..yang bernama sahabat

Tuesday, 29 January 2013

Tip Menulis Ala Koboi 4


INI SERIUS…
        
Kita semak sedikit aspek dan istilah sastera.  Ini bukanlah panduan rigid untuk penulis tetapi harus ada kerana menulis tetap mempunyai undang-undangnya.  Sebagaimana kita manusia, tertakluk kepada undang-undang yang digariskan di dalam Al Quran dan Hadis.


  1. Tema dan Persoalan
Tema yang paling popular digarap karyawan Malaysia, kasih sayang.  Begitupun ada juga penulis tidak tertakluk kepada satu tema sahaja.  Jangan panik.  Tema hanya akan ‘ditemui’ selepas karya disiapkan.

  1. Watak dan Perwatakan
Pelaku atau objek yang menggerakkan cerita.  Ada berjenis-jenis watak dalam istilah sastera.  Akan dibincangkan.

  1. Latar
Keterangan mengenai suasana, waktu, masa yang mewujudkan/menyokong peristiwa di dalam karya.

  1. Plot
Jalan cerita ataupun rentetan peristiwa berdasarkan hukum sebab dan akibat. 

  1. Gaya bahasa/Unsur Keindahan
Kebolehan penulis mengeksploitasi bahasa dengan baik dan bersesuaian dengan tema dan persoalan.  Komponen dalam Gaya bahasa termasuk diksi, Simile, Metafora, Hiperbola, Sinkope, Pembinaan Ayat, Rima, Asonansi, Aliterasi, Perulangan, Perlambangan dan Personifikasi.

  1. Teknik dan Bentuk
Teknik dan bentuk lebih memokus kepada bentuk-bentuk dalam puisi dan drama.


Tidaklah dikatakan sebuah karya yang baik harus ada semua ini.  Ini hanyalah sekadar panduan yang perlu diketahui buat seorang penulis.  Ada sesetengah penulis mewajibkan diri untuk merangka peta minda sebelum menulis.  Dalam perincian itu akan dimasukkan kesemua blok-blok di atas untuk memperkukuhkan karya.

Ada juga penulis yang terus sahaja menulis dan akan mula merujuk kepada blok-blok di atas semasa mengedit.  Terpulang kepada anda, bagaimana.  Setiap blok-blok di atas akan Che’ Mon kupas satu persatu.

Oh! Ya beberapa petua penulis tersohor menulis;

1.                  buat peta minda
rangka watak dan perwatakan, plot dan latar.  Selit-selit watak sampingan, antogonis dan perwatakannya.  Penting sekali plotnya bagaimana.  Nak plot lurus di jalan yang benar (ikut kronologi).  Nak plot yang ada ‘flash back’.  Contoh ‘aku sebatang pensil’ – ada permulaan, ada pertengahan dan ada peleraian/pengakhiran.  (nanti cerita satu blog pasal plot aja)
ingat:- plot novel dan plot cerpen berbeza.

2.                  buat sinopsis
anda dinasihatkan buat sinopsis sebelum menulis supaya tak sesat.

3.                  perincikan watak
paling mudah sekarang, bayangkan sahaja pelakon yang paling handsome, paling jelita yang hendak anda jadikan hero dan heroin.

4.                  istiqamah
yang ini Che’ Mon rasa tak ada kompromi.  Menulis mesti hari-hari.  Sebagaimana kita solat lima waktu. Bila kita solat lima waktu secara konsisten, rasa terpaksa akan hilang.  Diganti dengan rasa rindu untuk melakukannya.  Hati teringat-ingat dan ingin buat selalu, begitu juga dengan ‘roh’ menulis.  Ramlee Awang Murshid dalam wawancara dalam Metro beritahu dia menulis satu bab sehari.  Bagi yang part-timer, cuba adjust ruang masa untuk menulis, biarpun sedikit. 

5.                  jangan terhegeh-hegeh mengedit.  Tulis dulu sampai siap!!! Lepas tu edit sangatlah!!.  Biarkan salah ejaan, salah tanda bacaan.  Nanti. Siapkan dulu…


6.                  tetapkan matlamat. 
Letakkan rangka masa untuk disiapkan.  Sebulan.  Dua bulan.  Setahun.  Kalau tiba-tiba sindrom minda tersejat berlaku.  Berhenti dahulu.  Pergi mandi, pakai baju cantik sikit, tahan bas atau memandu sendiri, pergilah merayau-rayau kat mana-mana.  Ataupun, ambil Al Quran ataupun bahan bacaan lain, novel orang lain.  Baca.  InsyaAllah, akan lega.  Boleh menulis semula.  Nak buka FB boleh, tapi takut kang menulis ke mana, engkau ke mana!!!

Tapi harus diingat, ini panduan.  Bukan mesti.  Kalau anda punya cara lebih baik, teruskan.  Kalau anda mahukan tips-tips di atas sebagai panduan sementara, silakan.  Tak ada salahnya.  Sebab Che’ Mon juga tidak menggunakan sebahagian besar tip di atas. 

Kalau Che menulis, Che tak boleh merangka.  Che akan terus menaip sebab peta dah siap dalam kepala.  Sesekala sesat dgn jalan cerita sendiri tapi Che’ Mon akan terus dulu.  Bila edit nanti baru buat semua balik. 

Cuma kalau kalian ada blog peribadi, nak edit sikit-sikit, editlah perenggan, bentuk tulisan itu sahaja.  Edit keseluruhan cerita, sampai 2020 karya tak siap-siap.

Wallah hu alam.

Ilmu-ilmu di atas Che petik daripada Salleh Ahmad, Sharif Shaary dan Suhaimi Khalid, Kupasan dan Kajian Bestari Komsas Tingkatan Tiga terbitan Sasbadi 2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...