SEKANGKANG ITIK
“
|
Ala, tak tahu
sudahlah..kecohlah kau..” aku
ternampak-nampak seorang pelajar perempuan yang berperawakan agak kasar,
berkulit hitam manis. Tidak tinggi benar
tetapi suaranya meninggi. Agak-agakku
boleh mencecah ke besi penahan kilat di atas bumbung bengkel elektrik dan
elektronik di depan kami sekarang.
encikrezablogspot.com |
“Itu
moto dorm kitorang. Tanda satu hati kami dengan senior,” tokok
temannya yang lebih kurang,
lebih sedikit seperti dia juga. Bezanya dia berkulit putih.
“Aku tahulah. Itu senikata lagu…kenangan kita, pengalaman
bersama...kumpulan Kafilah yang nyanyi.”
Aku serahkan kedua-dua beg plastik berlogo pasar raya Tong Foong itu ke
tangan Shaani dan Fazilah, sebaik sahaja menghampiri simpang masuk ke asrama
putera. Perbualan bermula di bandar
Bentong ketika menunggu bas menghala ke Kuala
Lumpur .
Perbualan yang jika diamati, bagai mahu memulakan perang sabil!
“Ala …hantarlah sampai
aspuri…” pujuk Shaani. Suaranya memetir diiringi
penumbuknya yang sempat singgah di
bahuku. Aduh mak! Kenapalah ganas benar
perempuan ni. Kalau aku turutkan sampai
ke aspuri, mahu lebam bahu aku ni.
Seperkara lagi, tidak putuskah urat lehernya menjerit sebegitu.
“Ha’ah. Bukan jauh benar, sekangkang itik aja…” ujar Fazilah sambil ketawa terkekeh-kekeh.
“Ha, itik kau jangan sebut ya. Kau nak sebut lembu, kerbau, cik bab ke, tak apa
aku tak marah. Tapi kalau kau sebut
itik…putus sahabat!” ugutku.
Ketawa
kedua-duanya meledak. MasyaAllah. Pontianakpun seram sejuk mendengar ketawa
mereka yang melantun-lantun sampai ke kebun getah di belakang rumah tuan
pengetua, Mr Param.
“Tak naklah, aku. Nanti cikgu fikir aku nak menggatal
pula.” Aku berikan alasan sambil
menyengih. Bukan itu sebenarnya yang
ingin aku beritahukan.
Aku
segan sendiri dengan gelagat pelajar aspuri yang akan berkumpul menghurung
tingkap setiap kali pelajar lelaki melalui kawasan aspuri. Ataupun diminta masuk ke kawasan aspuri untuk
menghantar barang. Terasa bagaikan aku
sedang memperaga baju baru seperti maharaja yang benangnya polos dan
halimunan. Ngeri!
*****
“SIAPA yang bagi ni?”
“Dato’
tengoklah sendiri. Saya tolong sampaikan
amanah orang aja. Dah lama saya simpan
buku ni. Dia pesan bila saya masuk
sekolah ni, beri buku ni pada sesiapa yang ada kaitan dengan tahun 1991 selain
cikgu, Dato’ lah..” meremang bulu romaku mendengarnya.
Bagaikan wasiat
besar jutawan besi import eksport pula.
Siap sebut sesiapa yang ada kaitan dengan tahun 1991. Pelajar itu berlalu, senyum dan dengus nafas
puasnya kerana menyampaikan buku itu kedengaran.
Sebaik buku itu
dibuka sebarisan perkataan tersusun cantik menarik perhatian mataku.
Nama : Anom
Atila Ahmad Mahir
Alamat : Sekitar-sekitar sini juga
Kegemaran
: Membaca
Tarikh
Lahir :
3 September
Minuman
kegemaran : teh
Makanan
kegemaran : ayam masak merah
Artis
Kegemaran : Kumpulan Gersang, Medicine, Ilusi, Search, Wings, Alleycats
Moto
Hidup : Hidup berlandaskan realiti.
Anom
Atila. Aku cuba mengingat-ingat pemilik nama
itu. namun gagal. Nama itu tertera beserta biodata pada muka surat pertama buku itu. Ada
bekas tampalan sesuatu di atas nama itu.
Mungkin gambarnya. Aku terus
menyelak lembaran demi lembaran sambil langkahku menuruti Cikgu Ramli ke kantin
sekolah. Jamuan kecil yang tidak aku
harapkan sudah tersedia.
Dulu,
sekolah ini memang mewah dengan jamuan dan konsert-konsert. Boleh dikatakan setiap hujung bulan, ada
sahaja konsert-konsert diadakan.
Kebiasaannya selepas jamuan mega di dewan makan. Kenapa aku katakan jamuan mega, kerana
lauk-pauknya mega daripada biasa.
Terlepas juga rindu pada kari biarpun sebenarnya serbuk kari yang digunakan
sekadar cubit-cubit manja sahaja. Asal
ada, sudah.
Begitupun,
pekerja-pekerja dewan makan merupakan sahabat baik kami. Baik lelaki mahupun perempuan. Kalau bernasib lebih baik, merasa juga kami
berkenduri setin biskut sedekah daripada abang-abang pekerja di situ.
Atas
tajuk yang pelbagai, konsert-konsert tersebut diadakan dan pastilah bingit
dewan dengan tempikan irama rock keras ketika itu. paling popular tentulah lagu sejati yang
menjadi lagu wajib untuk sesiapa yang perasan suaranya seiras suara Awie.
*****
“PENUBUHAN kolej automotif dato’ dah sampai
fasa ke berapa?” soalan tuan pengetua
menggemai gegendang. Membuatkan aku
terpaksa melupakan seketika misi mengingat pemilik diari biru itu.
“insyaAllah cikgu. Dengan izinNya, dalam fasa akhir. Harap-harap tahun depan boleh buka untuk 1st
intake,” jawabku sambil menyisip
teh.
Dulu,
minuman paling popular selepas prep adalah air pili dari water heater. airnya nyaman sejuk boleh diminum terus. Tekan, nganga dan telan. Jika air panas, air panasnya memang panas
betul, sehinggakan ramai pula pelajar aspura yang menjadi chef memasak mee
segera di situ. Tetapi, tak sampai
sebulan, kemudahan tersebut menjadi tugu.
Dikerjakan oleh tangan-tangan kreatif penghuni asrama.
“Saya bangga dengan pencapaian dato’,” puji tuan pengetua. Cikgu Ramli, cikgu automotif yang pernah
berlakon dalam filem Maria Mariana itu juga mengangguk. Segak dalam lagak samseng dalam geng motor
kuasa tinggi Harley Davidson Roy Azman.
“Semuanya bermula di sekolah ni,
cikgu. Saya sayang. Sayang sangat dengan sekolah ni. Nasib saya berubah di sini,” pandanganku menyayup ke arah bengkel
automotif yang nampak bumbungnya sahaja.
Bengkel
yang bagaikan gudang kosong itu mengisi harta karun dalam lumuran minyak enjin. Harta karun berbentuk komponen-komponen enjin
yang dijajakan di atas berbilang meja di dalam bengkel itu. Mengandung azimat dunia auto dalam enjin yang
tergantung dan tersadai di tepi.
Menyimpan
kitab-kitab rahsia dunia enjin dan permotoran dalam longgokan set spana. Do dalam prototaip go-kart merangkap kereta
lumba ala-ala jentera Ferrari bertayarkan tayar kereta sorong. Terdapat
juga di dalam Proton Saga merah menyala di luar bengkel. Juga khazanah ilmu yang tersimpan di dada Cikgu
Ramli, Cikgu Saufi, Cikgu Hairi. Tak
ketinggalan khazanah di dalam kereta Cikgu Ramli!
Lengan telanjangku spontan menyentuh
diari tadi yang terletak bersebelahan cawan berisi teh tadi. Serta-merta, kerahan minda memerintah
semula. Nama itu berkawad kaki tanpa
henti di dalam cepu kepala. Aku
menggamit Aziah, pembantu peribadiku.
Meminta dia mencarikan satu nama.
“Shaari,
Suhairi, Suhaili ada, Shaani tak ada,”
selang beberapa minit dia memberikan jawapan.
Jawabnya
terpaksalah aku menyusuri laman FB dan mengetuk pintu grup alumni sekolah untuk
mendapatkan nombor telefon Shaani. Kukira,
majlis sudah berakhir dan aku mengajak Aziah untuk ke bandar Bentong. Memandangkan janji kepada pelajar tadi perlu
aku tunaikan.
“Sempatkah dato’? Petang nanti kita
ada satu lagi majlis dekat…” ujar Aziah tetapi
tidak sempat dihabiskan apabila pintasan kata-kataku mencelah perbualan.
“Sempat…” aku menyakinkan Aziah apabila aku pula yang
merancang jadual untuk hari ini.
Aku
arahkan dia ke Bentong, untuk membeli iPad dan aku menunggunya di Masjid Ketari. Masjid tempat aku bersembahyang Jumaat ketika
sekolah dahulu. Menghabiskan hari Jumaat
dengan kegiatan yang kurang berfaedah, satu ketika dulu. Masjid itu akan dipenuhi gerombolan pelajar
berbaju melayu serba putih bersamping biru turun dari bas berwarna biru
tua. Memasuki perkarangan masjid itu,
sudah banyak perubahan yang aku rasakan.
Sudah terlalu lama aku tinggalkan pendaerahan ini, rasanya.
Usai
bersolat sunat, dengan niat iktikaf, aku bersandar di satu sudut berdekatan
dengan pintu. Zohor bakal menjengah
dalam setengah jam lagi. Kukira sempat
untuk aku menjenguk seketika laman sosial grup alumni sekolah untuk mencari
Shaani. Zikir kesyukuran aku lantunkan
perlahan. Semoga segala-galanya
dipermudahkan. Aku menaip A di kolum
search dan diikuti Y. terteralah nama
yang aku kehendaki. Cepat-cepat aku
taipkan permintaanku dan memintanya menghubungi aku semula.
“Memanglah
moto tu dorm kitorang punya, tapi satu aspuri pun tahu…” beritahu Shaani ketika aku tanyakan hal
itu. selang sepuluh minit, dia
menghubungiku. Dengan pesanan supaya
menelefon semula kerana kreditnya sudah nazak.
“Kalau bukan budak dorm kau, mungkin
budak dorm lain…” kataku sebaik sahaja perkataan ‘a’ keluar dari ulas bibir Shaani.
“Budak PPJ agaknya. Kalau budak PPJ ramai dekat dorm F5 dan
F4. Shaani menceceh seorang diri. Manalah dapat aku gambarkan dorm F5 atau F4. dorm C4, aku ingatlah. “Nantilah aku tanya. Siapa namanya tadi?” soalnya kembali.
“Anom Ahmad Mahir. Kau ni, tak sampai seminit aku beritahu tadi…”
“suara kau perlahan sangatlah.”
“Takkanlah aku nak memekik dalam
masjid pulak, Shaani oi…! Aku bersuara
separa berbisik. Jemaah masjid semakin
lama semakin bertambah. Seorang lelaki
sedang mengetuk-ngetuk pembesar suara. Aku
mematikan perbualan.
No comments:
Post a Comment