KATAK TUJUH KETURUNAN
“
|
AWAK minat merempit?” dia mengangguk. Matanya yang layu, bercahaya.
“Setakat
ni, berapa laju boleh lari? Kalau 150
awak boleh layan sampai berapa?”
soalku.
dppbtr.wordpress.com |
Merapatkan
diri padanya dan menepuk-nepuk bahu pelajar lelaki itu. Dia memberikan skalanya. Para pelajar
lelaki memberikan semangat dengan tepukan dan sorakan. Aku mengangguk-angguk. Membuat anggaran. Memang mat rempit sejati.
“Dekat
sini, awak ambil kursus apa?”
“Elektrik.”
“Minat
merempit kenapa ambil Elektrik?”
“Mak
tak bagi. Nanti takut mati katak.”
“Kalau
mak dah doakan. Bukan awak aja. Katak dengan mak-mak katak serta 7
keturunannyapun mati,” Kata-kataku disambut ketawa lagi.
“Beritahu cikgu awak, tukar ke
kursus auto!” aku memuktamadkan.
Tanganku
hulurkan dengan janji, iPad yang aku janjikan akan sampai selepas majlis ini
tamat. Aku libat sinar matanya, cerlang
dan membahagiakan.
“Tahu tak kenapa saya suruh dia
tukar kursus? Walaupun nanti mak dia
marah?” Tanyaku.
Tiada
jawapan secara jelas. Cuma dengung dan
riuh kumbang jantan dan betina kedengaran.
Aku bergerak ke depan pentas.
Menghala ke arah pelajar perempuan.
“Kalau
awak suka kat si dia tu? Apa awak buat?
contoh ya. Saya bukan nak
galakkan awak ber’couple’. Saya bagi contoh,” ibu jariku aku halakan kepada seorang pelajar
lelaki yang duduk di kerusi paling kanan dan paling depan. Pelajar perempuan itu bangun dengan pipi
gebunya digemburkan dengan rona memerah.
Boo berkumandang lagi.
“Selalu mesej. Kalau boleh siang
malam nak tengok muka dia aja. ” Dewan
terus hingar. Sorak menyorak berlaku di
antara pelajar lelaki dan perempuan.
Menjadikan dewan terus bingar dan hangat.
“Ya.
Begitu juga kalau awak semua menekuni apa yang awak minat. Perkara tu, dah tak jadi minat. Dia dah jadi cinta. Bila kita ada kecintaan pada sesuatu perkara,
segala yang buruk kita akan letak ke tepi.
Semuanya akan jadi positif.
Semuanya nampak baik. Kita
sanggup buat apa saja untuk pastikan matlamat kita tercapai dengan cinta
tu. Kentutpun wangi, betul tak?”
“Betul!!!” dewan bergema.
“Kalau awak suka merempit, awak masuk kelas elektrik buat
apa? Masuk kelas automotif. Curahkan kecintaan awak di situ. Awak nak bertunggu-tangga dalam bengkel
setiap saatpun tak ada orang marah…” Aku
meneruskan langkah dan terhenti di antara dua kelompok itu. Betul-betul di atas garisan pembahagi
gelanggang badminton. “Kalau kita dah suka, semuanya akan jadi
mudah.” Aku mengambil nafas sebelum
menyambung. “Sekarang, saya mahu awak semua tutup mata sekejap. Saya
nak awak bayangkan apa awak akan jadi 10 tahun dari sekarang…” Aku tersenyum
melihat kesungguhan mereka memejamkan mata.
“Sekarang, fikirkan, apakah kursus yang awak semua ambil sekarang dapat
membawa awak semua kepada apa yang awak impikan…”
Agh!
Aku sudah mengalahkan pakar motivasi.
Padahal semasa aku seusia ini, aku tidak terfikirkan ini semua. Yang aku fikirkan, kecintaan yang mendalam
terhadap enjin. Niat untuk membuka sebuah
bengkel kereta di setinggan kelahiranku
Niat untuk membantu jiran-jiran pekan sekitarku yang selama ini
bergantung dengan bengkel dimiliki orang Cina sahaja.
Tidaklah aku katakan ia tidak bagus
untuk masyarakat pekan kelahiranku. Cuma
aku membayangkan kesukaran dihadapi umat Melayu pada hari-hari perayaan besar
kaum Cina. Aku bercita-cita untuk
mengubah senario itu. Tekad itu aku
tanam di dalam hati. Lebih-lebih lagi
apabila bertembung pandang dengan mata emak yang teduh. Ketika itu belum terfikir untuk mengubah
nasib bangsa atau keluarga.
“Itulah matlamat utama penubuhan
institusi pendidikan berasaskan teknikal.
Tiada istilah terpaksa dalam pelajaran seperti kita terpaksa lulus SPM
untuk masuk universiti. Kalau sudah
berkemahiran, ilmu itu sudah duduk di sini,”
Aku menujah dada sendiri. “Berkelanalah
ke manapun, awak semua tak akan sesat.” Barulah
aku membuka topik asal ucapanku. Barulah
aku naik semula ke pentas dan membuka teks ucapanku, yang aku pendekkan.
“Saya
tak nafikan, pendidikan konvensional penting.
Tetapi ia cuma menjadi nilai tambah.
Macam kita order KFC. Hidangan
utama adalah snack plate, yang lain-lain tu, cheesy wedges, fun fries, adalah sampingan sahaja. Tak ada pun, snack plate masih boleh
diratah macam tu sahaja.” Aku berjeda,
kemudian menyambung “Apabila awak semua berada di dunia realiti pekerjaan,
kecekapan dan kemahiran masih jadi penentu kepada perjalanan karier awak
semua.”
“Dato, saya nak berikan ni pada
dato’” Aku masih berbasa-basi dengan
beberapa orang guru yang juga bekas guruku di trek pejalan kaki berhampiran
bilik guru. Para
pelajar sudah dibubarkan dan dilepaskan ke kelas masing-masing. Aku mengamati wajah pelajar perempuan
itu. Lentik bulu mata dan mungil
bibirnya mengimbas wajah seseorang. Aku
tersenyum menyambutnya. Sangkaku dia
ingin memberi hadiah sebagai tanda penghargaan.
Sangkaanku meleset. Sebuah buku
folio bersaiz buku tulis sekolah dihulurkan.
Kaget dan teragak-agak aku menyambutnya.
Cikgu Ramli di sebelahku menjengah.
“Apa tu?” tanyanya menggaru-garu
bawah hidungnya. Kemudian pandangannya
beralih kepada pelajar tersebut. Buku
bersampul plastik jernih itu kelihatannya terlalu uzur. Cuma plastik itulah yang melindunginya.
‘Kenangan kita, pengalaman bersama.’ Aku membaca catatan di kulitnya itu. bertulis tangan di atas kertas putih dan
ditampalkan ke situ. Aku pernah
mendengar ucapan ini. Banyak kali.
No comments:
Post a Comment