Tiba-tiba Che’ jadi cengil dalam dua tiga bab yang
lepas. Macam hilang identiti la plak.
Okey, ayuhlah kita kembali ke jalan yang lurus dan benar
serta diredhai….
Kita terus menelusuri terowong ilmu, susur masuk ke topic
yang lebih serius. (kendurkan senyuman
dan fokus!)
Che’ rasa Che’ akan bahagikan tajuk ini kepada 3
episod. Sebab Che’Mon rasa perbincangan
ini akan jadi menjela-jela. Ainon Mohd
(2011) sahaja bercerita hampir 10 bab dalam bab PLOT ni.
KENAPA? Sebab plot
menjadi ‘nyawa’ cerita. Watak handsome
nak gila, antagonis ganas tahap Yahudi Zionis jadi hambar kalau cerita ntah
apa-apa. Ke darat tak sampai ke bukit,
ke laut tak jumpa pulau….
Senang cerita, penulis baru sentiasa bayangkan jalan cerita
dalam drama atau filem untuk mudahkan serapan ilmu tentang topik PLOT ni. Teknikalnya lain tapi berpandangan jauh la
sikit. Mana tahu, kedebum! Tiba-tiba ada penerbit drama telefon nak
filemkan/dramakan karya kita macam Suami Aku Ustaz (Hannah Dhaniyal 2012)
Sharif Shaary, Rahman Shaari, Mohd Rosli (2011) menjelaskan
plot ialah:
-
rantaian cerita/peristiwa berasaskan logik sebab dan
akibat
-
mesti kait/mengait, ada permulaan, konflik dan
peleraian
-
paling asaslah tu : permulaan, konflik dan peleraian
(ada gak cerita tanpa peleraian kukuh tapi biasanya cerita adaptasi macam Life
of The Pi (Yann Martel, 2001)
asasnya : PERMULAAN/PENGENALAN
diletakkan di pangkal plot /memperkenalkan watak/latar
*tema tak boleh diperkenalkan – ia
hidup sendiri bersama cerita.
PERTENGAHAN/KONFLIK bergerak dgn pengembangan konflik/klimaks
PELERAIAN
– di akhir cerita sama ada solusi ataupun tergantung sebagai hook untuk tarik
pembaca baca cerita seterusnya * kalau nak buat trilogi…forlogi atau filogi (3,
4,5) *bahasa ni tak ada dalam kamus.
Sila abaikan.
Paling mudah untuk memahami elemen
‘rentetan cerita berasaskan logik sebab dan akibat, kita boleh rujuk daripada
naskhah-naskhah filem P. Ramlee.
(Kita sedang bincang pasal
plot/bukan kajian kes filem ya!) tapi plot ada dalam filem, drama, novel,
cerpen, certot, cerkon dan dlm apa juga naskhah karya kreatif lebih daripada
500 perkataan.
Che’ Mon ambil cth 3 Abdul la ye:
Faktor sebab & akibat:
Sebab - stress
dengan anak-anak/sakit jantung
Akibat - Ismet Ulam
Raja mati (hello…ajal maut tangan Allah tapi kita bicara dalam konteks karya…)
Sebab _ Ismet Ulam
Raja mati
Akibat - 2 dol jadi
tamak nak bolot harta
Sebab - 2 dol jadi
tamak nak bolot harta
Akibat - satu dol
sudah merajuk (hamba akan pulang…pulang dengan membawa kemenangan…kata adik
dol)
Sebab - satu dol
sudah merajuk
Akibat - sillaturrahmi
putus
Sebab - sillaturrahmi
putus
Akibat - adik dol dah
tak pedulikan 2 dol yang kemudiannya jadi lembu – sampai kena jual 2000 dirham
dekat Hussien Lampoyang pun dia biarkan…
Begitulah lebih kurang… wallah hu
alam
gambar 3 Abdul : hanakura-blogspot
No comments:
Post a Comment