Syair Teladan Yusuf nan Tampan
Terhina Zulaikha dalam
cercaan,
Aib Al Aziz seluas
lautan,
Pada Yusuf minta
lupakan,
Isteri dinasihat mohon
ampunan.
Resam manusia memang
begitu,
Hukum dijatuh sekelian
di situ,
Berdombalah mereka
tanpa silu,
Akan Zulaikha buruknya
laku.
Dendam Zulaikha bukan
kepalang,
Istana dibuka tetamu
diundang,
Disuruhnya Yusuf
memberi pandang,
Berdatang ke balai
membawa hidangan.
Syair berasal daripada kesusasteraan Arab, syir. Bagaimanapun syair Melayu merupakan puisi berangkap yang mementingkan irama bersajak. Syair terdiri daripada empat baris serangkap yang berima senada pada akhir setiap baris. Keempat-empat baris syair mengandungi maksud penyair dan tidak boleh berdiri dengan sendirinya untuk melengkapkan cerita.
Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu II
Oxford Fajar Sdn Bhd
Ini adalah syair ciptaan saya, diangkat daripada kisah daripada Surah Yusuf. Keseluruhan syair lengkap boleh anda baca di dalam naskhah Bondaku Besan Ratu. Dan untuk keseluruhan kisah Nabi Yusuf, bacalah Al Quran suruh Yusuf,
indah bahasanya tidak terkata,
maklum bukan buatan manusia,
takjub diri kepada Pencipta,
semoga sentiasa kita dilindungiNya.
No comments:
Post a Comment