..yang bernama sahabat

Tuesday, 5 February 2013

Mbak, kamu novelis ya?


Teruja?
Bodohlah kalau saya katakan saya tidak teruja.   
http://kavyan.blogspot.com/2013/02/baca-cerpen-kavyan-2012.html


maklumat-maklumat ini penting buat perkembangan kerjaya saya sebagai penulis. Penuliskah saya?  saya pernah ditanya seorang penulis tersohor 'akak ni penulis novel ke?'  atau dalam bahasa Indonesianya, "mbak, kamu novelis ya?' apa perasaan anda (yang menulis) kalau ditanya begitu?

biarpun hati sedikit tersentap, pertanyaannya itu merupakan panggilan hormat @ courtesy call untuk saya berlari dengan lebih pantas lagi.  bukan masa untuk menangisi waktu-waktu yang tercicir 17 tahun lepas.  Inilah antara tongkat-tongkat tempat saya menahan semangat yang kadang-kadang rimpuh.  

bukan Monalita Mansor, namanya kalau masih duduk menongkat lutut di muka pintu membicarakan sejarah yang langsung tidak dihargai.  saya akan terus bangkit bersama semangat teman-teman lain.  Semoga kekuatan ini tidak berderai di tengah jalan.  

hari ini, saya mengisytiharkan saya Monalita Mansor bukan novelis, cerpenis, tetapi PENULIS.  Saya mahu menulis mengenai apa sahaja.  Apa sahaja.

2 comments:

  1. Yes! macam tulah! Semoga terus berjaya!

    kalau ada orang ajukan soalan yg sama kat saya mesti saya akan tersenyum2 je.

    ReplyDelete
  2. hA..HA.. skang dah tak rasa apa dah Jue. rasa nak terus menulis saja. x mow toleh ke belakang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...