Izzie atau Ungku Izzaidah, sesuai la pulak dengan dirinya. Keturunan bangsawan dan seleranya tidak terarah kepada lelaki Melayu tapi aku tak ceritakan kenapa. Tak perlulah cerita kalau setakat nak memburukkan lelaki-lelaki Melayu di luar sana. Lelaki, tak kira apa bangsa, kalau dah jahat, jahat juga. Perempuan pun begitu.
Sebab tu lah dalam ayat Quran ada disebutkan tentang puak-puak yang sengaja Allah jadikan supaya hidup aman damai tapi lain pulak jadinya disebabkan campur tangan syaitan.
Izzie terpisah dengan Hidayati selepas habis belajar walaupun sebenarnya mereka kawan baik. Zaman pop yeh-yeh dulu mana ada kemudahan facebook atau laman sosial nak uruskan alumni. Aku nipun anak yang buatkan akaun masa dalam pantang dulu. Kalau tak, sampai ke sudahlah tak berjumpa kawan-kawan lama. (eh ini cerita aku ke cerita Izzie)
Mereka berjumpa semula semasa di sekolah sebab Izzie nak menyaman keluarga Hidayati disebabkan oleh Zaweeya. Apa yang dibuat dek Yaya ni lagi? Ya Allah. Memang pening mama Yatt dibuatnya. Tapi aku gambarkan Izzie memang kerek. Masa mula-mula bertemu dengan Pengetua, haram tak ada sepatah bahasa Melayu pun digunakannya. Teramatlah kereknya yek.
“SAYA tak kira. Saya tak mahu terima apapun alasan
cikgu.” Wanita anggun yang baru sahaja
menanggalkan kaca mata hitam dengan perkataan CK di bingkainya itu bersuara.
Dalam bahasa Inggeris dan dalam
loghat England Utara yang sangat pekat.
Puan Pengetua sedaya upaya bersangka baik. Membuang rasa meluatnya. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi tidak
berapa empuk di dalam bilik Puan Salbiah itu.
Kipas dari sutera China yang dibelinya juga di negara paksi komunis itu
dikeluarkan. Biarpun kedinginan udara
dari pendingin hawa di atas kepala Puan Salbiah itu baru sahaja menyapanya.
Watak Izzie ini aku gubah daripada watak seorang wanita yang aku temui di sekolah anak-anak satu ketika dahulu. Tak aku nafikan, memang aku meluat tahap gaban, tapi aku salurkan rasa meluat aku tu dengan cara yang betul. Taraaaa...
No comments:
Post a Comment