BUMI perbukitan
Bentong masih lena diseliputi kabus ketika teksi disewa mak dan abah sampai di
depan sekolah. Padang menghijau menyambut kami di sebelah
kiri. Di sebelah kanan terdiri agam
dewan besar yang disambungkan ke bangunan utama pentadbiran dan bangunan
sekolah dengan trek pejalan kaki berbumbung.
Di seberang jalan,
saujana mata memandang kehijauan membungkus bukit umpama banjaran berjajar tiga
beradik. Di bukit yang tengah, kelihatan
seperti pintu gua, tidak berpokok. Jika
ditenung lama-lama menimbulkan seram.
Tiada yang
berubahpun. Pakaian seragam masih
sama. Bezanya kasut sekolah berwarna
hitam. Apa rasionalnya, akupun tak tahu. Aku membawa fail peribadi menuju ke meja
pendaftaran bertulis, pengurusan pejabat.
PPJ. Basa-basi ucapan selamat
datang daripada kakak senior yang teruja mendapat bacuk mengisi kemahiran
membuli mereka!
Kemudian, kami
(aku dan kakak senior) berjalan kaki.
Pemandangan pelik bagi mataku.
Bukan sahaja kedapatan bangunan sekolah. Tetapi terdapat bangunan lain
yang didirikan berasingan. Paling
berdekatan dengan jalan raya ialah bangunan bertulis Bengkel Elektronik.
“Tu aspura. Itu dewan makan, surau dan sebelah dewan
makan tu asrama puteri!”
Kakak senior yang tertulis nama
‘Haslina’ di tudungnya itu menerangkan. Mak
ai! Jauhnya. Kenapa tak buat asrama
puteri di bandar Bentong! Tetapi,
tidaklah aku lahirkan protesku. Nampak
berlagak. Tak sampai beberapa minit dah
berlagak, pasti kakak senior itu akan mengecam aku dunia akhirat!
gambar aku 'curik' dari group - tuan tanah x taw fasal dia x like page aku = ahaks |
Perkarangan
asrama puteri masih lengang. Hanya ada
beberapa orang pelajar perempuan (yang aku agak senior) menyambut kami. Seorang guru perempuan berada bersama mereka. Usai mendaftar dan berbasa basi, aku dibawa
pula mengheret beg. Menaiki tangga
sebelah luar. Memanjat sehingga ke
tingkat lima . Dari tingkat lima , aku dimaklumkan bahawa beberapa buah
rumah yang kelihatan di belakang bukit itu adalah rumah kakitangan dan rumah
pengetua.
Aku
percaya, selepas dua tahun di sekolah ini, aku memang mampu mengekalkan
potongan peragawatiku. (feewit!) Manakan
tidak. Dormitari di tingkat lima . Dari aspuri ke blok bangunan sekolah perlu
memanjat tangga. Melainkan melalui jalan menurun di depan aspura (argh! Aku tak
sanggup!) kelas pula di tingkat satu. Aku percaya, mereka memang sengaja mereka
bentuk landskap sekolah sebegini semata-mata untuk mengujiku.
Emak
meninggalkan aku dengan linangan air mata.
Aku sambut linangan air mata emak dengan lambaian. Lambaian kebebasan. Aku tidak perlu mendengar leteran emak
lagi. Aku bebas mahu berutus surat cinta dengan siapa
sahaja yang aku mahu. (kalau mahu) Aku melihat asap daripada buntut teksi sewa
itu bagaikan ais kering mengiringi persembahan aku yang sedang mendendang lagu
bahagia. Lagu-lagu yang menerbangkan aku
ke angkasa. Bebas.
Aku ditempatkan di
dorm F5. Blok F bernombor 5. ada satu lagi dorm yang bertentangan iaitu F4
yang juga kosong. Memang dibiarkan
berhantu sementara menunggu kedatangan junior, bisik seorang senior yang aku
lupa namanya. Menjelang tengahari,
dormitari itu dipenuhi.
Mula-mula masuk
Ismawati Ismail. Anak Selangor
bermastautin di bumi Selayang. Berkulit
putih melepak, dengan rambut pendek,
bila bercakap pasti tangannya melurut rambutnya. Bermata sepet kusangkakan berbangsa
Cina. Diikuti oleh Rafidah Rasid, dari
Selangor juga. Bila disebut sahaja
Puchong, aku hanya membayangkan buaya puchong yang kini setia menetap di muzium
negara replikanya. Gadis bertahi lalat,
kecil molek dan kulitnya hitam manis.
Bicaranya laju
selaju tren LRT. Dia menetap di katil
atas yang membawa malang
pada hari-hari awal kedatangannya ke situ.
Loceng asrama berwarna merah betul-betul di atas kepalanya bairpun di
sebelah luar. Apabila siren kedengaran
sebelum subuh, dia akan terjaga. Bangun
dan terus berdiri. Berjalan ke depan dan
dumm.
Adegan yang tak sanggup aku nak tengok.
Menghentam simen pembahagi siling!
Teman-teman awal lain ialah Roszana Abu Salam,
Hayati Mohd Nor dan Norhairiah Abu Hani.
Ketiga-tiga mereka sedaerah berlain mukim denganku. Ketiga-tiganya pelajar terbaik SRP Sek Men Keb
Jenderak Utara. Sebelum itu pernah aku
bertembung dengan Roszana atau Kak Anne dalam pertandingan kuiz agama Islam
peringkat daerah di Sek Men Dato Bahaman, Lanchang. Di situ juga, aku berkenalan dengan Zaki. Begitulah sehingga penuh dormitari kami
dengan nama-nama ini yang tertampal di dinding selain nama tadi:
Zaliza Karim Liza
Asmawati Ismail Asma’ (dia ada linkage dengan kakak senior bernama
Rozita Ismail, so senior lain tak berani usik dia!)
Asmawati Nong Zali Semoh (dia bengang
betul kami gelarkan dia begini)
Sh. Zanariah Syed Mohamad Zana
Lily Safura Ali Lily (ketua dorm)
Zuhaizah Kak Zue
Che Zainoraini Che Ahmad Che Nor
Fazelina Isa Yoyo
(yg ni paling glamour, outspoken – kakak-
kakak senior suka buli
dan memang suka dia!)
Zuhaila Ahmad Angah
Zuraini Osman Anis
Zuhana Farha Zulkifly Zuhana
Rosmina Jaafar Na
Haseena Seena (dak Hippies)
Mulanya seramai
itu, kemudian entah kenapa, dihijrahkan sebahagian daripada mereka ke dorm-dorm
lain dan tinggallah dua puak di dalam dorm itu.
puak aku dan puak Lily. Walaupun
kami berpuak, puak kami cuma wujud ketika mencampuri gerombolan ke dewan makan
atau acara-acara lain. Selebihnya, kami
bersama kerana masing-masing berbilang kelas.
Seminggu
di aspuri, setiap malam aku mendengar tangisan.
Sungguh, dengan bangganya aku mengumumkan, tiada setitik air mata gatal
pun gugur sepanjang minggu orientasi berlangsung. Malah ketika Kak Aleeya, salah seorang exco
merangkap senior dimaki setiap junior di dalam hati, aku mengaguminya. Agaknya diapun terperanjat apabila membaca
kertas undian ‘ kakak senior yg paling saya suka’ – aku letakkan namanya.
Nyatakan
sahaja bentuk-bentuk pembulian mesra alam yang dirangka oleh Aleeya n The
Gang. Tiup kipas, tiup lampu, melastik,
membasuh, menyanyi, menari, tetapi hanya itu.
kerana selepas itu tiada laporan akhbar mengatakan junior SMVB didera!
Tetapi, malam
penutup orientasi memang menderaku. Aku
benci! Aku benci! Cikgu Sharifah, guru
kelas kami baru sahaja menandatangani buku kedatangan mengajar di sekolah itu. segar bugar keluaran maktab. Diajarnya kami lagu ‘penyair dari gunung’ di
dalam bilik trengkas. Cikgu sharifah
bertudung ikat belakang, ataupun tudung bersilang sangat bergaya dengan kasut
senada warna baju.
Begitupun, aku
tetap bencikan malam penutup orientasi.
Benci! Benci! Kalau tidak kerana malam penutup itu,
tidaklah aku bertembung dengan dia. Huh!
Menyampah sungguh!
nipun aku curik dari page group - tuan tanah x tahu gak, fasal dia x like page aku... |
SAHABAT-SAHABAT, AKU ANAK VOKEY TELAH DISIAPKAN DALAM BENTUK NOVELLA, NANTIKAN AKHIR APRIL INI. AKU POSTKAN DI SINI.
ooo aleeya...baru aku tau ko kaki buli yee...ini mesti liza, azura n the gang terlibat sama..
ReplyDeleteoppss..ampun. Kak Leeya la senior paling baik...
ReplyDeleteakak baru baca dik.......terharu sob..sob..sob...
ReplyDeletesbb mona laa satu2 nya suka akak....
bukan junior jea yg nyampah kt akak...senior pun...cakap akak over haha
akak hanya menjalankan tugas...hakss!!
lagi terharu sbb mona sudi jadikan akak kakak angkat....
sob..sob (lagi)
tok4, ni keje aku seorg jea...sambil dibantu idea oleh senior2 yg lain...
kenangan manis....
ReplyDelete