Tak habis-habis bercerita tentang mengedit lagi. Kenapa asal nak mengedit je, nak tidur, asal nak mengedit je nak tidur. Asal nak tidur je, mengedit? Memang mengantuk kerja ni. Jenuh ditongkat-tongkat mata, mulut pula menggoda-goda. Menguap tak ingat.
Begitupun, semangat telah kembali alhamdulillah. Kecapi yang tajuk asalnya Pawaka di Matamu akan aku edit perlahan-lahan. Biarlah mengambil masapun. Aku ingin menikmati keseronokan mengedit sambil menyiapkan proposal yang saya aku rasa semakin perlu jika ingin berkarya secara serius.
Ini bab 1 yang dah aku siapkan, sebahagiannya.
BAB 1
DAMIA FARHANA
RUMAH teres setingkat itu bagaikan tersenyum dan mengalu-alukan
kehadirannya. Damia menarik beg troli
yang hanya sempat diisi pakaiannya sahaja.
Barangan lain ditinggalkan terus.
Maimon Haiza, sedang berdiri di muka pintu. Tersenyum manis menyambut kedatangan Damia
Farhana. Berseri-seri wajah bak disimbah
cahaya purnama. Maimon terus sahaja
menunjukkan bilik kedua yang telah disiapkan seadanya.
“Betul ke Kak Mai tak kisah ni?” tanya Damia masih ragu-ragu.
Terbedik-bedik matanya merenung Maimon bagai memohon
simpati. Pertanyaan yang sama diulangi semenjak
seminggu yang lalu. Biarpun berakad
mulut sebagai penyewa, Maimon Haiza, pegawai atasannya itu menolak sebarang
bayaran.
“Betul. Akak lagi suka Mia duduk di sini. Sekurang-kurangnya tak adalah akak bercakap
dengan ikan puyu aje,” seloroh
Maimon.
Telunjuknya mengarah kepada akuarium kecil yang
terletak di atas almari tempat kasut.
Seekor ikan puyu sedang berenang-renang santai. Puyu itu juga mungkin kehairanan melihat
kehidupan tuannya itu. Sendiri, sunyi
dan sepi.
“Mia minta maaf, Kak Mai. Bila keadaan dah reda nanti, Mia keluar dari
rumah akak. Mia janji.” Damia menggenggam tangan Maimon.
“Mia, tak payah berjanji-janji. Duduk aje.
Akak tak kisah.” Maimon
meyakinkan.
Bimbang kalau Damia merasakan dia tidak
ikhlas. Damia pula bimbang kalau Maimon
merasakan dia tidak ikhlas. Maka
perasaan menduga-duga keikhlasan bersenandung di dalam jiwa masing-masing. Walhal, Damia memang betul-betul terdesak
ketika ini. Dia memang tidak mahu
menunggu lama di rumah itu. Biarpun
rumah itu didiami keluarganya. Ibu dan bapa.
No comments:
Post a Comment