeque jenahak, udang dan all those seafood yang menggoda jiwa dan sukma. Di samping dodol cair yang mengeluarkan seluruh air dari tubuh pengacau-pengacau sehingga ke titisan air yang terakhir…hehehe. Lead dia, of course la Mak Teh Itam!
Gathering mereka ni mengilhamkan sesuatu untuk aku agar mendokumentasikan salasilah keluarga Mat Bon yang dah sampai ke generasi keempat ini. Bergerak ke entri seterusnya.

*Mak Ngah Bedah (al fatihah) adalah adik omak yang kedua.
*Mak Teh Itam a.k.a Zawiyah adalah adik omak yang ketiga.
*Ina, Ham dan Li adalah adik-adik suami aku – ranking, 2,3,4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget