Dah bermula dengan autobiografi “aku sebatang pen”? setelah sebulan menyimpannya? Sebenarnya, tak perlu sampai sebulan. Dua tiga hari selepas tulis, baca
semula. Kerana pada masa itu, minda kita
tidak lagi berada di tahap yang sama dengan 3 hari lepas.
Apa yang anda rasa bila membacanya. Best gile?
Entah apa-apa? Rasa nak
koyak? Renyuk-renyuk rebus dan minum?
Buatlah apa yang anda nak buat. tapi berikan tepukan paling gemuruh untuk
diri sendiri kerana berjaya menulis.
Sebenarnya, untuk menulis, kekangan dalaman yang Che’ Mon
sebut sebelum ini harus dipinggirkan.
Sedikit demi sedikit. Nak buang
terus, adalah mustahil. Perlahan-lahan
tapi istiqamah. Menulis setiap hari dan
letakkan diri anda sebagai Profesor Serba Tahu.
Anda menulis untuk memberitahu dan menyelamatkan orang tak tahu. Sebagaimana peranan para sahabat pada zaman
Khulafa Ar Rasyidin menulis mushaf Al Quran untuk keperluan umat Islam.
Letakkan diri anda sehingga ke tahap itu. (Jangan hadkan
kemampuan diri)
Bagaimana cara menulis yang selamat dan dapat memujuk
hati. Memujuk hati di sini bermaksud
mengurangkan getaran-getaran negatif yang boleh merosakkan ‘keinginan’ untuk
menulis.
Buat permulaan, tulis apa-apa yang paling dekat dengan
anda. Teman, teman tapi mesra, teman tak
berapa nak mesra, ibubapa, adik beradik, kemudian sabitkan dengan genre pilihan
anda.
Kalau anda suka genre kanak-kanak, misalnya kisahkan sebuah
kisah yang anak-anak anda suka baca.
Atau apa yang anda mahu mereka baca.
Sambil menaip ni, Che Mon sedang bersama batu-batu, air
terjun, pepohon menghijau yang lurus tegak bagai kalam maha esa yang disimpan
dan akan digunakan untuk mencoret bila tiba masanya kelak.
Alhamdulillah, angin sepoi bahasa mencium pipi, biar rasa
hangat lepas zohor sedikit perit menampar belakang. Minta maaf, mata ni nak tak nak terpaksa juga
terjamu dengan pemandangan ‘indah’ manusia-manusia pelbagai lapisan. Pelbagai warna. Melayu ,India , Cina , Myanmar , Bangladesh ,
Indonesia
malahan dari timur tengah pun ada.
Che bukan merepek.
Yang Che nak beritahu ialah kepelbagaian. Kepelbagaian yang dapat kita gunakan untuk
menggarap cerita dalam karya. Nak harap
idea mencurah turun dari langit?
Tolonglah.
Idea perlu dicari.
Kalau anda suka bercakap, cari idea dengan bercakap. Bercerita dan bertanya, bertukar-tukar
cerita. Kalau anda suka dengan
fotografi, cari idea dengan mengambil gambar dan pindahkan dalam bentuk
cerita. Jika anda suka membaca (penulis harus
suka) pindahkan hasil pembacaan anda
dalam ayat anda sendiri. Begitu juga
kalau anda suka memasak, menggubah, cari idea dengan melakukan kerja-kerja yang
anda suka.
Mudahkan?
Siapa kata menulis itu susah?
Kerja menulis adalah kerja mengeksploitasi imaginasi orang
lain menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita. Dengannya kita dapat mengajak mereka
berkongsi rasa, biarpun sebenarnya kita tak pernah kenal sesama. Jangan tak percaya, menulis seuatu yang baik
memberi solusi yang baik buat pembacanya.
Tetapi,
Harus diingat, jangan sesekali kita pandang hina pada karya
rakan penulis lain. Jangan sesekali
“eleh, kalau setakat cerita macam ni, akupun boleh tulis…” Kita sebenarnya adalah pengusaha-pengusaha
gerai seperti di dalam kedai makan cina.
Setiap orang jaga gerai kecil mereka.
Kalau pelanggan/pembaca mahukan tema remaja yang tak mampu kita berikan,
arahkan dia kepada sahabat penulis kita yang menulis tema remaja. Jangan HASAD.
Setiap orang ada rezeki masing-masing.
Nanti Allah tarik balik bakat kita baru padan muka!
*Artikel ditulis sebahagiannya ketika bersantai-santaian bersama keluarga di Hutan Lipur Kancing, Rawang. Semoga batu, pokok dan air terjun, monyet dan rama-rama di situ terus redha berzikir memuji Allah yang mencipta manusia-manusia lagha yang bermaksiat di situ...
No comments:
Post a Comment