1989
Nama : Anom
Atila Ahmad Mahir
Alamat :
Sekitar-sekitar sini juga
Kegemaran :
Membaca
Tarikh Lahir :
3 September 1974
Minuman kegemaran : teh
Makanan kegemaran : ayam masak merah
Artis Kegemaran :
Kumpulan Gersang, Medicine, Ilusi, Search, Wings, Alleycats
Moto Hidup : Hidup berlandaskan realiti.
Membaca biodata di atas, biasa-biasa
sahaja kan . Tiada yang bisa menjojolkan biji mata
kalian. Tiada yang bisa membuatkan
kalian bertempek wow. Tapi, di dalam autograf
biru itulah segalanya bermula. Autograf
itu boleh sampai sehingga ke SMKT, ABS dan Bahaman.
Bagi sahabat-sahabat sekitar Mentakab dan
Temerloh, mereka tahu semua singkatan itu.
Singkatan-singkatan itu adalah milik Sekolah Menengah Kebangsaan
Temerloh, Abu Bakar School ,
jirannya dan Sekolah Menengah Dato’ Bahaman di Lanchang. Itu semua sekolah saingan sekolahku. Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab. Atau singkatannya kami gelarkan SEMEKEME.
Aku mendapat gelar
alumni vokey juga kerana autograf itulah.
Biarpun awalnya, ia memedihkan, akhirnya aku memahami. Inilah jalanku. Inilah kebahagian yang didatangkan Allah atas
usahaku selama ini. Kalau tidak,
bagaimana aku boleh menyiapkan satu manuskrip dalam masa sebulan kalau bukan
dengan kepantasan menaip 50 perkataan seminit ini. Daripada mana aku memperolehi kemahiran itu,
kalau bukan vokasional.
Tambah
mencanak-canak bangga, sahabat-sahabatku yang setia telah bekerjasama dengan Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Merangka modul baru yang dipanggil Kolej Vokasional. Menjadi landasan buat lepasan teknikal
melampiaskan kemahiran mereka ke peringkat maksimun.
Imbas kembali, Begitupun,
biarpun kami bersaing, setiap kali ada sukan sekolah daerah, pasti ada kisah
baru anak sekolah bermula. Tak
terkecuali aku. Acara kegemaranku,
lontar peluru. Tetapi kebiasaannya
peluru entah ke mana, aku entah ke mana.
Tetapi disebabkan
sekolah memang terdesak ketika itu (agakku) maka aku dihantar mewakili sekolah
dalam kejohanan MSSD Temerloh bertempat di SMKT. Untuk pengetahuan kalian, hanya SMKT dan ABS
yang menawarkan tingkatan enam. Maka,
hati gatal kami memang tercuit-cuit hendak ke sana .
Sudah terasa berbulu biji mata melihat gelagat senior tingkatan lima . Mahu melihat aksi dan wajah-wajah matang
senior tingkatan enam yang tiada di sekolah kami.
Akhirnya, autograf
biru itu mencatatkan suatu nama, yang aku ingat-ingat lupa. Mohd Sani.
Klasik sungguh. Ketika itu, aku
baru selesai acara padang . Bukan menangpun, aksi sahaja lebih.
“Nom, autograf
kau,” Che Ta, pemilik nama penuh Roslita
mengunjukkan aku autograf biruku itu.
Kecil sahaja
sebesar buku tulis. Sebenarnya, buku
folio 360 mukasurat aku balut elok-elok.
Kemudian aku jadikan buku autograf.
Aku bukan bintang bola sepak atau bola jaring sekolah. Aku juga bukan bintang pidato atau ahli kelab
elit Interact Club atau Persatuan Bahasa Melayu yang paling popular itu. Aku Anom Alita, budak tingkatan tiga yang
masih senget tudungnya. Ketika aku
mencapainya, sekeping surat
jatuh dari celahan buku itu.
“Siapa punya
ni?” tanyaku pada Che Ta yang
membetulkan tudungnya. Siputnya yang
terlalu tinggi membuatkan tudung putih itu terjongket ke belakang. Hampir menampakkan batang lehernya.
“Dahnya, dalam
auto kau, kaulah yang punya,” suara
serak-serak basahnya kedengaran nyaring di telingaku. Geng Carefree yang lain tidak ikut
serta. Hanya aku dan Che Ta yang
terpilih.
Perlukah aku
teruskan? Di situ aku mengenali
Sani. Pelajar tingkatan enam rendah
SMKT. Tak pernah bertemupun. Kalau bertemu, pasti terketar-ketar kepala
lututku. Silap haribulan , ke tandas pun
tak berkesempatan. Semuanya kami lalui,
riang ria zaman remaja melalui warkah-warkah biru.
Sani, seadanya
senior yang sudah melalui sukarnya SRP (Sijil Rendah Pelajaran sekarang sudah
ditiadakan dan diganti dengan Penilaian Menengah Rendah) dan nazaknya diri
menghadapi SPM sering menguntumkan nasihat.
Sudah tentulah kata nasihat berbaur muslihat kasih dan sayang yang tak
kenampakan. Aku mengerti itu. Tetapi membiarkan rama-rama berterbangan di dalam
dada sahaja. Tidak aku benarkan
berterbangan sehingga ke taman nirwana jiwa.
“Lepas SRP nanti
kau orang nak sambung belajar kat mana?”
tanya Ronie ketika kami selesai menghadam nota sejarah. Persedian
saat-saat akhir menghadapi SRP.
“Entah, akupun tak
tahu,” Che Ta menjongketkan
bahunya. Kami beriringan menuju ke
kantin yang lengang. Waktu rehat sessi
sekolah petang belum tiba. Maka yang
berlegaran di kantin hanyalah para pelajar tingkatan tiga, empat dan lima . Para pelajar
sessi pagi.
“Kau Nom?” tanya Yanti.
Kami sama-sama menarik kerusi yang paling hujung. Berdekatan dengan padang sekolah. Di seberang padang
sana , Taman
Pasir Rawa kelihatan. Kawasan perumahan
mewah dan akan dibesarkan lagi. Di
sebelah kiri padang ,
terdapat nurseri bunga kelas Sains Pertanian.
Atas usaha Panitia Sains Pertanian.
“Aku ingat nak
masuk Vokey la,” tiba-tiba sahaja ilham
itu mengetuk cepu kepala. Semuanya
kerana pandanganku pada nurseri Sains Pertanian yang berkunci dan dipenuhi
pokok bunga dan kehijauahn di dalamnya.
“Woi, kalau nak
masuk Vokey, tak belajarpun tak apa.
Vokey kan
sekolah pemulihan untuk budak-budak tak lulus SRP?” bangkang Surina pula.
“Nanti aku nak
tanya Cikgu Azimah. Aku ingat nak masuk
vokey pertanian. Ala , yang kat Chembong tu…”
“Kawan, cubalah
fikir jauh sikit. Kau masuk Vokey
pertanian, habis SPM nak jadi apa?
Universiti mana nak ambil lulusan vokasional?”
“Politeknik kan ada?” aku menjawab buta-buta. Sebenarnya akupun tidak tahu apa
hubungkaitnya politeknik dengan vokasional ketika itu.
“Politeknik untuk
kursus perkapalan. Macam kat Ungku Omar
tu,” patah Ronie pula. Merujuk kepada Politeknik Ungku Omar di Ipoh.
Semuanya begitu
sahaja. Namun keinginan itu tidaklah
mencanak benar. Bagaimanapun surat Sani yang tidak
sempat ku sorokkan di bawah bantal menjadi penguat keinginanku.
“Orang suruh kau
pergi sekolah bukan nak menggatal” suara
emak makin tinggi makin memetir. Matanya
seakan mahu tersembul keluar. Aku memandang
ayah dengan air mata berdedaian di pipi.
Tapi ayah tidak peduli.
“Anom berkawan aja
mak,”
“Anak tak tahu
malu. Kalau asyik berkawan, tiba-tiba
termengandung macam mana? Dah tak ada
kawan perempuan nak dibuat kawan?”
Serentak dengan
itu, berdas-das sebatan hinggap di pahaku.
Aku cuba
melarikan diri. Tetapi pelarianku
sia-sia. Sudahnya aku terpunduk di satu
sudut Cuma menahan libasn rotan bulu ayam daripada emak. Emak Cuma berhenti apabila rotan bulu ayam
itu terpatah dua. Tetapi amarahnya belum
selesai. segala kemungkina yang buruk-buruk
dibariskan.
Aku? Aku hanya mampu merayu memohon ampun dalam
gelapnya malam. Lolonganku tiada siapa
mendengar. Segalanya menyakitakan. Baik libasan rotan, mahupun kata-klata. Juga tingkah ayah yang tidak menyebelahi aku.
Malam itu aku
tidur dalam rendaman air mata. Lelap tak
kunjung tiba. Seluruh badanku terasa
sakit. Lima garisan di peha menemani di samping rasa
sakit yang amat sangat. Jaluran itu
diapit warna merah darah yang membeku di pinggir setiap libasan. Agaknya, kalau sedikit kuat lagi, akan
berhamburan darah keluar kesan libasan itu.
Tapak tangan kiri juga memerah menahan libasan emak yang kerasukan.
Aku ke sekolah
juga dengan mata yang bengkak. Aku tarik
Che Ta ke tandas dan aku tunjukkan apa yang emak lakukan. Che Ta turut menangis sama. Sejak itu, aku kehilangan ceria. Aku membilang hari menunggu pengumuman
kemasukan ke sekolah vokasional diumumkan.
Sebaik sahaja hari yang dinanti tiba, aku menaiki bas menuju ke Sekolah Vokasional
Puteri, Jalan Temerloh untuk mengambil borang.
Semua sudah aku
siapkan. Aku tahu kalau aku meminta
izin, sampai ke sudah aku tak akan ke mana-mana. Aku suka belajar di sekolah ini. Aku suka dengan kawan-kawan. Aku suka dengan guru-gurunya. Semuanya baik-baik belaka. Hanya, aku tidak suka kongkongan. Bila disebut kongkongan sudah tentulah
kongkongan total.
Tidak boleh
itu. tidak boleh ini. Jangan itu, jangan ini. Hey, aku manusia
normal. Yang dilarang itulah makin
seronok ingin diketahui. Ingin dicuba.
Kalaupun aku terjerat dengan cinta anak sekolah, apakah bermakna aku
akan meninggalkan sekolah ketika itu juga.
Merayu-rayu pada ayah dan emak minta dikahwinkan? Tidak!
Cinta monyet itukan sebahagian hiasan dunia anak sekolah seperti
aku. Umpama hiasan di pokok
krismas. Habis musimnya, simpanlah
semula. Disimpan elok dapatlah dipakai
semula. Jika tidak, tahun depan
belilah yang baru.
Akhirnya
permohonanku diterima. Pastilah
diterima. Keputusan SRP yang cemerlang
gemilang dan membilang-bilang. Aku ke
mana? Chembong? Tidak!
No comments:
Post a Comment