Assalamualaikum.
Seperti biasa buku ini saya tarik dari rak buku Perpustakaan Awam Pekan Sri Manja berhampiran rumah saya. Untungnya kerana seorang peminjam boleh meminjam sehingga 3 buah buku. Saya gunakan kesemua nama anak-anak saya yang empat orang itu beserta nama saya. Jadi, bayangkanlah berapa banyak buku yang saya boleh 'joli' di dalam satu-satu masa.
Kisah suri rumahtangga lapan anak yang bagi saya sangat memotivasikan diri. Banyak panduan baik dari segi hubungan dengan Allah, dengan suami, dengan anak-anak, dengan masyarakat di dalam buku ini. Membaca tajuknya mungkin risau sedikit, bimbang air mata mengalir. Tapi, saya boleh katakan, saya menjadi kuat dengan berkongsi semangat dengan penulis yang ternyata memang kuat semangat.
Suaminya, ahli kumpulan nasyid tersohor di Malaysia. Sentiasa berjauhan dan dia meladeni anak-anak yang lapan orang dengan salah seorangnya diduga dengan 'brain tumor' dan seadanya manusia, dia bertanya juga kenapa dia? bukan orang lain.
Tetapi, dia menanganinya beserta panduan yang sangat-sangat berguna. Buku terbitan Galeri Ilmu setebal 378 muka surat sarat dengan panduan beribadat buat ibu-ibu khususnya Berharga RM25.00. Elok disimpan satu untuk rujukan mendidik anak-anak.
No comments:
Post a Comment