Assalamualaikum,
Kemaafan kerana tiba-tiba menjarakkan diri daripada blog
ini, terkekang dengan garis-garis mati yang setiap minggu mengejar. Lalu Che’ Mon harus berlaku adil dengan
meletakkan keutamaan di tempatnya.
Che’ Mon bawakan topik latar
Sharif Shaary, Rahman Shaari dan Mohd Rosli Salidin (2012)
mendefinisikan latar sebagai:-
-
penerangan mengenai waktu/ruang/suasana terjadinya
sesuatu peristiwa dalam karya
-
agen pengaktif yang mengembangkan watak, tema,
persoalan dan plot cth:-
watak sedang makan. Sambil makan dia/mereka bercakap, pembaca
harus diberitahu watak itu sedang makan DI MANA seterusnya menerangkan APA yang
dibincangkan, di samping menceritakan APA yang berlaku di SEKITAR tempat yang
dinamakan DI MANA sebentar tadi.
Mereka membahagikan latar kepada empat bahagian:
Tempat -
prinsip MANA/WHERE
Masa - prinsip BILA/WHEN
Suasana -
prinsip BAGAIMANA/HOW
Masyarakat - prinsip APA/WHAT
Dr. Othman Puteh (2002)
menghuraikan latar merujuk semula kepada
3 persoalan iaitu
apa – peristiwa,
mana – ruang/tempat dan
bila – waktu.
Beliau menegaskan pemilihan latar adalah berdasarkan watak
serta jenis plot.
Adegan atau perlukisan latak perlu digarap sehingga
menimbulkan kesan rangsang yang tinggi.
Bermakna ia perlu ditulis secara detail mengenai dimensinya yang
spesifik. Bantuan lain seperti
geografi/tempat/status, kepercayaan dan kehidupan sosial watak akan lebih
menyakinkan khalayak pembaca tentang watak dan latar.
Penulis dinasihatkan menggunakan latar yang paling dekat
dengan dirinya. Jangan menggunakan latar
asing tanpa ilmu dan daya kreatif yang tinggi kerana ia akan mengelirukan
pembaca.
Fungsi Latar
Ia bertindak sebagai maklumat situasi atau kadang-kadang
menjadi kiasan/perbandingan terhadap suasana emosi. Cth: Umpamanya gambaran langit yang terang
gemilang bagai hatiku yang senang
Latar juga boleh juga dilukiskan berkontras dengan emosi
watak untuk mencantikkan cerita cth: langit terang gemilang tidak dapat
mengubat hatiku yang rawan.
Penulis seboleh-bolehnya dapat menulis/bercerita mengenai
latar sehingga boleh menimbulkan kesan visual buat pembaca. Tetapi harus diingat, pilihan latar itu
mestilah relevan dan bertepatan dengan lokasi.
Jangan bercerita tentang latar rumah nelayan tetapi isi rumahnya
menggunakan konsep dekor ala Inggeris!
Perincian latar biasanya boleh diperolehi melalui
pengalaman, khayalan, rasa cemas ataupun melihat keindahan alam itu
sendiri. Bagaimanapun, semasa merancang
latar, pastikan ia seimbang dan rasional.
Tidak melompat-lompat. Misalnya
latar rumah nelayan terus ke lapangan terbang tanpa ‘cerita’ Tiada panduan
khusu untuk meletakkan sebanyak mana latar dalam karya. Begitupun, penulis dinasihatkan agar
menghindarkan latar yang sama untuk mengelakkan stereotaip.
Ainon Mohd (2011) berdasarkan teori Surah Yusuf mengungkapkan
karya yang baik tidak membutuhkan latar.
Ia hanyalah opsyenal dan bukan wajib.
Kebaikan teori ini ialah, penulis bebas bergerak dalam ruang
penulisan kerana ia bebas waktu dan bebas ruang dan tidak perlu memperincikan
hal-hal mengenai latar. Baginya kisah
indah tanpa latar ruang, latar waktu adalah karya yang akan kekal relevan
sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment