Assalamualaikum dan salam sejahtera. Khatam menulisnya pada tanggal 30 November 2012 setelah memulakannya pada 15 Oktober 2012. Melangkah meninggalkan 'istana' Bondaku Besan Ratu untuk memulakan tari Langgam Berkasih. Naskhah mentah belum disunting. Panas dari ladang. Jika berpinar biji mata membacanya, memang disengajakan.....
BAB EMPAT PULUH (40)
“HAMBA mohon, bebaskan hamba. Pertelingkahan ini antara tuan hamba dengan
Putera Indera Laksamana. Tiada kaitan
dengan hamba,” Kembang Dahlia terus
merayu. Mata Raja Helang Olak Lapan
memerah. Kembang Dahlia tersandar dengan
tangan terikat ke belakang di dinding gua.
Gua yang lembap dan dingin itu bergema dengan ketawa Raja Helang Olak
Lapan yang mengerikan.
”Negeri beta sudah tergadai. Kerajaan beta sudah hancur. Kalau diikutkan, tidak memadai isteri Indera
Laksamana sahaja. Sepatutnya seluruh
keluarga dan keturunannya beta rosakkan,”

