..yang bernama sahabat

Monday, 1 April 2013

Sambutan Pelajar Masuk Kolej Vokasional Meningkat


JAWAPAN:  
Pendidikan aliran vokasional kini dilihat pilihan terbaik bagi pelajar yang memilih bidang itu kerana mempunyai jaminan masa depan lebih cerah.  Sambutan pelajar untuk memasuki Sekolah Menengah vokasional yang kini dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional (KV) serta Sekolah Menengah Teknik semakin meningkat setiap tahun.

                Bagi sessi persekolahan bermula Februari lalu, sebanyak 117,500 permohonan diterima berbanding 70,000 permohonan tahun lalau walaupun hanya terdapat kira-kira 20,000 tempat disediakan.
                Sambutan membanggakan itu mencerminkan keyakinan pelajar atas dorongan ibu bapa untuk memilih aliran vokasional selepas menamatkan aliran akademik peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).
                Minda ibu bapa kini juga dilihat lebih terbuka dan tidak terhad kepada pendidikan berasaskan akademik semata-mata.  Mereka memahami minat serta kesungguhan anak yang memilih program pendidikan berasaskan kemahiran.
                Silibus di KV juga berbeza berbanding sebelum ini dengan mengambil kira pencapaian pelajar berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) mengikut semester.  Kualiti bimbingan pendidikan berteraskan kemahiran menerusi gabungan teori dan latihan industri itu juga memberi kelebihan kepada pelajar kerana silibus memenuhi keperluan pasaran semasa.

Ahmad Tajudin Jab
Pengarah Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional (BPTV)
Kementerian Pelajaran

SOALAN: 
Anak saya berminat melanjutkan pelajaran di sekolah vokasional tetapi saya bimbang kerana pendidikan vokasional dikatakan masih bertaraf kelas kedua di negara ini.
Dipetik daripada BH Nasional ms 29 (2 April 2013) 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...