SATE KEMUNCUP
B
|
ELUM pun habis
lenguh kaki dengan seksaan jalan itik itu, malam selepas jemaah Isyak, kami
dikejutkan lagi dengan siren. Baru
sahaja langkah kiriku mencecah tangga terakhir tingkat lima , kami diarahkan turun. Senior Hezri yang juga ketua pengawas
bagaikan mengaum dari aras satu.
Suaranya menguak naik ke atas.
Bubar dan kecoh seisi asrama.
Semuanya buru-buru turun. Derap
kaki yang berdedai-dedai dan pantas menggemai tangga dalam dan tangga luar
asrama.
sallysangratu@blogspot.com |
“Saya tanya siapa yang buat?” Suara Senior Hezri lantang.
Di
sebelahnya Senior Azli seperti biasa mundar mandir. Semakin ke belakang, cahaya lampu dari foyer
semakin kelam. Semakin ke belakang,
tumpuan semakin hilang. Aku menyigung Faizal
yang menyangkutkan pelekatnya di bahu.
Tinggallah seluar pendek bawah lututnya tanpa dapat melindungi seluruh
kaki. Aku menjongketkan dagu kea rah Faizal.
“Entah…saja
nak cari fasal!” nada Faizal berbunyi
geram.
“Yang
si bodoh tu satu hal. Dah tahu memerut, flush la…tak fasal-fasal kita pula nak tanggung…ei, aku kalau
dapatlah si mangkuk jamban tu, memang aku sembam-sembamkan muka dia dalam lubang
tu…” suara Norman di sebelah kananku kedengaran.
“La
fasal tu aja ke?”
“Iya. Kan
aku dah cakap. Senior-senior ni semuanya
nak cari fasal. Kalau hebat sangat,
marilah ke padang …”
“Dahlah
kau Faizal, semalam kena ketuk ketampi dalam dorm tak melawanpun!” sampuk Nasir yang berdiri di belakang Norman .
“Yang
di belakang tu. Saya bercakap di
depan. Awak bercakap di belakang. Ke mari…”
Gamit Senior Hezri.
Kami
saling pandang memandang. Agh! Karut
betul senior ni. Hatiku menyumpah. Betullah kata Faizal. Sengaja mencari fasal.
“Ha..awak
lagi,” senior Azli menegur. Mesralah sangat!
“Di
sekolah lama dulu tak diajar ke. Kalau
cikgu tengah mengajar kat depan, jangan bercakap kat belakang…” Senior Hezri menyilangkan kedua-dua tangannya
di belakang badan.
“Itu kalau cikgu yang
bercakap…” terlepas suara Faizal. Kesabarannya sudah menipis dalam dinginnya
angin malam.
“Oh! Menjawab. Bagus!
Saya suka junior macam ni…” Senior
Hezri bertepuk tangan. Beberapa orang
senior berkumpul di belakang Hezri yang tegap berisi tubuhnya itu, di atas
foyer.
“Baik.
Kau!”
telunjuknya lurus ke arah Faizal.
“Pumping 50 kali. Lepas tu cabut batang kemuncut 100
helai. Saya sendiri akan kira sehelai
demi sehelai!” kata-kata Hezri disambut
tawa. Manalah mereka tahu, ketawa mereka
menambah nilaian denda buat diri mereka juga.
“Siapa suruh ketawa?” dia mendongak, hidungnya kelihatan tinggi
sambil bertanya. Senior Hezri bercekak
pinggang.
“Sebab kamu ketawa, semua kena tidur
dekat gelanggang tenis malam ni…” tambah
seorang lagi senior.
Senior yang lebih dikenali dengan panggilan
Abang Man. Keju! Semak betul!
Aku hanya mampu menyumpah di dalam hati.
Di dalam serabut itu, memikir jati diri apakah yang dapat dibentuk
dengan sessi menuai kemuncup ini agaknya.
Keperibadian bagaimanakah yang tercipta dengan menjemur kami di tengah
malam bolong di gelanggang tenis terbuka yang udara malamnya menggigit hingga
ke tulang sulbi. Kawasan sekolah ini
masih dipagari hutan. Bermakna oksigen
berada di dalam dukungan persekitaran dalam masa yang lebih lama. Oksigen yang tidak boleh dipegang tetapi
boleh dirasa dengan kesejukannya.
“…yang tiga orang ni, pumping 20 kali. Sate kemuncup 50!” perintah Abang Man. Aku melengung dan merendahkan badan.
Sate
kemuncup ya! Mahu rasanya aku berlari
naik ke foyer itu dan menggigit telinga senior-senior itu seorang demi
seorang. Kini, aku masih tersenyum
sendiri, di manakah agaknya senior-senior ini yang kemudiannya menjadi
sebahagian daripada kami. Akrab bak adik
beradik.
No comments:
Post a Comment