Kawan aku, Ain menggambarkan Hidayati Jamil, mama Zareema, Zaweeya dan Zakeeya sebagai sebahagian daripada dirinya. Memanglah. Emak mana yang tak poning kalau dapat anak dara macam Zaweeya tu. Aduhai.
Hidayati, adalah sebahagian daripada diri aku, diri mama-mama di luar sana dan diri ibu idaman tiap anak-anak. Ibu Transformer. Ada masanya menjadi Naga Tasik Cini bercantum dengan Ular Saktimuna. Ada ketikanya, dia ibu yang blur yang dibuli oleh Yaya dan rakan-rakannya. Ada ketikanya dialah penyejuk hati di kala anak-anak berduka.
“Biarkan
dia, Budik,” kata Hidayati
pula. Mendengar suara mamanya yang
berbaur ancaman, Yaya bingkas bangun.
Mengemaskan tudung di kepala dan menjadi orang pertama yang berlegar di
sekitar kereta papanya. Menunggu kunci
kereta dibuka.
“Mama jangan lupa telefon pengetua. Yaya tak nak menipu dengan dia. Berdosa.
Tak mahu! Tak mahu.” Zaweeya
menggoyangkan telunjuknya.
Hidayati ketawa kecil. Dalam pada itu, sedikit kerisauan menapak jua
di hati. Amatlah tidak berpatutan apa
yang dilakukan pada hari ini. Tetapi, dikeraskan
hati, dia memang tidak sanggup melihat majalah-majalah kesayangannya itu
menjadi kertas kitar semula walaupun niatnya suci untuk menyelamatkan alam
semesta.
“Tak sempatlah. Mama aku tak benarkan kami usik komputerpun
semalam. Telefonpun dia ambil,” Zaweeya menerangkan dengan suara separuh
sedih.
Bagaikan kehilangan dunia kerana
tidak dibenarkan menyentuh gajet-gajet itu.
Kesemuanya dikuarantin. Oleh siapa
lagi kalau bukan mamanya! Komputer, kad Astro, telefon bimbit. Dikunci Hidayati di dalam peti besi berkod
yang hanya boleh dibuka James Bond.
No comments:
Post a Comment