Saya tak menyambung Bondaku Besan Ratu? Tidak. Saya masih menyambungnya tetapi tidak lagi dimuatnaikkan ke laman blog ini. Begitu juga dengan fragmen Pergilah Lara yang saya hentikan sehingga bab 8 sahaja. Kenapa? suka hati sayalah..(ketawa jahat)
Belajar ialah proses sepanjang hayat. Percaya atau tidak, anda harus percaya, Hari-hari baru yang kita lalui adalah guru yang kita namakan pengalaman. Maka, hargai setiap hari kita.
Buku ini mengungkap sejarah bahasa Melayu sendiri. Bermula dengan Ejaan Jawi, Sosiolinguistik, Semantik dan bab yang paling saya teruja nak baca ialah Kesusasteraan Melayu. Ia mengungkapkan genre-genre dan semua aspek dalam kesusasteraan yang cuma terungkai sedikit sahaja dalam teks kajian sastera KOMSAS anak-anak.
Tidak peduli anda penulis tersohor, suam-suam kuku, baru menulis waima sepatah ayat, atau anda seorang pembaca yang memang 'gila' membaca, buku ini harus dijadikan kitab rujukan kerana selagi kita menulis dan membaca di dalam bahasa Melayu, kita tidak boleh melarikan diri daripada mengambil tahu teras bahasa kita.
Patriotik sangatkah saya terhadap bahasa Melayu? bukan dan ya. Sekalipun saya juga menulis menggunakan bahasa rojak demi memujuk para remaja meladeni semangat suka membaca, saya masih harus berada di garis yang sepatutnya. Sebagaimana juga kehidupan beragama kita. Akhirnya harus kembali ke matlamat akhir, kesudahan baik dan buruk. semestinya kita mengharapkan kesudahan baik. begitu juga apabila karya kita dibaca, kita perlukan pembaca mendapat manfaat, bukan melalaikan semata-mata.
Di mana saya dapat buku ini? Dipinjamkan adik saya yang sedang mengikuti pengajian separuh masa Bahasa Melayu.
Jadi,
apa lagi, ilmu ada di mana-mana. Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment