Deklarasi
Penghapusan Diskriminasi sudah dimajukan ke tangan PBB untuk diiktiraf. Permintaan di dalam artikel 16 (a) di dalam
deklarasi itu di antaranya mahukan masyarakat dunia mengiktiraf dan meluaskan
definisi gender. Iaitu mengiktiraf
kehadiran LGBT atau Lesbian Gay, Biseksual dan Transgender sebagai gender
selain gender azali yang ditetapkan agama iaitu lelaki dan perempuan.
Ia
menggambarkan betapa bercelarunya dunia dengan pengertian reproduktif dan
sosial itu sendiri dan perkembangan ini harus disekat di peringkat awal
lagi. Langkah memperkenalkan Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (selepas ini disebut PKRS) sebagai subjek khusus adalah tepat pada masanya
berasaskan kebimbangan ini.
Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dijadikan mata pelajaran tunggal pada
November 2011 setelah menumpang mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebelum
ini. Dengan penambahbaikan modul sedia
ada dan ia digerakkan sebagai proses pembelajaran yang berterusan bertujuan
membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni terhadap diri sendiri, masyarakat
dan persekitaran.
PKRS
bukan semata-mata pendidikan seks melulu sahaja seperti tanggapan beberapa
pihak. Ia merangkumi pengetahuan dari
cabang biological, sosiobudaya dan kerohanian ke arah tatacara hidup yang sihat
untuk membentuk individu-individu yang sihat secara total dan memenuhi matlamat
Kurikulum Pendidikan Kesihatan itu sendiri.
Kurikulum
Pendidikan Kesihatan terdiri daripada tiga aspek utama termasuk PKSR
sendiri. Ia adalah:-
Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial 75
%
Pemakanan 15
%
Pertolongan
Cemas 10%
Kuruikulum
Pendidikan Kesihatan pula disusun agar bersesuaian dengan ciri-ciri dan
keperluan murid berasaskan tiga modul utama:-
1.1. Modul 1 :
Kesihatan Fizikal
Tumpuan
terhadap ciri-ciri perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan diri, keluarga
dan masyarakat. Keutamaan adalah
terdapat kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan
bahan-bahan terlarang.
1.2. Modul 2 :
Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul
kedua ini memfokuskan terhadap perkembangan emosi, mental dan sosial serta
keboleh mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Tumpuan diberikan terhadap kemahiran
pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan dan keintiman sesama
manusia.
1.3. Modul 3 :
Kesihatan Persekitaran
Keselamatan
persekitaran menumpukan kepada pencegahan penyakit, keselamatan persekitaran
dan pertolongan cemas.
2.0. Kepentingan
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dalam Kurikulum Kesihatan
2.1. Membentuk
pandangan positif terhadap kesihatan reproduktif diri, keluarga dan
masyarakat. Ia dapat meningkatkan
kesedaran di dalam masyarakat supaya tidak menganggap pengetahuan reproduktif
sebagai sesuatu yang lucah, tabu dan tidak boleh dibicarakan secara terbuka.
Murid-murid juga dapat mengecam perbezaan antara alat seksual di antara dua
gender yang berbeza.
2.2. Memberi
maklumat tepat tentang kepentingan memelihara integriti kekeluargaan secara
berkekalan. Institusi keluarga tradisional
yang mengandungi ibu (perempuan), bapa (lelaki) dan anak (lelaki atau
perempuan) adalah pengetahuan reproduktif diri yang paling asas dan murid-murid
harus menyedari ia harus berterusan. Ia
menegaskan kepentingan insitusi perkahwinan dan tanggungjawab ahli keluarga
sekaligus menzahirkan emosi dan pengurusannya terhadap tuhan, diri, ibubapa,
keluarga dan masyarakat.
2.3. Mendidik
murid-murid tentang kemahiran membuat keputusan secara bijak dan
bertanggungjawab terhadap tingkahlaku seksual pada masa kini dan masa
depan. Ia termasuklah kemahiran
menguruskan kemahiran interaksi sosial dan interpersonal. Bijak mengawal perasaan mengikut situasi dan
mengurus emosi secara bijaksana.
Pentingnya
PKRS ialah memberi pengetahuan tentang penjagaan kesihatan secara total dan
menolak amalan gaya
hidup tidak sihat. Pengetahuan mengenai
keselamatan daripada sudut pencegahan penyakit dan keselamatan sosial bagi
kanak-kanak, gadis dan wanita.
Murid-murid juga memperolehi pengetahuan meminta bantuan pada tempat yang
betul ketika berlaku situasi yang tak terjangka.
bersambung di PKRS 2
No comments:
Post a Comment