Sastera Hasanah 2 : Realiti dan Realisme
Teori sastera
realisme konvensional mengangkat pengungkapan keadaan sebenar tanpa memilih
bulu. Bermakna segala bentuk perkara
baik ataupun buruk asalkan berasaskan realiti dihalalkan untuk didokumenkan
berbanding dengan teori surah Yusuf yang menggunakan teknik penceritaan realiti
selektif. Bermakna, kisah benar itu
harus ditapis walaupun asasnya ia berdasarkan kisah benar.
Perbezaan
Antara Teori Realisme Konvensional dengan Teori Realisme Sastera Hasanah
Realisme
Konvensional
|
Realisme
Sastera Hasanah
|
Kebebasan
memilih tema – penulis mempunyai kebebasan mutlak termasuk memasukkan
unsur-unsur maksiat di dalam sastera
|
Kebebasan
memilih tema – penulis islami juga bebas memilih tema kecurangan manusia
berasaskan teori surah Yusuf.
|
Kebebasan
memilih peristiwa – penulis bebas memperincikan babak-babak teknikal sama ada
negatif atau positif dalam berkarya berasaskan tema yang dipilih.
|
Kebebasan
memilih peristiwa – penulis tidak dibenarkan menggambarkan secara teknikal proses-proses
aksi penceritaan sebagai contoh; perincian babak romantis percintaan dalam
tema cinta. Perlukisan secara detail dibolehkan untuk babak-babak kebaikan
sahaja. (babak percintaan bukan mahram ataupun babak intim suami isteri bukan
babak yang ’baik’ dan ’halal’ di dalam karya sastera hasanah.)
|
Kebebasan
memilih objek – teori realisme konvensional membenarkan objek/watak
dilukiskan secara terperinci sama ada bentuk fizikal sedia ada (bentuk tubuh,
warna rambut) atau tambahan (busana, aksesori).
|
Kebebasan
memilih objek – pengarang sastera hasanah hanya boleh memperincikan
pernyataan berkenaan watak menggunakan dialog atau menggunakan peristiwa
sebagai bukti
Sebagai contoh:
peristiwa tetamu-tetamu Zulaikha terpotong tangan kerana terpegun dengan
ketampanan Yusuf.
|
Kebebasan
memilih kosa kata – penulis konvensional dibenarkan memilih frasa sebagaimana
yang digunakan di dalam kehidupan seharian.
|
Kebebasan
memilih kosa kata – penulis sastera hasanah harus menggunakan bahasa buku
sepenuhnya di dalam berkarya. Berdasarkan teori Surah Yusuf, tiada bahasa
lucah atau bahasa pasar digunakan.
|
Ainon Mohd,
Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf, PTS Professional Sdn Bhd, 2011
No comments:
Post a Comment